innity

pages

Wednesday, December 31, 2014

Ketua Polis Negara SAHKAN Helicopter PDRM Operasi Banjir Kemalangan, Juruterbang & 2 kru Cedera


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebentar tadi melalui Twitternya mengesahkan tentang insiden sebuah Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.




Dalam insiden pendaratan cemas tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Menurut laporan, kejadian berlaku di kawasan perumahan Kursial.

Helikopter tersebut sedang dalam misi menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Pengesahan tersebut menjawab pelbagai pertanyaan dan spekulasi yang mula memenuhi media sosial sejak lebih sejam lalu.


Bukit Ditarah Botak, Alam bersuara; Syabas Malaysia! 
Salam 2015


ALAM sedang bersuara adalah nyata. Bala diturunkan Allah juga adalah nyata.

Kedua-duanya adalah benar. Bukan tujuan saya mahu membuat andaian. Tapi sebagai manusia dan orang Islam yang percayakan qada dan qadar, sesuatu yang berlaku ada puncanya dan sebab musababnya. Ketentuannya telah ditetapkan.

Sebagai seorang wartawan dan bukan alim ulama - seperti kebanyakan orang sekarang - saya mahu melihat mengenai soal alam.

Saya pernah menulis mengenai kemusnahan alam di taman botani negara Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam satu ketika dahulu. Kemusnahan akibat kerakusan manusia cukup hebat sekali.

Tidak pernah-pernah taman pertanian Bukit Cerakah itu dinaiki air lumpur setinggi tujuh ke lapan meter, namun ia berlaku pada masa itu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan ia adalah akibat pembangunan tidak teratur di satu kawasan baharu yang dibuka oleh kerajaan Dr. Khir Toyo pada masa itu dikenali sebagai Seksyen U10. Bukit-bukit ditarah, hutan ditebang dan tanah-tanah dilukai.

Pendedahan itu telah menarik perhatian nasional. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan. Dr. Khir yang ketika itu sedang berada di luar negara terpaksa bergegas pulang.

Pendek kata, isu alam adalah isu manusia. Kita hidup bersama-sama alam. Jangan biarkan alam bersuara. Jika ia bersuara bermakna ia sedang murka. Alam boleh bertindak kejam kepada kita jika kita menjahanamkannya.

Banjir besar di Cameron Highlands juga adalah akibat perbuatan kejam manusia ke atas alam.

Hutan ditarah ikut suka. Pihak peniaga terlalu rakus. Pihak berkuasa pula tidak menjalankan amanah yang diberikan.

Ingatlah alam boleh menjatuhkan sesebuah pesawat yang dikatakan paling moden sekali pun. Ia juga membunuh ratusan ribu nyawa manusia seperti genap 10 tahun tsunami.

Kejadian banjir terburuk di Kelantan dan beberapa negeri lain harus dijadikan iktibar. Warna airnya sudah menunjukkan ia membawa tanah-tanih yang terluka. Banjir ke Kelantan lazimnya dibawa air dari kawasan hulu sejauh beratus batu. Jika di hulu keadaannya sudah tenat, maka tenatlah di hilirnya. Itu pasal kawasan Manek Urai paling teruk, kerana ia berada di hulu.

Saya tidak mahu membuat andaian, kerana alim ulama mengatakan ia adalah takdir. Namun sudah banyak contoh yang menunjukkan bencana alam yang terjadi kepada manusia adalah akibat daripada kerakusan mereka sendiri.

Seorang rakan, rakyat Kelantan yang dipanggil sebagai Pok Nik menulis SMS kepada saya.

Renungilah tulisan beliau itu. “Masa saya kecil-kecil dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi-manda dari pagi hingga ke petang. Selagi mata tidak merah kita tidak naik ke rumah. Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yang mengalir direct dari Ulu Kelantan dari Sg. Lebir, Sg. Galas, Sg. Kemubu dan Sg. Kelantan AKIBAT KERAKUSAN YANG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN. Habis bukit hutan belukar dikekah, ditarah dan dimamah kerana mahukan wang! Sekarang jangan salahkan sesiapa. BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan dan ketamakan manusia. Tk.”

Namun atas alasan politik atau keegoan - pelbagai alasan diberikan. Pemimpin merasakan seolah-olah merekalah yang terhebat. Merekalah yang betul. Dan alam yang mengamuk sekarang seolah-olah tiada kaitan dengan mereka.

Syabas rakyat Malaysia!

MALAM kelmarin saya bersama-sama sukarelawan Persatuan Alumni UiTM Malaysia ke Pangkalan TUDM di Subang.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Pengawal di pintu pagar mengarahkan kami mendaftarkan diri. Saya menulis nama dan tujuan kami di sebuah buku. Sudah panjang senarai buku. Tujuan: Menghantar barangan bantuan banjir. Itulah tujuan yang lain-lain pun.

Pengawal kemudian mengarahkan kami tunggu sebentar di pondok pengawal. Barangan terlalu banyak, katanya dan semua pemberi bantuan kena beratur panjang.

Lori dan treler panjang kelihatan berhenti di tepi jalan. Di badannya tertulis syarikat beras dan syarikat-syarikat gedung pasar raya hyper.

Sementara kereta-kereta 4WD kepunyaan perseorangan dan NGO juga panjang beratur.

Rakyat Malaysia cukup prihatin. Jika sebelum ini hanya NGO-NGO tertentu sahaja yang menjalankan khidmat bantuan ini, kali ini, pada magnitud banjir kali ini, semua pihak bersatu hati.

Malah saudagar membeli-belah pun turut membantu menyediakan kemudahan pembelian barangan dengan harga bencana.

“Jangan bimbang Mydin memberi harga (diskaun) untuk mangsa-mangsa banjir. Kami cukup prihatin,” kata tauke Mydin, Datuk Amer.

Sehingga tulisan ini ditulis, gudang di TUDM Subang masih sibuk. Ada juga bekalan dihantar melalui jalan darat - melalui lori, bas yang membawa bersama-sama sukarelawan serta pikap persendirian.

Malah AirAsia dan Malindo Air juga menyediakan penghantaran barangan dan sukarelawan secara percuma.

“Ini adalah khidmat ikhlas kami. Tolong uar-uarkan kepada rakan-rakan sukarelawan yang mahu menghantar barangan atau sukarelawan. Kami akan terbangkan mereka ke mana-mana sahaja termasuk ke Sabah atau Sarawak,” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia, Kamarudin Meranun. Semoga AirAsia bertenang dalam kedukaan yang berlaku ke atas pesawatnya di Indonesia. Kita semua turut bersimpati.

Tahniah rakyat Malaysia. Syabas anda semua. Tiada siapa pun yang mahu melihat dengan mata putih bangsa kita ditimpa bala. Tiada kerajaan yang mahu mengetepikan rakyatnya dalam musibah sebegini.

Ketepikan soal kepartian yang sempit. Ketepikan soal kesensitifan kedaerahan. Jangan sebarkan khabar-khabar angin yang bukan-bukan.

Jangan dipersenda media arus perdana. Tanpa kami, kita semua akan berada di bawah tempurung. Hanya akhbar Melayu kelihatan memberi liputan tiada terhad. Mungkin kerana mangsanya ialah rata-rata kaum itu.

Akhbar organ parti pula sudah-sudahlah membuat analisis yang bukan-bukan. Sebenarnya tanyalah diri sendiri dahulu.

Buatlah post mortem di Bilik Gerakan Bencana Alam Negeri terlebih dahulunya. Mengapa koordinasi bantuan lambat?

Akhir sekali syabas rakyat Malaysia - walau di mana sekali anda berada - kita tetap bersatu-padu.

Nahas udara dan kooRdinasi serantau

ESOK kita akan memasuki tahun baharu 2015. Dalam tahun itu juga kita akan menjadi Pengerusi ASEAN, sebuah rantau yang cukup pesat membangun dan maju.

Banyak peristiwa buruk yang berlaku membabitkan negara kita tahun ini. Pesawat MH370 masih belum ditemui setelah hilang pada 8 Mac. Pagi Ahad lalu QZ8501 AirAsia pula hilang dan terhempas dalam di Laut Jawa dekat Kalimantan. Itu tidak mengambil kira MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.

Pihak berkuasa Indonesia semalam memaklumkan mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan bangkai pesawat Air­Asia itu jika ia berada di dasar laut. Mereka tiada teknologi sebegitu.

Maka itu bantuan dari negara maju seperti Amerika, Britain, Perancis atau Australia, terpaksa diminta sekali lagi.

Sebagai rantau maritim dan kelautan, ASEAN sepatutnya sudah ada keupayaan yang canggih. Usaha­sama serantau akan membolehkan peralatan-peralatan canggih itu diperoleh.

Sebuah negara seperti Singapura boleh dipilih menjadi koordinator bagi pencarian di dasar laut menerusi penubuhan SAR Serantau.

Oleh kerana laluan udara di rantau ini antara yang tersibuk di dunia, keperluannya amat mendesak sekali. Lebih cepat SAR digerakkan kebarangkalian penyelamatan adalah besar.

Semoga tahun 2015 akan lebih cemerlang, lebih selamat dan lebih barakah untuk kita semua. Amin.

ZAINI HASSAN,
utusan online

(RENUNGAN MUSIBAH BANJIR) TS Annuar Musa Gesa Pas & UMNO BERSATU, Sedia Lepaskan Kerusi Parlimen demi rakyat


Satu dari matlamat utama politik kepartian adalah utk berlumba membuat penawaran kepimpinan dan khidmat yg lebih baik utk rakyat dan negeri/negara.

Namun situasi yg extreme menimbulkan semangat berpuak YANG SANGAT MERUGIKAN.

Sepanjang hayat perjuangan saya,terlalu byk yg saya lihat situasi di kedua pihak yg merugikan rakyat kita.

Kini melihat kepada BENCANA dan IMPAKNYA pada kehidupan rakyat SAYA MERASAKAN KITA BERHADAPAN DGN CABARAN LEBIH MENDESAK DAN MENCABAR.




Dimanakah labanya PERLUMBAAN KEPARTIAN yg selama ini TEGAR dinegeri kelahiran saya..saya sudah di penghujung usia dan keupayaan berjuang.

NAMUN RAKYAT DAN NEGERI SAYA TIDAK BEROLEH UNTUNG.

Apakah model politik masakini perlu di pertahankan dan untuk apa?



Justeru kenapa tidak kita berlapang dada demi rakyat dan negara/negeri.

Ego dan Keselesaan Kuasa tidak bererti apa apa jika rakyat tidak mendapat yg terbaik.

Saya secara konsisten dari dulu ingin melihat PAS DAN UMNO bersama dan saya yakin AGAMA,BANGSA DAN NEGARA tidak rugi kerananya.Yang rugi(kalau ada)hanya individu..yg terpaksa berkongsi kuasa.

Sebagai Ahli Parlimen saya bersedia memberi laluan kerusi yg saya sandang jika ia di perlukan dlm susunan baru muafakat ini.

Saya lebih rela tidak bergelar YB asal rakyat dan negeri saya lebih sejahtera.

SINGKAPLAH TABIR PEMISAH KEPARTIAN,ZAHIRKAN HARAPAN BARU,BANGUNKANLAH KELANTAN SERAMBI MEKAH DGN SEGALA KEUPAYAAN DAN KUASA YG ADA.

ROMBAKLAH SEGALA BENTENG KEPUAKAN DAN GANTIKAN DGN IKATAN UKHUWAH DAN PERSAUDARAAN.

BAWA GELOMBANG PEMBELAAN KE KELANTAN MENERUSI MUAFAKAT DAN KERJASAMA..MASA TIDAK MENANTI KITA..JIKA TIDAK KITA SIAPA LAGI..JIKA TIDAK SEKARANG BILA LAGI..

inilah masanya..BIAR NEGERI DAN RAKYAT YG BEROLEH KEBERUNTUNGANNYA.....wallahuaklam...

Sumber: fb 

Gambar-Gambar Kesan Bencana Banjir Manek Urai, Kuala Krai & Kota Bharu

Manek Urai 30 Disember 2014






Kuala Krai 29 Disember 2014







Kota Bharu 28 Disember 2014










Sumber gambar : fb aerodyne  

(SEDIH) Gambar-Gambar Kesan Bencana Banjir 2014 - macam lepas Tsunami

Mohd Noor Said, 86, bersama isterinya, Mek Embong Ibrahim, 66, termenung di bangkai rumah mereka yang hanya tinggal tangga berikutan banjir besar melanda Manek Urai.
Seorang sukarelawan menceritakan keadaan banjir di Kelantan terutama Kuala Krai sama seperti keadaan selepas tsunami di Aceh pada 2004.

"Keadaan di Kuala Krai memang teruk. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya. Lebih teruk daripada Kota Baharu. Ia mengingatkan saya tentang Aceh semasa saya menyertai misi bantuan di sana 10 tahun lalu," demikian mesej yang dihantar Razi Pahlavi Abdul Aziz, 40, kepada rakan-rakannya.

"Bandarnya (Kuala Krai) tiada penghuni, kereta-kereta rosak tersadai di tengah jalan, rumah kedai dan rumah-rumah musnah, dinding-dinding runtuh, jalan-jalan turut rosak. Saya melihat rumah dibawa arus sejauh 100 kaki.

"Sesungguhnya tiada kata-kata yang dapat menggambarkannya... sedih, kecewa dan putus asa melihat bagaimana banjir boleh memusnahkan sebuah bandar, kampung dan orang," katanya menerusi laman Twitternya. 

Berikut adalah gambar dari fb Kuala Krai SOS Banjir:








Kesan banjir 2014 : Jambatan Pulau Setelu perhubungan perkampungan tradisi dgn Gua Musang bukan lagi senget atau runtuh tetapi 'hilang'. Allah Maha Besar.

(KEHILANGAN PESAWAT) MAS bagi Sokongan Moral "Stay Strong AirAsia"


Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) hari ini menyatakan kebersamaannya dengan syarikat pesaingnya AirAsia supaya “terus bertahan” dengan kehilangan pesawat QZ8501 pagi ini.

MAS di media sosialnya turut menunjukkan setiakawannya dengan memaparkan gambar berlatar belakang warna kelabu dengan tulisan “Stay Strong AirAsia” (Bertahan AirAsia).

Turut dimuatkan pesanan bertulis:

“Ingatan dan doa kami bersama sahabat handai dan sanak saudara mereka yang berada dalam QZ8501”.

Sementara itu syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia juga menukar logo di laman media sosialnya kepada warna kelabu berbanding merah sebelum ini.

Warna logo di Facebook dan Twitter itu ditukar selepas syarikat penerbangan berkenaan mengumumkan mengenai kehilangan pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Pertukaran warna logo turut dibuat terhadap semua laman sosial bersekutu kumpulan AirAsia.

Pesawat AirBus A320-200 milik AirAsia yang membawa lebih 160 orang itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura.

Sebelum ini, ketika insiden MH370 dan MH17, MAS menggunakan gambar profil di media sosial berwarna kelabu sebagai setiakawan kepada mangsa dan keluarga.

Kronologi hilangnya pesawat AirAsia

Kementerian Perhubungan Indonesia mengeluarkan kronologi dan status pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang ketika dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapura pagi tadi.

Berikut maklumat daripada ketua komunikasi awam kementerian, JA Barata dalam kenyataannya di Jakarta hari ini, seperti dilaporkan agensi berita nasional Indonesia Antara:

Pesawat AirAsia QZ8501 berangkat dari Surabaya pada pukul 05.36 (waktu Indonesia barat atau WIB).

 Pesawat terbang dengan ketinggian 32.000 kaki dan mengikuti laluan penerbangan M-635.

 Pesawat menghubungi Pusat Kawalan Udara (ATC) Jakarta pukul 06.12 (WIB) pada ketinggian FL.320 pada frekuensi 125.7MHz.

 Ketika perhubungan, ATC Radar Jakarta mengenal pasti pesawat pada layar radar dan pesawat menyatakan menghindari awan ke arah kiri dari M-635 dan meminta naik ke ketinggian 38.000 kaki (FL.380).

 Pada pukul 06.16 WIB pesawat masih kelihatan di layar radar dan pada pukul 06.17 WIB hanya kelihatan signal ADS-B, sekali gus hilang perhubungan dengan ATC.
 Pada pukul 06.18 WIB sasaran hilang daripada radar, hanya kelihatan "flight plan track".

 ATC menyatakan INCERFA atau tahap awal pesawat hilang perhubungan pada pukul 07.08 WIB.

 ATC menyatakan ALERFA atau tahap lanjut pesawat pada pukul 07.28 WIB, dan pernyataan DETRESPA atau pernyataan pesawat hilang pada pukul 07.55 WIB.

 Pada pernyataan INCERFA dan seterusnya, kumpulan mencari dan menyelamat sudah sedia maklum.


Tuesday, December 30, 2014

(TERKINI) Pesawat AirAsia Zest TERBABAS di Filipina



Pesawat AirAsia Zest Z2272 Airbus A320 terbabas di Kalibo Airport, Filipina tadi.

Manila: Sebuah pesawat milik AirAsia Zest terbabas dari landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Pulau Panay, Filipina, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang (waktu tempatan) itu, pesawat yang membawa 184 penumpang dan anak kapal itu dikatakan mengalami masalah tayar ketika mendarat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa ataupun kecederaan dilaporkan berlaku kepada penumpang dan anak kapal di dalam pesawat malang itu.

Menurut seorang wartawan Damazo Santos yang turut berada di dalam pesawat berkenaan, semua penumpang terpaksa dikeluarkan dari pesawat menggunakan gelungsor kecemasan. "Enjin terus dimatikan dan kami diarahkan keluar tanpa membawa bagasi.

Jentera bomba turut bersedia di lokasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan,"dalam kenyataan yang dipetik dari akaun twitternya, sebentar tadi.

Badan SAR Nasional JUMPA satu Mayat berhampiran Penemuan Serpihan Pesawat


Jasad pertama ditemui


Jakarta: Badan SAR Nasional (BASARNAS) menemui satu mayat di Selat Karimata. Proses pemindahan menggunakan heli Super Puma sedang berlangsung.
Dari tayangan tvOne, mayat ditemui terumbang-ambing di Selat Karimata, sekitar jam 3.40 petang tadi, tidak jauh dari penemuan serpihan bahagian pesawat.
Mayat itu dikenalpasti berpakaian hitam.
Kerja menyelamat dilakukan seorang kakitangan BASARNAS yang turun menggunakan seutas tali. Usaha menyelamat sukar berikutan angin kuat. - DetikNews

Indonesia SAHKAN objek ditemui di Laut Jawa serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501


Jakarta: Kementerian Perhubungan Republik Indonesia (KEMENHUB) mengesahkan objek ditemui di Laut Jawa mempunyai kaitan dengan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Laporan yang dipetik daripada DetikNews disahkan oleh Plt Dirjen Perhubungan Udara Kementerian, Djoko Murjatmodjo.

"Sudah dipastikan itu adalah serpihan pesawat. Ada tiga objek yang titik kordinatnya berbeza tadi.

"Infomarsi itu juga selari berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh Badan mencari dan menyelamat (BASARNAS) sebentar tadi," kata Djoko.

Djoko berkata, jika warna objek itu adalah putih dan merah adalah dipercayai mempunyai kaitan dengan badan pesawat.

"Tentera Nasional Indonesia akan terbang ke Pengkalan Bun berikutan objek ini berpotensi menjadi petunjuk," kata Djoko.




Blogger China Ramal Pesawat AirAsia Akan Hilang 13 Hari Sebelum Kejadian


TINDAKAN seorang blogger misteri di China meramalkan sebuah pesawat AirAsia akan ghaib - 13 hari sebelum QZ8501 dilaporkan hilang pada Ahad menjadi viral dikalangan netizen.
Dalam ramalan tersebut blogger terbabit dilaporkan memberi amaran kepada syarikat penerbangan bahawa sebuah pesawat lagi sedang menjadi sasaran oleh kumpulan bayangan yang digelarnya 'Tangan Hitam' (Black Hand).
 
Menurut laporan DailyMail Online, blogger terbabit turut mendakwa  'Tangan Hitam' merupakan kumpulan yang bertanggungjawab terhadap dua insiden melibatkan Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 dan MH17 sebelum ini.
 
Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang membawa 162 penumpang dilaporkan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada pagi Ahad dan kejadian itu merupakan yang ketiga melibatkan syarikat penerbangan dari Malaysia.
Sejak pesawat itu hilang, netizen kembali mempersoalkan ramalan berkenaan manakala terdapat kumpulan lain mendakwa ia telah disunting semula bagi dijadikan viral.
 
Dalam satu komen pada 15 Disember yang telah diterjemahkan dipetik berkata, penulis blog berkenaan telah memberi amaran' "Tangan Hitam telah merampas dan menembak jatuh MH370 dan MH17."
 
The apparent predictions have gone viral on social media and discussion forums such as Reddit (above), with some users expressing astonishment at the forewarning and others claiming it could be a hoax

"Ini sudah cukup untuk membunuh syarikat penerbangan keenam terbesar: Penerbangan Malaysia (MAS).
"Kini, Tangan Hitam menyasar untuk merosakkan AirAsia, kerana ia juga milik Malaysia.
"Memandangkan bertapa kuatnya Tangan Hitam itu, saya mencadangkan semua rakyat China supaya mengelak daripada menggunakan AirAsia, supaya anda tidak hilang seperti MH370.
 

COLI & SELUAR DALAM TERPAKAI terpakai antara disumbang kepada mangsa banjir


SHAH ALAM 29 Dis. - Buruknya sikap sesetengah rakyat Malaysia kerana ada antara ahli masyarakat menjadikan pusat pengumpulan barangan bantuan banjir sebagai tempat untuk 'membuang' pakaian-pakaian lama mereka. 

Antaranya pusat pengumpulan bantuan banjir pertubuhan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia menerima antara lain sumbangan seluar dalam dan baju dalam sudah dipakai dan lusuh untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang kini melanda dengan teruk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak. 

Setiausaha 1 Muslim Care, Abdul Razak Mohamed yang ditemui di pusat pengumpulan sementara bantuan mangsa banjir berkata, sejak pusat itu dibuka 25 Disember lalu sejumlah 5 tan pakaian terpakai telah disumbangkan kepada mereka. 

"Kami terpaksa menggunakan tenaga sukarelawan yang terhad dan menghabiskan masa mengasingkan pakaian terpakai ini.  

"Kira-kira 20 peratus daripada sumbangan pakaian terpakai terpaksa dibuang. Siapa mahu memakai pakaian dalam terpakai atau baju dan seluar yang telah koyak? tanya Abdul Razak ketika ditemui di sini hari ini. 


Kasut tumit tinggi

Selain seluar dalam dan baju dalam terpakai ada segelintir masyarakat yang turut menyumbang kasut bertumit penuh perhiasaan dan kasut lusuh yang tapaknya telah tertanggal. 

Pusat berkenaan kini tidak lagi menerima sebarang sumbangan berbentuk pakaian terpakai. 

Kasut tercabut tapak

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Muslim Care telah menghantar sejumlah 25 tan bantuan pada 26 Disember menggunakan tiga lori dan 14 pacuan empat roda ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.  

"Pada 27 Disember kita menghantar 70 tan lagi bantuan kemanusiaan menggunakan 5 buah lori dan 48 pacuan empat roda di tiga negeri tersebut. 

Pada 28 Disember dan hari ini kita menghantar kira-kira 40 tan lagi bantuan," jelas Abdul Razak. 

Abdul Razak berkata, 80 peratus barangan yang dihantar adalah makanan seperti beras, biskut, gula, air minuman dan barangan dapur seperti bawang dan sebagainya. 
Manakala 20 peratus lagi merupakan lampin pakai buang, tuala wanita dan barangan kebersihan.  

Menurut beliau, penghantaran barangan kepusat-pusat pemindahan banjir adalah berdasarkan senarai yang diminta oleh wakil-wakil Muslim Care disetiap kawasan bencana. 

"Sebelum kami membuat penghantaran ke sesuatu lokasi, kami akan semak dengan wakil kami di sana untuk mendapatkan senarai barangan keperluan yang mendesak.  

"Sebab kami tidak mahu menghantar barangan yang mereka telah ada. Berdasarkan senarai yang ada kita akan buat pengasingan di sini untuk dimuatkan ke dalam kenderaan," kata Abdul Razak. 

Dalam pada itu, Abdul Razak menjelaskan orang ramai telah bermurah hati dengan menderma wang tunai dengan jumlah terkumpul sebanyak RM100,000. "Wang tunai yang dimasukkan ke dalam akuan kita ini akan digunakan untuk membeli barangan makanan terutamanya untuk diagihkan kepada mangsa banjir," kata Abdul Razak. 

Abdul Razak berkata, Muslim Care turut menerima sumbangan lapan buah bot daripada sebuah syarikat di Perak. Bot-bot berkenaan digunakan di kawasan bencana yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan darat. Muslim Care masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terkandas dan bantuan masih perlu dihantar selepas banjir surut. - UTUSAN ONLINE 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com