innity

pages

Sunday, November 30, 2014

Serangan Najib terhadap blogger lemahkan jentera siber Umno, kata wartawan veteran


Pengakuan Datuk Seri Najib Razak blogger pro Umno didanai akan melemahkan jentera atas talian parti itu, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, pertama kali seorang pemimpin Umno mengakui secara terbuka mereka mengupah bloggers untuk menulis bagi pihak mereka.
“Pendedahan dan herdikan Najib itu akan melemahkan lagi perang saraf Umno di alam siber.
Tanpa pendedahan dan kecaman itu pun keberkesanan blogger Umno sudah dipersoalkan,” kata Kadir menerusi kiriman terbaru di blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.
Semalam, Najib menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
Katanya, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa menggulung ucapan di Perhimpunan Agung Umno 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kadir berkata ungkapan bangang yang digunakan Najib kepada blogger Umno semalam adalah keterlaluan, kesat, kasar serta tidak membayangkan hemah dan ketokohan seorang pemimpin.
“Pusat Rujukan Bahasa Melayu DBP mentakrifkan bangang sebagai bodoh, dungu, tongong dan bahlul. Teruk sungguh.
“Kesian juga saya kalau selepas ini ada blogger Umno yang tertiarap periuk nasinya akibat herdikan Najib itu,” katanya menerusi kiriman yang bertajuk “Mohd Najib kecam blogger upahan Umno”.
Menurut Kadir, sebelum Najib, sudah ada beberapa pemimpin Umno yang menggelar blogger dengan gelaran yang buruk.
"(Tan Sri) Zainudin Maidin (kini seorang blogger) ketika menjadi menteri penerangan melabelkan blogger 'goblok'.
"Khairy Jamaluddin menanggil mereka 'beruk' dan (Datuk Seri) Shaziman Abu Mansor, waktu menjadi timbalan menteri tenaga, komunikasi dan air, menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi," katanya. – 30 November, 2014, TMI

Harga RON97, RON95 turun, diesel naik mulai tengah malam ini


Harga runcit RON97 turun sebanyak 9 sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun 4 sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan kepada 3 sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baharu ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baharu itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)." – Bernama, 30 November, 2014.

Peniaga berhimpun bantah kenyataan NAZRI TIDAK SELAMAT


Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.

Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.

"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta maaf,” kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan industri pelancongan di kawasan tersebut.

Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.

Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa.

Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa.

Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir.

Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menjemput Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menemaninya ke Sabah tanpa ditemani oleh pengawal peribadi supaya dia sendiri boleh mengukur tahap keselamatan di negeri tersebut.

"Saya mahu menjemput(Nazri) untuk menemani saya ke negeri tersebut tanpa pengawal peribadi supaya dia boleh lihat(tahap keselamatan) sendiri", kata Zahid yang juga Menteri di Dalam Negeri.

Menurut Zahid, Sabah kini lebih selamat setelah seorang pegawai kanan polis diletakkan bagi mengetuai Esscom. Menurut Zahid, Sabah kini lebih selamat berbanding dengan enam bulan lepas.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga menyangkal kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa negeri Sabah tidak selamat untuk dilawati.

Tegasnya, ia dapat dibuktikan dengan kehadiran pelancong yang masih ramai di negeri berkenaan.

"Sabah kini masih selamat, tidak seperti yang dinyatakan Nazri ... kalau kita tengok masih lagi ramai pelancong yang pergi.

"Saya tidak mahu kata Sabah tidak selamat, tetapi kita telah, sedang dan akan mengambil semua langkah yang patut dalam kita memastikan Sabah terutama pantai timur Sabah selamat," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri satu forum anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Nazri pada Isnin semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di Negeri di Bawah Bayu itu masih belum selesai.

Kata Nazri, dia sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini selain enggan menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat.

Mengulas lanjut Abdul Khalid menjelaskan, Sabah kini selamat untuk pelancong tetapi juga untuk warganya di sana.

Zam kata: NAJIB BUKAN BIJAK SANGAT TETAPI TIDAK BERERTI DIA BODOH


Berikut adalah tulisan Zam di blog beliau:

Perhimpunan Agung UMNO  2014 berakhir dengan" undi tidak percaya" terhadap Peguam Negara dari peringkat Perdana Menteri ,Menteri Dalam Negeri hingga kepada seluruh perwakilan kerana ketidaktegasannya  menguatkuasakan   Akta Hasutan 1948 selama ini.

Datuk Seri Najib dalam ucapan penggulongannya di perhimpunan itu telah menyeru  Peguam Negara bertindak tegas terhadap pihak yang melanggar undang-undang itu dan Suruhanjaya Multi Media  dan Komunkasi hendaklah membuat  siasatan sewajarnya untuk tindakan dalam perlaksanaan Akta Hasutan 48.

Apakah arti semuanya  ini?

Seruan Najib itu  disambut dengan tepuh sorak bergemuruh para perwakilan yang dapat difahamkan dengan mudah sebagai  suatu luahan  perasaan mereka  terhadap kelemahan Peguam Negara yang telah berlaku sekian lama dan yang menampakan tindakan yang takut untuk menghadapi kontroversi dan cabaran dari pihak pembangkang.

Kata Najib dalam Perlembagaan, Peguam Negara ada kuasa mutlak tapi kita minta ketegasan dari peguam negara  untuk bertindak tegas. Ini berarti bahawa Peguam Negara selama ini tidak tegas.

Sebelumnya  Ahmad Zahid Hamidi juga diberikan tepuk sorak oleh para perwakilan apabila beliau meminta  Jabatan Peguam Negara membantu polis dalam menjalankan pendakwaan di bawah Akta Hasutan yang mahu diimplementasikannya  dengan segera." Jangan salahkan polis,polis hanya menyiasat dan menangkap" katanya. Ini adalah suatu pembelaan terhadap polis yang selalu disalahkan oleh pihak Peguam Negara kerana lemah dalam mengemukakan kes untuk pendakwaan.
.
Soalnya sekarang dengan pernyataan hasrat Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan serta merta di bawah Akta Hasutan 48  dan ketegasan yang mahu dilihat oleh Najib maka  apakah Peguam Negara  akan  dapat memberikan bantuan yang berkesan.

Masalah yang dihadapi oleh kerajaan jika Peguam  Negara   disingkirkan maka berarti campur tangan politik tetapi jika rakyat yang diberikan harapan tinggi oleh  Najib dikecewakan oleh sikap Peguam Negara maka Najiblah yang akan tersungkur. Ramai orang berperasangka bahawa Peguam Negara juga berada di belakang pengumuman Najib untuk menghapuskan akta itu.

Tentang ucapan penggulongan Najib saya suka berkongsi pendapat dengan  Haikal Hakimi yang memberikan komen dalam enrty saya bertajuk" Inilah nafas terakhir Najib" bahawa" Najib bukan bijak sangat tetapi bukan berarti bodoh.Jangan under estimatepercaturan politik beliau kerana beliau ada pengalaman luas .Cuma kadang kadang keputusannya menyebabakan keresahan rakyat".

Dibawah ini komen Haikal sepenuhnya:

1. Najib tau dia masih ada pengaruh kerana KUASA yg ada di tangannya sekarang.

2.,Sementara berkuasa maka macam-macam  strategi boleh diguna mengikut kesesuaian isu dibangkitkan.

3. Najib bukan bijak sangat tetapi   bukan bererti dia bodoh. Kelemahan beliau  dapat  ditutup dengan  pelbagai cara.

4. Kelebihan Najib adalah beliau tidak cepat melatah dan amalkan pendekatan yang  tidak agresif dalam menangani kritikan.

.

Di mata Najib, blogger pro-Umno serang Umno ‘BANGANG’


Antara yang menarik dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah apabila beliau mengatakan blogger pro-Umno yang menyerang kembali parti Melayu itu sebagai “bangang”.

Menurut presiden Umno itu, blogger-blogger ini seharusnya memfokuskan serangan kepada parti-parti pembangkang kerana mereka harus ingat siapa yang membiayai mereka.

“Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.

“Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Selain menyerang kembali blogger-blogger yang mengkritik Umno ini, Najib sebenarnya secara tidak langsung memberikan pendedahan terbuka partinya membiayai kumpulan ini.

Sekian lama blogger-blogger pro-Umno ini menafikan mereka dibiayai (walaupun sudah menjadi rahsia terbuka) untuk mempertahankan kerajaan daripada serangan di media sosial, ucapan Najib semalam secara tidak langsung memberi “peluru” untuk golongan ini diserang di media sosial.

“Pecah tembelang....“Bloggers kita ini cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita hendak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang,” BANGANG... BANGANG... BANGANG... BANGANG... HA HA HA,” tulis pengguna Facebook bernama Kassim Baba.

Sementara pengguna Facebook Mat Indra pula menulis: “Hahaha blogger Umno cari makan rupanya... upah tak cukuplah tu Datuk Najib. Up lah sikit.”

“MasyaAllah londeh aib sendiri akhirnya! Ingatkan cerdik... kalau ye pun, PM jangan londeh dalam perhimpunan agong yang semua orang tengok! Mak aii... ingat lepas ni lagi ganas pula blogger serang balas! Hehehe,” tulis pengguna Facebook yang menggunakan nama Biaq Betoi.

Di Twitter @AbdMalekHusin menulis: “Bukan kita yang kata, Presiden Umno yang kata, "Blogger Umno bangang!" ♫ Beginilah nasib diriku yang malang... oh Tuhan ♫.”

“Sebelum tidur nak peringat sekali lagi ye 'Blogger pro-Umno ni BANGANG!!' - kata #NajibRazak . Selamat malam,” tulis @RoslanKz di Twitter.

Dari segi sejarahnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) mula memfokuskan untuk mempunyai pasukan bloggers selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 kerana merasakan mereka hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila meninggalkan dunia siber.

Selepas itu, selain mempunyai pasukan bloggers, pimpinan-pimpinan Umno dan BN juga mula membuka blog kerana kepercayaan mereka akan mendapat sedikit “saham” sokongan daripada pengguna Internet yang sebelum ini hanya dimanfaatkan pemimpin pembangkang.

Namun keputusan PRU13 menunjukkan sebaliknya, BN hilang majoriti lebih besar apabila hanya berjaya memenangi 133 kerusi Dewan Rakyat berbanding 140 kerusi pada PRU12.

Lebih parah lagi, buat pertama kalinya BN kehilangan undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mempunyai pasukan bloggers yang besar tidak memberi kelebihan kepada BN. Apa lagi ketika PRU13, blog sudah tidak lagi relevan berbanding Facebook, Twitter dan YouTube.

Dan blogger upahan tidak mempunyai semangat juang tinggi berbanding yang berjuang kerana kepercayaan mereka. Blogger upahan tidak akan bekerja jika upah tidak turun.

Mungkin sudah sampai masanya Umno berhenti membuat pembaziran membayar bloggers yang tidak banyak membantu mereka memenangi pilihan raya.

Lebih baik Umno berubah mengikut peredaran zaman.

Umno mula ditinggalkan hari ini kerana golongan tua sudah mula pupus dan golongan muda semakin maju pemikiran mereka.

Mana-mana parti sekalipun jika tidak mengikut peredaran zaman sudah pasti akan ditinggalkan kerana dianggap “bangang” oleh masyarakat.

– 30 November, 2014. The Malaysian Insider

P/s: celahgelegar TIDAK pernah dibiayai, dulu kini dan selamanya, perjuangan demi Islam, Melayu dan Malaysia

Sebaran Surat Petrol turun harga, Hasan Malek kata tunggu pengumuman rasmi dalam sehari dua lagi


SHAH ALAM - "Tunggu pengumuman rasmi dalam sehari dua lagi," demikian menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengenai penurunan harga petrol membabitkan RON97, RON95 dan diesel.

Beliau berkata, pada masa ini, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

“Saya tidak tahu daripada mana berita itu diperolehi, tetapi apa yang boleh saya katakan.. tunggu sahaja,” katanya ringkas.

Viral penurunan harga itu mula tersebar sejak hari ini apabila surat embargo yang bertarikh 28 November itu menyatakan RON95 akan turun 4 sen, RON97 sebanyak 9 sen dan diesel 3 sen.

Penurunan harga baru itu dikatakan bermula pada 1 Disember ini.



Di dalam surat tersebut ada menyebut bahawa Harga terkini RON95 dan RON97 turun sebanyak 4 Sen dan 9 Sen mulai 1 Disember 2014. 

Seperti sedia maklum, subsidi bagi bahan api RON95 dan Diesel akan dihapuskan oleh kerajaan mulai 1.12.2014 dan mengikut sepenuhnya harga pasaran semasa. 

Menerusi surat pekeliling yang tersebar, harga runcut bagi RON95 akan turun sebanyak 4 Sen seliter menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter. 

Manakala RON97 pula akan mencatat penurunan sebanyak 9 Sen Seliter menjadikan harga RON97 mulai 1 Disember 2014 adalah RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen. Pada masa yang sama, Diesel pula mencatat kenaikan harga sebanyak 3 Sen seliter iaitu RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter.


Berdasarkan tinjauan di fb, ramai yang berpendapat jika benar kenyataan surat tersebut, penurunan 4 sen hasil pemansuhan subsidi melalui apungan harga itu adalah sangat sedikit berbanding penurunan harga minyak dunia. 

Kebanyakan mereka  meminta kerajaan menkaji semula harga tersebut yang pada pandangan mereka sepatutnya harga menjadi jauh lebih rendah.

Saturday, November 29, 2014

Modul KERIS 2314 senjata UMNO hadapi PRU 14


29 NOV: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, menjadi kewajiban dan tanggungjawab pemimpin dan ahli-ahli parti bersedia dengan modul latihan program KERIS 2314 menjelang PRU 14.
Katanya, program KERIS 2314 bukan lagi satu pilihan tetapi merupakan satu kewajiban dan tanggungjawab sebagai ahli parti pada saat genderang perang dipalu.
zahidpau“Program KERIS 2314 ini bukanlah sebarang KERIS tetapi ia senjata UMNO dalam menghadapi onar pembangkang,”.
“Dari sinilah Jil-UMNO (Generasi UMNO) akan terlahir dalam usaha kita meremajakan parti. Jil-UMNO bererti “Generasi Pewaris Kepimpinan UMNO” menumpukan pentarbiyyahan kepada kepimpinan dan ahli UMNO.
Dengan melahirkan generasi pewaris ‘perjuangan’ UMNO, kerana kekuatan UMNO terletak kepada perjuangannya,” katanya .
Menurut Zahid, K.E.R.I.S adalah akronim kepada sikap pemimpin iaitu Karisma, Ehsan, Rasional, Iltizam dan Setia.
2314 itu kata Zahid, merujuk  2/ 3  sasaran untuk menebus kembali  jumlah kerusi  dalam PRU akan datang setelah 2 penggal Barisan Nasional gagal.
“Realitinya, tanpa 2/3 tidak banyak yang boleh kita lakukan dalam Dewan Rakyat. Manakala 14 adalah sempena PRU ke-14.”
“Kami menjanjikan modul latihan UMNO kali ini, adalah sesuatu yang baharu dan segar,” katanya sambil meminta Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mewajibkan semua pemimpin mengikuti program ini.
“Siapa yang tak datang, tuan presiden jangan bagi jadi calon (PRU14),” katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan di Dewan Merdeka PWTC.
Zahid menjelaskan, pemimpin-pemimpin UMNO akan membawa pulang sebuah pengalaman baharu sebagai buah tangan untuk dikongsikan di bahagian bahagian melalui modul perkaderan dan tarbiyyah.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, UMNO perlu ada minda perang bagi berdepan musuh ataupun pembangkang.
“The best defence is attack. Serang pembangkang dengan pelbagai cara termasuk gunakan media sosial. Cuma jangan serang sesama sendiri,” tegasnya.

(TIADA IDEA BARU KE?)PAU 2014: Wakil Perlis saran Hapuskan Pekeliling Perkhidmatan Awam Halang Surat Sokongan


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menghapuskan pekeliling yang menghalang penggunaan surat sokongan dalam urusan membabitkan jabatan kerajaan.
Perwakilan Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, halangan penggunaan surat sokongan hanya akan menghakis minat rakyat khususnya orang Melayu terhadap Umno.
Katanya, sebagai sebuah parti yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), surat sokongan kepada orang Melayu amat diperlukan bagi membantu memudahkan urusan untuk mendapatkan kontrak dan bantuan kebajikan.
"Kami harap yang atas sana (menteri kabinet) tolong batalkan pekeliling ini kalau nak lihat parti ini berjaya.
"Tolong batalkan serta-merta...kalau tidak parti ini dianggap tidak menguasai kerajaan," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Khamis.
Selain itu Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, surat pekeliling itu ternyata merumitkan rakyat khususnya orang Melayu untuk memohon bantuan kerajaan yang disokong mereka.
"Saya pernah hadapi satu kes ketika hendak bantu seorang pelajar ditukarkan sekolah.
"Tapi akhirnya mereka berikan surat pekeliling kepada saya yang menyebut mengenai garis panduan dan tindakaan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan (menteri) atau individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai urusan kerajaan," katanya.
Menurut beliau, pekeliling itu dikeluarkan ketika Tan Sri Mohd Sidek Hassan menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN).
"Saya sebagai ahli parlimen pun dapat surat macam ini, bagaimana orang-orang lain yang tak ada apa-apa jawatan.
"Adakah ini maksud parti (Umno) kuasai kerajaan," soalnya.

Kembalikan Kementerian Sumber Manusia pada Umno


KUALA LUMPUR: Perwakilan Perhimpunan Agung Umno 2014 menuntut supaya portfolio jawatan menteri sumber manusia dikembalikan kepada wakil parti itu bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi Bumiputera dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Ketika membahaskan usul ekonomi, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, diskriminasi kerjaya dalam sektor swasta terhadap kaum Melayu dan Bumiputera perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan.
"Mereka tidak pernah cuba membantu atau mengambil peduli isu ketidakseimbangan kaum dalam sektor korporat. Diskriminasi terhadap Melayu semakin menjadi-jadi.


"Kalau boleh saya cadangkan, mungkin sudah tiba masanya, jawatan menteri sumber manusia dikembalikan kepada wakil Umno dengan harapan agenda Melayu dapat diperjuangkan secara lebih jelas dan nyata di dalam sektor perjawatan," katanya pada Sabtu.
Katanya, kajian Chr. Michelsen Institute (CMI) pada 2005 mendapati bayaran kepada Bumiputera yang mempunyai jawatan, kelayakan akademik dan pengalaman yang sama dalam sesuatu industri adalah 32 peratus lebih rendah daripada kaum Cina.
Ketika ini portfolio jawatan Menteri Sumber Manusia disandang Datuk Seri Richard Riot Jaem yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Sebelum ini jawatan berkenaan pernah dipegang oleh Datuk Seri S. Subramaniam (2008) dan Tan Sri Dr Fong Chan Onn (2003).

(JOKOWI MAHU KARAMKAN KAPAL MALAYSIA) Thailand Tahan Lanun Warga Indonesia, Rampas Minyak Sawit


NARATHIWAT: Pihak berkuasa Thailand menahan lapan warga Indonesia disyaki lanun ketika berada dalam kapal Sricadi 515 di perairan Teluk Siam, daerah Takbai dekat sini, Jumaat.
Ketua Polis Marin ke-7 Wilayah Narathiwat Mej.Pol. Puthinan Puthiranon berkata mereka ditahan pihak berkuasa daerah Takbai, Wilayah Narathiwat, ketika kapal itu berhenti di kawasan berkenaan kira-kira 9 pagi tadi.
Beliau berkata semasa siasatan, suspek mengaku mereka merompak dan merampas kapal itu di perairan Indonesia pada 9 Okt lepas.
Sebelum ini, pihak berkuasa Indonesia melaporkan kapal itu, yang membawa 2.7 juta liter minyak sawit mentah bernilai 60 juta baht, telah dirompak lanun.
Puthinan berkata kesemua suspek ditahan kerana kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah, memiliki minyak sawit mentah tanpa izin dan memiliki kapal yang tiada sebarang dokumen yang sah.
Menurutnya seorang daripada suspek itu memberitahu bahawa mereka berada di perairan Teluk Siam selama enam hari dan telah menjual sebanyak 300,000 liter minyak sawit mentah kepada peniaga Indonesia di perairan Wilayah Pattani.
Puthinan berkata kesemua suspek itu dibawa ke Balai Polis Wilayah Narathiwat untuk siasatan lanjut.
Polis juga akan melaporkan kepada Pejabat Kedutaan Indonesia di Bangkok mengenai tangkapan itu, katanya.

PAU 2014: Ketua Umno Bahagian Cheras Gesa Shahrizat Letak Jawatan


KUALA LUMPUR: Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno. 
"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita. 
"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat. 
 
Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti. 

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama. 

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti." 

"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau. 
Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara. 

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti." 

"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja. 
"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti. 

"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali. 
Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu. 

Friday, November 28, 2014

(CELAKA TAK HABIS) Kain rentang promosi KOMUNIS cetus keresahan di P. Pinang


GEORGE TOWN, 28 November:

Penggantungan kain rentang yang memaparkan wajah bekas ketua Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Chin Peng dan tertera tajuk ‘Prajurit Parti Komunis Malaya (PKM)’, menimbulkan keresahan orang ramai yang khuatir ada pihak cuba mengembangkan semula ideologi komunis di negara ini.

Kain rentang berkenaan turut dicetak petikan kata-kata mendiang Chin Peng “Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam” serta gambar tiga pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) Bahagian Bukit Gelugor yakin ada pihak cuba membuat provokasi kerana gambar kain rentang itu yang bertujuan mempromosikan majlis makan malam dan diskusi mengenai Chin Peng pada jam 7.30 malam esok (Sabtu) di Dewan Orang Ramai Chai Leng Park, di Perai sudah menjadi viral dan tersebar luas di media sosial.

Pengerusinya Abdul Wahab Eusoff mendakwa, beliau mengesyaki ia turut membabitkan pemimpin PR kerana tiga tokoh yang gambar mereka dicetak di kain rentang berkenaan disenaraikan sebagai ahli panel dalam diskusi itu.


Beberapa NGO  Melayu Pulau Pinang, termasuk PERKASA dan Pertubuhan Dakwah Islamiah (PEKIDA) tampil membuat 11 laporan polis terhadap pihak yang mereka dakwa sebagai dalang.
Beberapa NGO Melayu Pulau Pinang, termasuk PERKASA dan Pertubuhan Dakwah Islamiah (PEKIDA) tampil membuat 11 laporan polis terhadap pihak yang mereka dakwa sebagai dalang.

Tiga pemimpin PR itu Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu, Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sberang Jaya, Dr Afif Bahardin  serta bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri itu, Amir Ghazali.

Bagaimanapun Dr Afif ketika dihubungi The Rakyat Post mendakwa beliau tidak tahu tentang majlis berkenaan dan menafikan sebarang pembabitan dalam penganjurannya.

“Saya mahupun pemimpin PR lain tidak ada kena mengena dengan kain rentang itu.
“Saya harap pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti dalang di sebalik kewujudan kain rentang itu,” kata Dr Afif.

Katanya, pembantu beliau, Fathilullail Jaafar Sidek, yang turut ternampak kain rentang itu telah membuat laporan polis.
Sementara itu hari ini, ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang, termasuk PERKASA dan Pertubuhan Dakwah Islamiah (PEKIDA) tampil membuat 11 laporan polis terhadap pihak yang mereka dakwa dalang majlis makan malam pro-komunis itu.

“Tidak jelas siapa dalang di sebalik majlis ini dan bagaimana mereka boleh mendapat kelulusan mengadakan untuk mengadakannya di tempat awam, tetapi kami harap polis akan menyiasat perkara ini,” kata Ketua Pemuda PERKASA Jelutung selepas membuat laporan.

The Rakyat Post yang membuat semakan dengan pihak jawatankuasa Dewan Orang Ramai Chai Leng Park pula dimaklumkan tiada tempahan untuk menggunakan dewan itu pada 29 Nov.

Mat Sabu bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi memberikan ulasan.

Sumber: The Rakyat Post  

Ketua Kluster Majlis Profesor Negara: Tidak perlu kawalan harga rumah


SHAH ALAM - Tidak perlu kawalan harga dalam menangani isu harga rumah yang melambung, kata Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Menurutnya, secara kasar kawalan harga dilihat sebagai satu kaedah bagus untuk menangani isu kenaikan harga rumah tetapi realitinya tidak.

"Untuk tempoh jangka masa panjang, kaedah itu (kawalan harga) sebenarnya lebih merugikan dan membebankan terutamanya kepada kerajaan.

"Saya tidak setuju dengan cara tersebut kerana terdapat banyak kaedah lain yang boleh digunapakai," katanya, kelmarin.

Beliau berkata, umpamanya aspek perancangan bandar serta sistem pengangkutan awam yang baik perlu dititikberatkan.

Menurutnya, kenaikan harga rumah berlaku disebabkan dua faktor iaitu permintaan tinggi dan kos tanah yang tinggi.

 Katanya, di Malaysia kebanyakan rakyat mahu tinggal di bandar dan apabila disebut bandar, semua tertumpu di Kuala Lumpur yang dilihat menyediakan pekerjaan.

"Sedangkan banyak lagi kawasan luar seperti Kajang dan Selayang yang boleh dibangunkan sebagai pusat pekerjaan.

"Jika di Jepun dan New York contohnya, kebanyakan rakyat tinggal jauh dari bandar yang perjalanannya mengambil masa satu jam. Tetapi mereka mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat, ia sekali gus meredakan isu kenaikan harga rumah serta pemusatan," katanya.  

Selain itu, kerajaan perlu menangani isu spekulator yang membeli rumah untuk dijadikan aset pelaburan.

"Kita boleh fokus cara atau bagaimana untuk mewujudkan suasana agar mereka kurang berminat untuk membeli rumah, contohnya kerajaan perkenalkan rumah dijual balik dalam tempoh beberapa tahun dengan cukai tinggi," katanya.

Mengulas kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda bahawa kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan jika kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah adalah sebagai isu yang berbeza.

"Ramai keliru maksud gelandangan kerana ia isu sosial dan tingkah laku.

"Di luar negara, kerajaan menyediakan rumah perlindungan kepada golongan gelandangan tetapi mereka memilih tinggal di jalanan kerana itu cara mereka meneruskan kehidupan," katanya.

Umno: Gen X, Y, ‘Zzzz’


MELIHAT dari luar lingkungan – dan bukan orang parti – saya tidak teruja lagi kepada cakap-cakap mengenai usaha meremajakan Umno. Tidak juga saya berasa pelik apabila mendengar seruan berdegar-degar untuk transformasi parti.

Semua orang tahu ini benda lama yang diulang ungkit setiap kali perhimpunan agung parti terbesar orang Melayu itu. Oleh sebab sudah kerap sangat disebut – dengan nada dan istilah-istilah berbeza – orang sudah tidak prihatin lagi.

Lebih-lebih lagi apabila yang diulang-ungkit itu tidak disusuli dengan kesungguhan tindakan. Seperti biasa semua bersemangat ketika berucap, tetapi selepas tamat perhimpunan tidak ada apa-apa perubahan. Status quo, atau orang Tanjung kata: “Pi mai, pi mai dok tang tu!”

Kalau betul ada kesungguhan, sebenarnya tidak sukar sangat untuk meremajakan parti yang sejak sekian lama menjadi tunjang utama BN. Tidak susah mana untuk transformasi parti yang mempunyai paling ramai keanggotaan dan selalu diuar-uarkan sebagai parti paling hebat, paling unggul.

Secara teori, seperti yang telah diakui oleh pemimpin parti, ambil sahaja anak-anak muda yang beridea, berinovasi dan profesional menyertai parti, dan beri kedudukan yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan bernas.

Tetapi, praktikal tidak semudah teori, lebih-lebih lagi apabila dalam kalangan pemimpin sendiri – baik di peringkat cawangan, bahagian dan induk – tidak menyokong dan sengaja menghalang teori tersebut.

Contoh: Ada anak muda, berijazah, profesional dan beriltizam memohon di peringkat cawangan untuk menjadi ahli parti. Lama menghantar borang permohonan, tetapi tidak ada jawapan, macamlah susah sangat memproses permohonan di era ‘semuanya di hujung jari’ ini.

Konon ada kesilapan teknikal, pada hal fakta sebenarnya ialah pemimpin sengaja tidak meluluskan permohonan, kerana bimbang kedudukan kepimpinannya akan terjejas sekiranya ada ahli lebih baik dan dilihat – sebenarnya ditakuti! – lebih berwibawa.

Di peringkat bahagian pun ramai pemimpin berjiwa kecil dan takut pada bayang-bayang sendiri apabila ada calon mencabar dalam pemilihan. Usaha dilakukan secara sulit, biasanya menggunakan wang, untuk menyingkirkan pencabar. Pada peringkat pusat pun sama juga.

Sebab itu politik wang terus berleluasa sampai sekarang.

Perihal mencantas anggota dan calon-calon muda ini bukan lagi rahsia. Pemimpin tertinggi parti pun sedar hal ini. Sepatah kata Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: “Pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya.”

Tambah beliau, “kalau sudah ada tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan.” Tetapi berapa ramai pemimpin berjiwa besar yang sedia berundur untuk memberi laluan kepada muka baharu?

Ada pemimpin – semua peringkat – yang sudah jelas tidak dikehendaki, wajah berserabut penuh masalah, fikiran tidak sehebat mana, sering membuat kenyataan entah apa-apa, tetapi masih tidak bersedia berundur. Malah selalu mendabik dada, seolah-olah berkata “akulah yang paling layak!” Pemimpin tidak malu seperti inilah yang mengikis keyakinan golongan muda menyertai parti.

Presiden Datuk Seri Najib Razak dalam usaha mentransformasikan parti telah berkali-kali menyeru supaya ruang dibuka seluas-luasnya untuk memberi laluan kepada generasi X dan Y. Malangnya masih ramai pemimpin terus meletakkan diri mereka dalam generasi ‘Zzzz’ @ tidur.

Perhimpunan parti kali ini sepatutnya berani secara terbuka mengenal pasti dan menyebut kewujudan generasi ‘Zzzz’. Mereka perlu ikhlas mencadangkan supaya generasi ini diundurkan dari parti.

Keberanian dan cadangan seperti ini tentulah dinantikan dan dialu-alukan oleh semua orang yang selama ini – setiap kali perhimpunan parti – melihat dan mendengar ucapan dan perbahasan yang sebahagiannya hanya membodek pemimpin, sambil berpantun seloka dan berlawak bodoh untuk menarik perhatian perwakilan.

Hubaya-hubaya membodek dan riuh-rendah dengan lawak jenaka patut dihentikan segera. Dalam keadaan BN yang pada PRU lalu kehilangan undi majoriti dua pertiga, setiap pembahas perlu bercakap penuh berisi lagi beriltizam.

Untuk meyakinkan orang Melayu, khasnya golongan muda, perwakilan perlu menoleh ke belakang dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Betulkan apa yang tersilap.

Untuk kali ini semua kena serius, dan insaflah Perhimpunan Agung Umno bukan pentas ‘Maharaja Lawak’.

ABDUL JALIL ALI
November 27, 2014

Thursday, November 27, 2014

Prof Agus: Baguskah Akta Hasutan dikekalkan?


DALAM ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini, Perdana Menteri menyatakan akan mengekalkan Akta Hasutan dan memperkukuhkannya dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu:

(i) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina;

(ii) Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Saya menyokong keputusan Perdana Menteri tersebut kerana tiga sebab. Pertama, sebagai sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kita perlukan undang-undang pencegahan untuk mengurus keharmonian negara. Kedua, untuk mengurus ancaman separatis yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Dan ketiga, untuk mengurus ancaman ekstremis agama dan perkauman yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Tetapi, sokongan saya adalah dengan catatan berikut. Pertama, definisi ‘hasutan’ perlu lebih jelas supaya orang yang kita tahan dan dakwa adalah betul-betul mereka yang melakukan kesalahan menghasut. Ingatlah, kritikan dan teguran itu bukanlah perbuatan menghasut.

Kedua, jangan jadikan Akta ini sebagai alat kawalan kerajaan untuk mendiamkan perbezaan pandangan.

Ketiga, jangan adanya pendakwaan terpilih. Akta ini perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menyekat hak politik rakyat untuk berpartipsasi dalam politik. Perlu dinyatakan, dari tahun 2008 hingga 2014 sahaja sebanyak 274 kes yang didakwa di bawah Akta ini yang tidak hanya tertumpu kepada kesalahan menghasut, tetapi juga kepada ahli-ahli politik dan juga ahli akademik.

Di akhir analisis, dilihat dari pelbagai perspektif, akta ini ada baik buruknya, tetapi sebagai sebuah negara yang sentiasa panas dengan ancaman yang boleh mengganggu keselamatan negara, saya memilih untuk menyokong akta ini dikekalkan dan diperkukuhkan dengan catatan tiga perkara yang saya nyatakan perlu diberi perhatian.

Terima kasih PM.

Mohammad Agus Yusoff

Perhimpunan Agung : Hapuskan Pemimpin Sepat Ronggeng dari UMNO, biarkan mereka terus berselfie


POLITIK SEPAT BENUA, POLITIK SEPAT RONGGENG

1. Dalam buku "Tunggu Apa Lagi" saya menulis mengenai politik sepat benua dan politik sepat ronggeng. Saya ulangi sekali lagi di sini, sekadar mengingatkan sempena ‪#‎PAU2014‬

2. Ikan sepat benua berwarna hitam, tinggal di dasar sungai dan susah mati. Badannya berisi. Kalau timbang, berat.

3. Ikan sepat ronggeng berwarna putih, hidup di permukaan air. Badannya "kurus kering" berbanding ikan sepat ronggeng. Kalau buat ikan kering, rangup dan senang dikunyah sebab tak ada isi!

4. Dalam politik, ada orang yang jadi seperti sepat benua. Mereka hidup bergelumang dalam masyarakat, bersama akar umbi, telah melalui pelbagai proses ujian dan mereka bertahan lama.

5. Politikus sepat ronggeng hanya berdiskusi di hotel, penuh dengan gagasan dan idea-idea besar. Apabila kena sedikit ujian, mereka lari. Sering meminta layanan istimewa, karpet merah dan "out of touch" dengan majoriti rakyat. Mereka minta peluang tetapi tak mahu berusaha. Maklumlah, hidup mereka di atas permukaan air.

6. Saya mengharapkan dalam perbahasan tahun ini, politikawan sepat benua diberikan peluang untuk berucap, membawa isi hati rakyat setulus ikhlas. Mereka tidak perlu menghentam. Berikan cadangan dan idea akar umbi. Idea akar umbi ini jauh lebih hebat dari idea konsultan.

7. Biarlah politikus sepat ronggeng dengan dunia mereka sendiri. Biarlah mereka terus berselfie!

Oleh: 

(JOKOWI CAKAP TANPA OTAK?) Fikir Dulu Sebelum Karamkan Kapal Malaysia


Jakarta: Kerajaan Indonesia semalam diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya menenggelamkan kapal nelayan yang ditangkap kerana didakwa mencuri ikan di perairan negara itu.

Ketua Jawatankuasa Pertahanan dan Hubungan Luar Parlimen Indonesia, Mahfudz Shiddiq berkata, tindakan seumpama itu perlu dilakukan mengikut undang-undang kerana bimbang ia akan menjejaskan hubungan diplomasi dengan negara itu.

Mahfudz, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) berkata demikian sebagai mengulas arahan Menteri Laut dan Perikanan Susi Pudjiastuti supaya kapal nelayan yang ditahan itu ditenggelamkan.

Cadangan Susi itu mendapat sokongan Presiden Joko Widodo (Jokowi).

Mahfudz berkata, jika kenyataan itu hanya untuk menggertak supaya nelayan asing tidak menceroboh perairan Indonesia, ia memang wajar.

“Tetapi, untuk menenggelamkannya dengan membuta-tuli tanpa ada sokongan undang-undang, ia pasti menjejaskan hubungan diplomatik. Cuba bayangkan yang ditenggelamkan itu kapal China. Jika Beijing membantah dan berang, kita yang jadi bingung,” katanya. - Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com