innity

pages

Friday, October 31, 2014

Surat Penuh Ku Li kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia, Inti Patinya TIDAK SETUJU dengan Dasar-Dasar Kerajaan Najib


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas










(BAYAR UNTUK 2 HARI JE?) Hanya kira-kira 30 penyokong Anwar berkumpul pagi ini


Pekarangan Istana Kehakiman di sini pagi ini semakin lengang pada hari keempat prosiding rayuan terakhir kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding pada hari pertama rayuan itu didengar di Mahkamah Persekutuan, Selasa lalu.
Tinjauan BH Online sehingga jam 9.10 pagi tadi mendapati, kurang daripada 30 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan bangunan berkenaan, selain beberapa petugas media yang membuat liputan kes itu.

Sementara itu, anggota keselamatan termasuk polis dan RELA meneruskan kawalan ketat di sekitar Istana Kehakiman.
Beberapa jalan turut ditutup untuk memberi laluan kepada persiapan penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang akan berlangsung esok.
Malah, kawasan di tepi Istana Kehakiman di sini dipasang pita kuning dan merah putih bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu yang mula menjual sejak kelmarin.
Turut diletakkan di beberapa lokasi sekitar pekarangan bangunan adalah notis "Dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan".
Kelmarin, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar, 67, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.

(SIS PESONG AQIDAH) Pemuda Pas: Sister in Islam biadab cabar Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR: Kebiadaban Sister In Islam (SIS) mencabar fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan atas pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bukti bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.

"Malah, tindakan SIS itu mencabar institusi Raja Melayu yang menjadi payung naungan Islam di negara ini serta Perlembagaan Negara yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan," tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Katanya, ia sekaligus juga membuktikan SIS mengetuai gerakan untuk menyebarkan ajaran atas nama Islam secara terpesong tanpa menjejak kepada sumber hukum yang nyata yakni al-Quran, al-Hadith, ijmak ulama dan qias.

Justeru, ujarnya Pemuda PAS menyokong dan berdiri teguh bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam keputusan itu dan merasa kesal atas keengganan SIS untuk akur dengan keputusan tersebut seterusnya bertaubat dan bermuzakarah dengan pihak berwajib bagi membetulkan kesilapan.

Menurutnya, tindakan SIS mencabar fatwa itu ke mahkamah hanya meluaskan sengketa dan degil untuk menjebak masyarakat awam kepada aliran songsang yang dinamakan dengan Islam. 

"Inilah satu bentuk pelampau agama yang mesti ditangani pihak kerajaan agar ia tidak membarah dalam masyarakat," katanya lagi. 

Beliau menambah, kerajaan boleh mencontohi tindakan tegas Majlis Ulama Indonesia yang memfatwakan haram kepada Jaringan Islam Liberal yang membawa pengaruh sama seperti SIS di Malaysia.

PAS dalam isu itu, ujarnya berpendirian tegas menolak liberalisme dan pluralisme sebagaimana Muktamar Tahunan PAS 2009 meluluskan usul PAS Kawasan Shah Alam yang meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan SIS.

Justru, kata beliau Pemuda PAS menasihati masyarakat awam agar berwaspada dengan agenda pihak-pihak tersebut yang sewenang-wenang mentafsir dan membentuk amalan bertentangan dari ajaran Islam. 

"Sentiasalah merujuk para alim ulama dalam perkara ini kerana kita tidak hanya akan hidup di dunia, tetapi akan diperhitungkan di akhirat untuk ketetepan hidup kekal sama ada di syurga atau neraka," ujarnya. - HARAKAHDAILY 31/10/2014

Thursday, October 30, 2014

FAKTA atau AUTA: Pelekat MAGNET peti sejuk PUNCA KANSER tersebar di media sosial

AUTA

Satu kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabila pelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakit kanser.

Laporan itu dikongsikan beberapa blogger  serta fanpage terkenal yang mempunyai jutaan pengikut.

Walaupun sudah lima bulan kajian itu dibuat namun sehingga semalam masih ada pemilik akaun Facebook berkongsikan perihal penemuan kajian tersebut. Sehingga kini lebih 6,000 pengikut laman  Fanpage itu berkongsi laporan mengenai bahayanya pelekat magnet peti sejuk itu.

Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu.

Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap.


FAKTA

Menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.

Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya.

“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan.

“Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.

“Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.

Polis Nafi dakwaan Abdul Muqit DILUDAH POLIS


SHAH ALAM – Polis menyifatkan status seorang pemilik Facebook (FB) bernama Abdul Muqit Muhammad sebagai berniat jahat bagi memberi imej buruk kepada pasukan itu.

Abdul Muqit dalam statusnya mendakwa diludah seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ketika menyatakan hasrat untuk menunaikan solat Zuhur.

Status yang dimuat naik itu seolah-olah cuba menarik perhatian ramai serta menjadi viral apabila dikongsi pemilik FB lain.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan setakat ini berhubung kejadian itu.

“Kami tidak pernah halang mana-mana tahanan untuk solat. Ruangan solat juga ada disediakan. Apa tujuan dia untuk memuat naik status seperti itu? Statusnya itu sengaja untuk mencetuskan provokasi dan mencemarkan imej pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Munusamy, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap anggota yang bertugas pada hari berkenaan dan jelas perkara itu tidak terjadi.

“Jika benar dia  dikasari oleh anggota kami, buat laporan pada saluran yang betul dan kami akan siasat,” katanya. 

Berikut adalah respon Abdul Muqit terhadap laporan oleh Sinar Harian tersebut.



(LIWAT HARI KE-3) Perkarangan Istana Kehakiman LENGANG, Mana Penyokong Anwar pergi? Sebab Tidak lagi DIBAYAR?

Hanya terdapat segelintir kecil penyokong Anwar yang hadir

PUTRAJAYA: Suasana di luar Istana Kehakiman di sini, Khamis, lengang tanpa kehadiran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak seperti hari pertama dan kedua prosiding yang menyaksikan hampir 1,000 penyokong ketua pembangkang itu berhimpun, kawasan luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari ketiga prosiding hanya dipenuhi pihak media yang hadir sejak pukul 7 pagi.

Sehingga pukul 11 pagi, kehadiran penyokong Anwar bolehlah dikatakan sebagai hanya 'beberapa kerat' sahaja dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan. 

Sebelum ini terdapat kenyataan daripada penyokong Saiful bahawa kehadiran penyokong Anwar adalah dibayar sebanyak RM300.

Adakah peruntukan bayaran kehadiran hanya untuk dua hari sahaja?

Malah, Anwar yang sebelum ini sering muncul di luar mahkamah untuk bertemu penyokongnya sebelum proses pendengaran rayuannya bermula, tidak langsung dilihat kelibatnya pada pagi Khamis.

Bagaimanapun difahamkan bahawa ahli politik itu telah memasuki kamar mahkamah pada pukul 9.10 pagi.

Tidak sekadar 'tandus' penyokong, perkarangan Istana Kehakiman juga ketandusan pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu.

Yang dapat dilihat hanyalah sasterawan negara Datuk A.Samad Said yang memasuki bangunan mahkamah pada pukul 10.30 pagi dan sekumpulan kecil penyokong yang membaca surah Yasin memohon keputusan memihak kepada Anwar. 

Kenyataan tidak masuk akal pengarah program, Nik Nazmi yang menyatakan kononnya berpunca kerana hari ini adalah hari berkerja, seolah-olah mengiakan tuduhan yang kehadiran penyokong Anwar berdasarkan bayaran untuk dua hari saja. 

Pengarah kempen program itu – yang dinamakan “Rakyat Hakim Negara” – Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap perkara itu terjadi ekoran “faktor kerja”.

Lagi pun, tambahnya, rata-rata orang ramai menjangkakan kes itu hanya akan berlangsung dua hari iaitu kelmarin dan semalam.

"Kalau ikut perancangan yang asal mereka datang untuk hari Selasa dan Rabu. Lagipun ada yang datang daripada luar kawasan dan bekerja. 

Mungkin Nik Nazmi terlupa bahawa hari Selasa dan Rabu juga hari berkerja dan perjuangan bukan berdasarkan hari cuti. Lihat sahaja apa yang berlaku di Thailand apabila demonstrasi diadakan.

Keadaan yang sama berlaku di sebelah kiri mahkamah tempat di mana penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berhimpun sejak dua hari lepas.

Hanya segelintir sahaja penyokongnya dilihat berlegar-legar di kawasan tersebut.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diminta GANTI Anwar mengetuai PR jika gagal dalam rayuan kes liwatnya


ALOR SETAR - Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi diminta menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai PR jika Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan kes liwatnya pada perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan sekarang.

Itulah mesej yang disampaikan menerusi Facebook bawah profil yang dinamakan sebagai Pasma Terengganu.

Menurut kenyataan yang dipaparkan bermula 23 Oktober lalu, 'sekiranya pada 28 Oktober ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, kami tanpa ragu-ragu memilih Datuk Phahrolrazi sebagai ketua kepada PR bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat'.

Gambar Phahrolrazi turut sama dipaparkan bersama kenyataan berkenaan.

Selain Facebook, 'print screen' kenyataan itu disebarkan secara meluas menerusi Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain.

Perkembangan itu ternyata menambah kejutan besar dalam Pas yang pada masa ini sedang dicengkam isu larangan Majlis Syura Ulama terhadap ahli parti itu daripada menyertai Pasma.

Ini berikutan dakwaan bahawa program ceramah Pasma yang mengaku hanya mahu bergiat sebagai NGO untuk mengekalkan hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam PR sebaliknya diisi dengan kecaman terhadap pemimpin utama parti itu, terutama Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, buku Inside Story: Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah tulisan Mohd Sayuti Omar yang menempelak kepimpinan Pas juga diedarkan dalam program anjuran Pasma.

Senario ini menambah lagi kelam kabut dalam Pas yang sedang berdepan dengan isu perpecahan paling teruk dalam sejarah, terutama apabila kenyataan mereka yang mendakwa diri sebagai 'Pasma Terengganu' mahu mengangkat Phahrolrazi menggantikan Anwar seolah-olah menafikan Abdul Hadi sebagai ketua rasmi parti sejak sekian lama.

Apa lagi ia dibuat oleh pihak yang mengaku senegeri dengan Presiden Pas.

Phahrolrazi ketika ditanya Sinar Harian semalam, pantas menafikan itu kenyataan rasmi Pasma Terengganu.

"Saya yakin itu dibuat oleh individu, pandangan peribadi. Bukan kenyataan rasmi Pasma Terengganu. Ada juga kemungkinan ini perbuatan sabotaj pihak tertentu. Jangan kaitkan Pasma dengan parti politik," tegasnya.
Tambah Phahrolrazi lagi, Pasma mampu berdiri sendiri sebagai NGO dan tidak mempunyai pendirian politik, sebaliknya berperanan sebagai wadah untuk penyokong PR menyuarakan pandangan.

Mengulas mengenai namanya dibangkitkan sebagai pengganti Anwar, Phahrolrazi berkata, jawatan itu terlalu besar untuk dirinya, selain menyifatkan mengetuai Pasma sudah memadai.

“Pemimpin yang bakal menggantikan Anwar mestilah daripada  kalangan pemimpin paling kanan atau berpengaruh dalam PR. Perkara itu hanya layak dibincangkan dalam jawatankuasa tertinggi Majlis Presiden PR,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan kenyataan itu direka pihak tertentu untuk melaga-lagakan pimpinan dalam PR, khususnya Pas-PKR, Phahrolrazi berkata, tidak mustahil ia dakyah untuk menjejaskan kesepakatan dalam PR.

“Saya tak tolak kemungkinan ada pihak sengaja mahu laga-lagakan pimpinan PR, kerana pihak yang mahu melihat parti ini bertelagah sesama sendiri sentiasa ada, cuma pemimpin perlu waspada elak terperangkap,” katanya.

Menurutnya, perkara yang dibangkitkan menerusi laman sosial khususnya, tidak perlu diambil serius.

Wednesday, October 29, 2014

MEMALUKAN, Cek ditulis Cina Malaysia: TUA ribu enam ratus sembilan BULU ringgit TIKA BULU sen sahaja


Amat memalukan apabila gambar sekeping cek yang memaparkan kesalahan ejaan nilai cek berkenaan tetapi diluluskan kerani bank untuk pembayaran.

Lebih memelikkan apabila nilai yang ditulis itu juga tidak sama dengan nilai RM2,169.30 yang tertera.

Foto cek yang sudah viral‬ di FB dan aplikasi WhatsApp itu turut menjadi perbahasan apabila ada yang mempertikaikan penggunaan bahasa rasmi Malaysia yang tidak betul meskipun negara sudah 57 tahun Merdeka.

MP BN mahu PEMANDU dinilai semula


Seorang MP BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menggesa kerajaan menilai semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang menurutnya tidak mendatangkan hasil kepada negara.

Katanya, peranan PEMANDU juga sepatutnya diletakkan semula bawah Unit Perancang Ekonomi agar tidak bertindan dan juga untuk memastikan sistem pengurusan kerajaan menjadi lebih baik.

"Salah satu masalah besar ialah tiada penyelarasan yang baik antara kementerian dan PEMANDU. PEMANDU mengambil alih banyak peranan kementerian dan laporan PEMANDU tidak senada dengan laporan kementerian.

"Saya mencadangkan agar kerajaan memikirkan semula peranan PEMANDU atau dikembalikan kepada EPU," kata MP Kulim-Bandar Baru itu yang menjelaskan bahawa ia merupakan pandangan peribadinya.

Namun, beliau mendakwa maklumat yang diperolehinya dari sumber kementerian menunjukkan PEMANDU “hidup di dunia sendiri” kerana tidak mendapat sokongan kementerian lain.

"PEMANDU (menilai) KPI (indeks prestasi utama) kepada kementerian. Semuanya berdasarkan teori dan simulasi, bukannya dari perkara sebenar.

"Sistem ini tidak berfungsi, kita ada jabatan yang tidak dapat sokongan dari semua kementerian lain, buat apa?" kata beliau.

PEMANDU yang ditubuhkan pada 16 September 2009 diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan.

Peranan itu juga bagi Program Transformasi Ekonomi dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama semua menteri.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas PEMANDU ialah Datuk Seri Idris Jala. 

MACAI ANWAR BALING TELUR:Pagar Cuba Dirempuh, Anggota Polis Dibaling Telur


PUTRAJAYA: Berlaku kekecohan di luar Istana Kehakiman, di sini, apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh besi penghadang yang dipasang pihak berkuasa.

Kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum prosiding hari kedua yang berhenti rehat disambung semula pada pukul 2.30 petang Selasa.


Ia bermula apabila kumpulan terbabit memukul poster Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan kasut beramai-ramai sebagai tanda protes.

Tidak lama kemudian beberapa lelaki daripada kumpulan terbabit meluru ke arah penghadang besi yang dikawal pasukan keselamatan dari bahagian dalam dan cuba merempuhnya.

Salah seorang daripada mereka mendakwa terdapat anggota polis yang bertindak menendang salah seorang ahli daripada kumpulan penyokong itu dan menuntut supaya anggota polis memohon maaf.

Sedang anggota keselamatan mengawal rempuhan, salah seorang anggota polis terkena telur yang dibaling dari arah belakang.

Kekecohan tersebut akhirnya dileraikan oleh anggota parti yang lain.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbabit juga bertindak membakar poster Mohd Saiful.

"Bakal Orang Terkaya Di Dunia" Pengasas MLM YSLM DITAHAN Di Thailand


GEORGE TOWN: Lelaki warganegara China, Zhang Jian  yang menggelarkan dirinya 'Bakal orang Terkaya Di Dunia' telah ditahan di Thailand.

Jian Ditahan oleh Polis Thailand berkaitan dengan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600juta) dan 3 juta baht (RM300 juta).

Mengikut The Nation, pihak polis juga turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu.

Laporan akhbar itu juga berkata, polis Bangkok turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang,29, dalam sebuah kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam pelbagai matawang.

Pihak polis juga turut merampas lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM2.23juta), dua perjanjian tanah di Phuket serta akaun bank berjumlah 1.5 juta bath (RM150,000) dan kad pengenalan Thailand.

Jian,26, pengasas YSLM atau turut dikenali Yun Shu Mao-'multi-level marketing' turut dilaporkan menyertai 100 hari program di kuil, Phuket sejak awal bulan Ogos.

Pun begitu, menurut sumber, dia terpaksa berhenti separuh jalan kerana kuil tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang mahu menjadi pengikutnya dan menyertai YSLM.

Jelas Jiang, dia telah menyumbang RM394,330 kepada kuil itu selepas syarikatnya mencapai sasaran RM50 juta.

Awal Julai lalu, Jian menjadi perhatian media Malaysia apabila mukanya muncul dipapan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat siasatan dan mendapati YSLM berikatan dengan skim cepat kaya sebelum Jian meninggalkan negara ini pergi ke Thailand.

YSLM selepas itu menawarkan untuk mengembalikan wang kepada ahli-ahlinya yang belum memperkenalkan skim ini kepada orang lain. 

Liwat II: Jumlah Penyokong Simpati Saiful Bukhari Naik Mendadak, Rakyat MELUAT dengan Peliwat Super Tegar


PUTRAJAYA: Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman pada hari kedua prosiding kes liwat Datuk Anwar Ibrahim yang meningkat mendadak hadir dengan perancangan lebih teratur.

Berbanding hari pertama, kehadiran penyokong Saiful dengan poster dan sepanduk menuntut keadilan dilihat bertambah kira-kira pukul 11 pagi, Rabu.

Sambil itu, mereka turut melaungkan slogan 'Tangkap Anwar', 'Dia Mangsa Kezaliman' dan sebagainya.



Namun, rata-rata mereka menafikan dibayar oleh pihak tertentu untuk datang memberikan sokongan terhadap Saiful.

Seorang surirumah, Rogayah,68, berkata, dia hadir di bangunan Mahkamah Persekutuan pada Rabu kerana mahukan keadilan ditegakkan.

Dia yang datang menaiki bas dari Ampang bersama penyokong lain bertolak pada pukul 8 pagi untuk ke Putrajaya.

"Saya tidak sokong siapa-siapa tetapi hanya menuntut keadilan, tetapi dalam kes ini saya yakin Saiful tidak bersalah dan perlu mendapat keadilan.

"Kami datang dengan kerelaan hati, tidak dibayar oleh sesiapa," katanya.


Seorang lagi penyokong Saiful, Abd Rahman, 59,  menyatakan harapannya agar Anwar dihukum penjara, bagaimanapun sebaliknya yang berlaku, dia tetap menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Dia yang menaiki motosikal dari Sepang turut menafikan dibayar oleh pihak tertentu untuk menyokong Saiful.

"Saya datang secara sukarela, tak ada arahan mana-mana pihak atau mendapat bayaran," katanya.



Ramlah, 69, yang datang menaiki bas dari Pandan berkata, dia adalah seorang yang menyokong keamanan dan keadilan.

"Sebab itulah saya berada di sini dan menyokong Saiful.

"Kedatangan saya tak ada kaitan dengan mana-mana pihak kerana saya datang secara sukarela" katanya.

PROVOKASI JAHAT: Nik Nazmi & Tian Chua KETUAI REMPUHAN Terhadap Polis


Berlaku kekecohan pada hari kedua pendengaran kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyokong beliau membuat provokasi dengan merempuh pagar halangan yang dipasang di sekeliling perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Kejadian pada jam 8.38 pagi itu berlaku apabila penyokong yang berarak dari Masjid Tuanku Mizan tiba di kawasan mahkamah.

Selepas tiba di kawasan mahkamah, perarakan yang diketuai Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad terus menuju ke pagar penghalang yang dipasang Perbadanan Putrajaya.

Nik Nazmi dan Tian Chua terus menolak penghadang kerana kononnya hadangan di buat terlalu jauh dari pintu mahkamah. Berlaku adegan tolak-menolak selama kira-kira 10 minit apabila penyokong mula melaungkan "tolak" supaya orang ramai merempuh pagar halangan tersebut.

Tian Chua dan Nik Nazmi yang berada di barisan hadapan turut kelihatan cuba untuk menolak pagar berkenaan.

Ketika penyokong menolak pagar halangan, kira-kira 50 anggota polis dilihat cuba menahan pagar berkenaan daripada terus dirempuh. Akhirnya pihak polis dapat mengawal keadaan.

Nik Nazmi bersama Tian Chua kemudian memasuki pagar halangan berkenaan untuk berjumpa dengan pihak polis bagi meminta kebenaran supaya penyokong dapat berhimpun di hadapan pintu Istana Kehakiman.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak.

Selepas kegagalan  mereka membuat provokasi terhadap pihak polis, Tian teruskan agenda dengan berucap di atas lori pikap.

- Malaysiakini  

WASIAT Seorang HOMOSEK Super Tegar


Wahai penyokong2ku yg super taksub yg aku sayang,

Baca dengan teliti, penuh syahdu wasiat aku ini.

Aku akan pergi jauh dan lama meninggalkan kamu semua.

Jangan menangis, jangan tersedak, jangan meraung. Aku mahu kamu semua bersabar, dan jangan kamu bikin huru-hara ini negara lagi.

Aku sudah insaf, sudah tua. Perjalanan hidupku menempuh ranjau, jerangkap samar dan konspirasi banyak sekali.

Ya, nafsuku kuat tapi tenaga sudah kurang.

Biarlah aku hidup dalam mimpiku sebagai orang nombor satu. Aku akur kenyataan.

Memang Allah Maha Kuasa dan Dia beri aku juga jawatan nombor satu itu tapi dalam mimpi saja. Inilah hakikatnya.
Ada satu perkara yang aku belajar dari pengalaman hidupku yang bermimpi menjadi orang nombor satu.

Melalui manipulasi, penipuan dan muslihat aku bermain politik aku dapat kawan baik dalam negara dan luar negara bantu aku.

Memang aku hebat. Tak ada pemimpin dlm negara ini yang lebih hebat dari aku. Yes, aku mabuk kuasa.

Aku peralatkan semua orang, termasuk kamu yang menjadi penyokong aku yg super tegar, utk kepentingan politik aku. Sebenarnya aku memakai banyak topeng untuk menipu setiap puak yang aku mahu sokongannya.

Sekarang aku insaf dan sedar kuasa yang aku buru selama ini tidak juga aku miliki. Allah tak memberkati perjuangan aku. Allah murka. Allah tunjukkan kuasaNya.

Aku bermimpi yang mengerunkan. Ada iblis yang memakai kacamata, berjanggut putih sampai ke pusat membisik, berkata, "Padan muka hang. Hang dah jadi homosek super tegar. "

Aku merayu pada iblis yang berjanggut panjang itu, "Selamatkanlah aku. " "Boleh aku selamatkan kau. Aku bawa kau ke neraka yg tak jahanam."

Baru aku sedar selama ini aku ikut ajaran iblis. Aku lupa kuasa Allah.

Para penyokong super tegar yang aku sayang, ambillah nasihat aku ini sebagai panduan hidup kamu semua.

Aku homosek super tegar.

Aku tak boleh diselamatkan lagi. Kamu lupakanlah perjuangan aku. Jangan ikut aku sebab aku sudah dikuasai iblis. Kalau kamu sayangkan aku kamu minta ampun kepada Allah dan jangan percaya lagi perjuangan parti aku dan para pemimpinnya.

Kalau kamu minta ampun kuranglah sedikit siksaan yang aku hadapi ini.

Tolong sebarkan kepada semua manusia termasuk beruk, siamang, musang berjanggut dan yang bermisai, babi, biawak, unta dan kaldai jangan ikut perjuangan aku lagi.

Selamat tinggal! Bye, bye, bye.

yang benar,

Pemimpin homosek yg super tegar
bertaraf antarabangsa

Oleh:

Tuesday, October 28, 2014

TANPA PENYOKONG PAS: Himpunan sokong kes Anwar LIWAT di Mahkamah HAMBAR, Nik Nazmi beri alasan mereka ke Terengganu

Terpaksa angkut kanak-kanak  

PUTRAJAYA - Perhimpunan di pekarangan Istana Kehakiman yang diadakan demi menyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya hambar tanpa kehadiran para penyokong mewakili Pas.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian Online hari ini, perhimpunan yang berlangsung sejak awal pagi hari ini hanya dihadiri oleh beberapa pemimpin Anwarinas Pas seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ketua ​Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Ditanya mengenai sokongan Pas yang sedikit 'lesu', Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kebanyakan penyokong Pas memilih untuk ke Terengganu bagi mengikuti perkembangan perbicaraan kes saman fitnah terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berlangsung pada hari ini.

"Hari ini ada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Abdul Hadi. Sebab itu ramai wakil Pas tidak dapat hadir.

"Bagaimanapun pemimpin yang tidak dapat hadir seperti Datuk Seri Abdul Hadi ada menyampaikan kata-kata sokongan kepada Datuk Seri Anwar melalui ucapannya pada siri ceramah yang diadakan," jelasnya.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

"Mereka (penyokong Pas) ada kes mahkamah di Terengganu, jadi mereka pergi ke sana.

"Tapi esok mereka sudah jamin mereka akan datang turut serta dalam himpunan esok," katanya.


(LIWAT & LAKONAN ANWAR) 'Berani Buat Berani Tanggung', Kata Syed Ali Kepada Anwar


PETALING JAYA: "Berani buat berani tanggung, tak usah nak mengaburi mata rakyat."

Demikian tegas, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam proses rayuan akhir untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Anwar seharusnya menggunakan mahkamah untuk mempertahankan diri dan bukannya mengheret orang ramai supaya bersimpati dengan nasibnya.

"Buat apa nak menyalak di luar, gunakanlah mahkamah untuk pertahankan diri, tak perlu nak heret orang ramai supaya simpati, itu masalah peribadi beliau," tegasnya.

Menurut beliau, orang yang baik akhlaknya tidak akan mendabik dada mengatakan dirinya adalah terbaik dan sempurna.

"Hanya orang yang buruk tingkah laku dan moralnya sahaja yang akan menjerit memberitahu dunia kononnya diri baik dan bersih," tegasnya lagi.

Syed Ali berkata, Anwar tidak sewajarnya memperalatkan golongan mahasiswa untuk terpedaya dengan 'lakonan akhir' Ketua Pembangkang itu dalam ceramahnya di Universiti Malaya (UM) malam Isnin.

"Tindakan itu bukan setakat mencemarkan nama baik universiti malah turut mengecewakan orang ramai kerana kampus telah dipolitikkan untuk kepentingan peribadi," katanya.

Sebaliknya, jelas beliau, Anwar harus belajar menerima kenyataan dan bukannya terus menunding jari kepada pihak lain di atas kesalahannya.

"Terimalah hakikat, terima ketentuan Allah S.W.T, kalau tak buat, buat apa nak takut, tak payah nak bagi tahu kononnya diri tidak bersalah.

"Saya harap Anwar boleh terima apa jua keputusan mahkamah, kerana semua itu adalah ketentuan Illahi," tegasnya.

Beliau turut menasihati penyokong Anwar supaya bersikap terbuka dan rasional apabila keputusan penghakiman terhadap kes tersebut diumumkan nanti.

"Tak payah nak buat kecoh, terimalah realiti sebenar bahawa Tuhan itu tahu segala-galanya," ujar beliau.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mula mendengar rayuan akhir Anwar berhubung sabitan kes liwatnya terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar dikekalkan atau beliau dibebaskan.

Hari kedua pendengaran rayuan akan bersambung Rabu pada pukul 9.30 pagi yang juga merupakan hari terakhir pendengaran namun berkemungkinan besar ia akan berlanjutan sehingga Khamis. 

Suami enggan ceraikan Nurul Izzah kerana masih sayangkannya


KUALA LUMPUR: Suami kepada Nurul Izzah Anwar enggan menceraikan isterinya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai kerana masih menyayanginya dan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas kesnya disebut di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang.
"Saya tidak bersetuju menceraikan isteri kerana masih sayangkannya dan anak-anak," katanya yang kelihatan sugul selepas prosiding itu.
Prosiding kes itu yang berlangsung dalam masa 40 minit turut dihadiri isterinya, Nurul Izzah.
Terdahulu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir memaklumkan, Hakim Syarie Ab Malek hari ini mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu berdasarkan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Azmi berkata, mahkamah juga menasihatkan defendan (Raja Ahmad Shahir) untuk melafazkan cerai, namun anak guamnya itu tidak bersetuju dan memasukkan bantahan terhadap laporan JKP tersebut hari ini atas alasan laporan berkenaan ringkas dan tidak lengkap.
"Laporan daripada pengerusi JKP tidak menyatakan secara terperinci masalah rumah tangga yang dihadapi pasangan itu," katanya.
Peguam syarie itu berkata, pihaknya juga memohon supaya diadakan satu lagi perbincangan JKP yang baharu tetapi ia dibantah oleh peguam Nor Mawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.
Azmi berkata mahkamah kemudiannya menerima bantahan daripada pihak plaintif (Nurul Izzah) dan menetapkan 8 Dis depan untuk lantikan 'Hakam'.
'Hakam' adalah sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan maka 'Hakam' tersebut akan melafazkan talak bagi pihak suami.
Nurul Izzah, 34, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun.
Nurul Izzah yang enggan mengulas mengenai kemelut rumah tangganya hanya berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya". - BERNAMA

Penyokong Anwar mula BERKUMPUL di Istana Kehakiman Putrajaya


PUTRAJAYA: Lebih 100 penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berkumpul di perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini, bermula jam 7 pagi.
Sebahagian besar daripada mereka datang menaiki bas dan dipercayai tiba sejak malam tadi dan awal pagi ini.
Segelintir daripada penyokong turut kelihatan membawa peralatan untuk mandi di masjid berkenaan.

Sekumpulan penyokong sudah mula berarak ke Istana Kehakiman dengan membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Kumpulan penyokong sedikit demi sedikit mula bergerak menuju ke Istana Kehakiman, antaranya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Zuraida Tak Perlu ‘Ajar’ Mahkamah Adili Anwar – Syed Ali


Beliau berkata, kenyataan Zuraida itu disifatkan sebagai satu ancaman terhadap sistem kehakiman di negara ini.
Tambahnya, dakwaan Zuraida bahawa reformasi yang pernah berlaku pada 1998 akan berulang sekiranya Anwar tidak diadili sebagai cubaan menganggu prosiding kes tersebut bermula pada Selasa.
“Ahli Parlimen Ampang itu (Zuraida) sengaja melakukan provokasi, cuba mengganggu dan campur tangan dalam sistem perundangan serta keadilan mahkamah.
“Tidak ada sebab untuk Zuraida melahirkan rasa bimbang kerana proses pengadilan tidak ada campur tangan politik,” kata Syed Ali menerusi blognya diumnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zuraida di sebuah portal berita pada Isnin yang mahukan mahkamah berlaku adil terhadap Anwar sambil memberi amaran reformasi akan berlaku sepertimana 1998 sekiranya Anwar diperlakukan sebaliknya.
Syed Ali mendakwa, ancaman yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR itu bagaimanapun dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang menyelamatkan nyawa politik Anwar yang sudah sampai di penghujungnya.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, Anwar dan penyokongnya perlu menerima hakikat di atas kes tersebut, tidak sewajarnya mereka menolak takdir," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com