innity

pages

Tuesday, October 20, 2015

[MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejarah negara: Ahli akademik


BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila mengatakan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang.
Beliau berkata, kenyataan perdana menteri itu tidak boleh mengubah sejarah negara mahupun sejarah kewarganegaraan.
“Sejarah tidak akan berubah dengan perubahan masa. Kewarganegaraan kaum bukan Melayu tidak dipersoal.
“Namun, sejarah tentang kewarganegaraan tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang menyifatkan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang juga memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di negara ini.
“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda meninggal dunia, anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.
Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan kaum Cina di Malaysia telah mendapat kewarganegaraan.
“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.
“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka adalah bangsa pendatang,” katanya.
Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa Melayu.
“Jangan dipersoal kontrak sosial. Jangan dipersoal Islam dan hak istimewa Melayu.
“Ada sejarahnya di situ yang telah terpahat dengan tinta emas. Kita tidak persoal pun hak kamu sebagai warganegara di sini,” katanya lagi. - ismaweb



26 comments:

  1. Bangsa asing atau pendatang bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing yang datang dari negara- negara Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja.

    Bangsa itu kekal sebagai bangsa asing berdasarkan ilmu SEJARAH

    ReplyDelete
  2. Cina merupakan BANGSA ASING atau PENDATANG yang diberi kerakyataan atas desakan British sebagai syarat untuk kemerdekaan. Sejarah ini kekal dan tidak boleh dipina oleh Najib

    ReplyDelete
  3. bila sebut bangsa, kita tidak boleh lari dari mengaikkan dengan sejarah, memang benar mereka warganegara Malaysia tetapi BANGSA PENDATANG itu tidak boleh dihapuskan dengan menjadi warganegara

    ReplyDelete
  4. Kalau aku orang Cina aku tak kesah pun mereka nak kata aku Pendatang,janji aku bebas cari kekayaan dan jadikan orang lain 'kuli'.Dalam keadaan sekarang perkataan Pendatang tidak pun merugikan kaum Cina.Melayu saja yg terus khayal menuntut hak konon.Dari satu PM kesatu Pm semuanya tak kena pada sebilangan orang Melayu kerana kononnya gagal menjadikan mereka berjaya,walhal itu semua salah sendiri.Orang Cina walau pun 'Pendatang' tapi mereka terus berjaya di bawah PM yg sama juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hallo 12:36 pm
      Orang dah nasihat jgn minum air ketum. Dulu sekolah tak nak. Ini yg jadi sampah masyarakat.

      Delete
  5. Dulu kita ada akta buang negeri yg membezakan kerakyatan melalui keturunan dan kerakyatan yg dibagi oleh perlembagaan. Di mana kerakyatan melalui keturunan tidak boleh dikenakan hukuman buang negeri. Tetapi kerakyatan yg diber oleh perlembagaan boleh dikenakan buang negeri dan kerakyatannya dibatalkan.
    Akta ini telah dimansuhkan oleh ah jib gor. Kenapa ?

    ReplyDelete
  6. Jibby terdesak sekarang kerana kepala punai tersepit kat zip seluar. Isu 1MDB tak pandai selesai walaupun dah berbulan bulan. Sekarang isu perkauman dengan mana baju kuning, baju merah dan macam lagi. Bagi menjamin political survival...Jibby sanggup keluarkan apa sahaja statement bg mengkukuhkan survivalnya. Bukan semua melayu suka dengan statement terbaru Jibby...

    ReplyDelete
  7. Ah jib gor ni masaalahnya sekolah tak habis. Ilmu setengah tiang.

    ReplyDelete
  8. Ah Jib Gor sedarlah, sudah banyak hak istemewa bumiputera terhakis sekarang.....

    ReplyDelete
  9. Bangsa yg bina tamadun ialah bangsa yg digelar bumiputera. Maka fakta sejarah telah membuktikan bahawasanya orang Melayu yg membina tamadun dan struktur pemerintahan. Istilah ini dikembangkan kpd orang Asli dan peribumi Sabah & Sarawak sebagai mengiktiraf status sebagai pribumi walaupun mereka tidak membina tamadun.
    Apa2 bangsa yg wujud atas faktor kesempitan ekonomi di Tanah Besar China dan penyisihan kasta di India adalah berasal dari proses penjajahan British. Mereka kini kebanyakannya adalah rakyat Malaysia dan asal usul mereka adalah kelompok manusia pendatang. Juga masih ada lebih kurang 300K lagi yang tinggal dikawasan estet mendakwa belum dapat kerakyatan terutama bila nak pilihanraya...
    Turunkan PM yg tak tau sejarah..

    ReplyDelete
  10. Dah bercelaru statement dia tu.... jgn ikut sgt... hari ni janji lain esok ckp lain...

    ReplyDelete
  11. Kes Parah nie. Najib uda pandai minta nyawa daripada kaum Cina.

    ReplyDelete
  12. DS Najib tak belajar dalam negara dari kecik sampai besar sebab itu dia cakap macam tu, atau tak ambil peduli dgn sejarah negara dan bangsanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dia belajar diluar negara..tu yg x tau sejarah Tanah Melayu..yg dia tau nk jek bangsa cina jer sb nk pancing undi supaya sokong dia dan geng2 dia yg jugak buta sejarah...JANGAN SOKONG BAWAK REBAH SUDAH..!!

      Delete
    2. Dia memang buta sejarah sb belajar diluar negara. Universiti luar negara mana nk ajar sejarah Tanah Melayu dan Kesultanannya.Tulah pasai dia kata bangsa cina tu bukan pendatang asing...Sebab satu lagi adalah dia nk pancing undi..nk pancing hati budi orang cina supaya sokong dan undi dia dlm pilihanraya nanti. Supaya sokong geng2 yg sama buta sejarah dgn dia.Kpd yg menyokong semua latah yg dibuat oleh najib..JANGAN SOKONG BAWA REBAH sudah! JANGAN MENANG SOROK KAMPUNG TERGADAI sudah!!
      INGAT..BANGSA CINA TAK AKAN SOKONG ORANG MELAYU SAMPAI KIAMAT..!!
      Buat baik macamana sekalipun ..dia orang takkan sokong orang Melayu. Percayalah..!!

      Delete
  13. Thought-provoking comments, tq Prof. and others......agree with Prof. on most points raised.

    ReplyDelete
  14. Saya sangat setuju.... berpolitik ada hadnya....jangan kerana pengaruh.... anis kisah sejarah dikuburkan. berpada2 lah menjaga hati org sebab hati kita Melayu tak pernah ada orang yang jaga. Berpada2lah beransur sebab tanpa beransur pun kita memang sentiasa di tolak ke tepi. Siapa lagi yang rendah kita harapkan...... ada ahli akademik.
    . DIPAKSA zip mulut.... ada pemimpin harapan... habis dirantai betulkan leher.... SEDIHHHHH. BERJUANGLAH.....

    ReplyDelete
  15. Saya sangat besetuju dengan PM Najib. Selepas merdeka berlandaskan perlembagaan yang dipersetujui, orang Cina yang menjadi rakyat Malaysia bukan lagi pendatang dan mereka sepatutnya tidak dipanggil lagi dengan perkataan tersebut. Perkataan yang betul ialah orang Malaysia keturunan Cina atau rakyat Malaysia keturunan Cina. (Malaysians of Chinese ethnic origin). Tok nenek mereka memang pendatang. Tetapi meneruskan penggunaan perkataan pendatang untuk rakyat Malaysia masakini menunjukkan keengganan untuk mengakui kebenaran sejarah dan tidak wajar.

    ReplyDelete
  16. Kita mesti matang dan tenang fikiran tanpa dipengaruhi atau melatah dengan apa yang DAP “cucuk” atau api2kan agar masing2 kaum terus menyakiti kaum yang lain…dengan itu juga sukarlah membentuk kerajaan yang kuat apabila ada sahaja tuntutan melampau dari sesuatu kaum…ini memang taktik kotor DAP untuk melemahkan kerajaan kerana mereka tahu DAP memang tak boleh memerintah Negara ini…orang2 Melayu akan “disergah” dengan kenyataan2 melampau mengenai hak keistimewaan orang2 Melayu, agama Islam dan Raja2 Melayu agar menimbulkan kemarahan orang2 Melayu dan dalam keadaan marah ini, orang2 Melayu akan mengeluarkan atau melepaskan kemarahan dengan mengeluarkan perkataan kesat yang akan menyinggung hati kaum2 lain…begitulah dengan isu “pendatang” ini telah diselesaikan dan termaktub dalam Perlembagaan…oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia dari berbagai keturunan ini harus berwaspada kepada pihak yang tidak mahu rakyat bersatu…parti2 politik dalam BN juga mestilah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai penyelesai masalah rakyat bukannya berlepas tangan dan membiarkan pembangkang memutarbelit sesuatu isu…pembangkang bukannya mahu sesuatu masalah atau isu diselesaikan…dan percayalah bahawa lebih ramai pengundi yang yakin dan mahukan BN terus memerintah bagi meneruskan semangat kemerdekaan iaitu perpaduan semua kaum, agama dan budaya yang selama ini hampir terbentuk mengikut acuan Malaysia….tetapi telah sedikit terganggu kerana pembangkang telah membakar apa sahaja isu agar keadaan menjadi keruh…” Dalam temuramahnya dengan Malaysian Digest pada minggu lepas itu, naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN (“Huan also alleged that fanatic Christians are the ones spoiling the minds of Chinese people to go against BN”)”… “"Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur" “1985 – Lim Kit Siang di dalam bukunya “Malaysia Crisis Of Identity” mengulangi cita-cita DAP mahu mewujudkan “Malaysian Malaysia”dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.”

    ReplyDelete
  17. Tok nenek ambo sama dengan Tok Nenek Najib, datang dari Makassar, Maluku... sama status dengan semua Melayu keturunan Minang, Jawa, Mandiling dan Riau, Arab, Malbari dan lain-lain. Berhijrah dan`pioneer' lebih kurang 3 - 5 kurun awal dari lawatan Laksamana Cheng Ho, untuk peluang berniaga atau fakta sejarah kedatangan Cina dan India (zaman penjajahan).
    Tetapi ini tidak memberi lesen untuk mendadeb dada dan berkeras hak kerana Sultan Melayu yang mengubahkan sejarah demografi Malaya!

    ReplyDelete
  18. Alam Melayu @ Nusantara Adalah Rumah Bangsa Melayu dan Etnik-etniknya ....
    Dan Bangsa Luar dari Alam Melayu yang datang ke Alam Melayu ini adalah Pendatang ...
    Pendatang Tersebut Beranak-pinak dan Mungkin Mendapat Kerakyatan Sementara atau Tetap dan Mereka tetap digelar Pendatang Peranakan Alam Melayu @ Nusantara ...
    kerana jika dichina pun jika Bangsa Dari Alam Melayu beranak tujuh keturunan mereka tetap dipanggil Pendatang kerana disana sudah ada orang Asal....

    ReplyDelete
  19. Sebagai Anak watan aku setuju pandangan bahawa warga cina adalah warga malaysia dan begitu mereka tetap berasal dari negara besar cina,namun sebagai yang ada hari ini kita kena akui bahawa setiap kejayaan serta kemewahan bangsa mereka bukanlah kerana kita melayu yang beri muka,tetapi kita sendiri melayu yang banyak berkhayal dan banyak bergantung kepada kerajaan yg dipimpin olih orang melayu.....mereka cina dan juga india adalah hasil dari keturunan pendatang namun perbezaan antara dua kaum ini adalah daripada cara mereka berusaha untuk maju......sepatutnya orang melayulah akan lebih berjaya berbanding orang cina kerana kuasa politik pasarana dan pemilikan hartanah ketika itu dimonopoli olih orang melayu...namun hari ini hartanah dimiliki 70% orang cina ...maka dimana silapnya...semua PM dari yang pertama sampai yg terkini adalha orang melayu..perkerja kerajaan 90% orang melayu..namun kuasa ekonomi orang menguasai hampir 70%....fikirkanlah adakah kita nak menyalahkan orang cina atas kegagalan orang melayu..Allah tidak mengubah sesuatu kaum melainkan mereka sendiri kena berusaha untuk berjaya dan Allah yang akan menentukan kejayaan bergantung kepada usaha sesuatu kaum...renongkan lah..

    ReplyDelete
  20. Kes ni sama lah dengan musang berbulu ayam , dia musang tapi pakai kastium ayam tapi dia tetap musang.cina tetap cina.india tetap india.nama cina & india tu datang dari mana dan nama melayu datang dari mana.cina malaysia ada tarian naga, tulisan cina sekolah cina.pakaian cina,baju cina.begitu juga india perkataan india datang dari mana, tak dari india.kalau mereka orang cina & india malaysia.memadaai semua nya malaysia kalau buleh nama pun nama malaysia seperti d indonisia tu.tapi tak ada hari.cakap bahasa malaysia pun tak faseh pelat bahasa malaysia tonggang balek yaitu bahasa pasar. tu pun jangan tak nak sedar lagi .mengaku je lah saya bangsa dari cina atau india. berterima kpd bangsa melayu menerima bangsa cina & india dan kedua bangsa ni kaya raya bukan sebab apa hanya mereka rajin oleh tahu mereka berdagang disini.sementara orang melayu tidak setanding oleh kurang usaha je.kalau tidak semua bangsa tak mempertikaikan kaum bangsa mana berasal tapi saling menghurmati oleh sama berada.

    ReplyDelete
  21. Kalau kenyataan Najib hanya berkisar kepada golongan yang lahir selepas merdeka itu mungkin benar, tapi kalau merujuk kepada golongan yang datang dan bukan dilahirkan di Tanah Melayu itu pasti salah....tapi hakikatnya generasi mereka adalah keturunan pendatang dan akan kekal begitu sampai bila-bila.

    ReplyDelete

  22. Adakah konsep Khilafah dalam Khazanah Islam?
    https://bogotabb.blogspot.co.id/2017/10/adakah-konsep-khilafah-dalam-khazanah.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com