innity

pages

Sunday, August 31, 2014

Amaran PAS Selangor: HENTIKAN LOBI Adun Pas untuk Tandatangan SD Sokong Azizah


SHAH ALAM - Pas Selangor mengesahkan masih ada usaha untuk memancing Adun-Adunnya di negeri itu untuk menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, pihaknya telah mempunyai maklumat lengkap dalang yang terlibat dan tidak teragak-agak mendedahkannya jika usaha itu tidak dihentikan.

"Kita tahu ada lagi usaha untuk memancing Adun kita (Pas) di Selangor."Kita ada maklumat lengkap siapa yang terlibat dan kita akan dedahkan nama pelobi ini jika permainan ini tidak dihentikan segera," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pihaknya juga menjangka akan lebih banyak aduan dan usul akan dibuat terhadap dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) berhubung tindakan mereka membelakangi keputusan parti.

"Pas Selangor menjangka banyak lagi aduan dan usul akan di buat dan dihantar ke Jawatankuasa Disiplin mengenai tindakan yang tidak berdisplin dua Adun kita di Selangor," katanya.

Hari ini, Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas tersebut.

Nasib kedua-duanya diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya.

Phee Boon Poh, Pengerusi PPS Akhirnya DITAHAN Polis, Beliau juga Adalah Exco Kerajaan Negeri P.Pinang


Polis kini menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh, yang juga exco kerajaan negeri.

Phee ditahan ketika hadir ke ibu pejabat polis Timur Laut di Pulau Mutiara itu untuk memberi keterangannya kepada pihak polis kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu itu ditemani Ketua Menteri Lim Guan Eng dan seorang lagi ADUN RSN Rayer (Seri Delima).

Phee turut menulis penahannya itu Facebook.

Penahannya itu dibuat selepas lebih 156 orang lagi anggota pasukan itu ditahan selepas perarakan hari merdeka pagi tadi.

(MUKTAMAR) Dewan Ulamak PAS Selangor LULUS Usul KECAM 2 Adun Pas Pengkhianat


PETALING JAYA: Dewan Ulamak PAS Selangor pada Ahad meluluskan usul mengecam dan mengutuk tindakan dua ahli parti itu, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang dan Morib.
Kedua-dua wakil rakyat PAS itu dikecam kerana tindakan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor baharu tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

Menurut kenyataan Dewan Ulama PAS Selangor, usul mengecam dan mengutuk tindakan Saari dan Hasnul telah dipersetujui pada muktamarnya yang berlangsung di Dewan Al-Munirah, Klang dekat sini pada Ahad.
"(Tindakan lanjut) diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," jelas kenyataan itu.
Baru-baru ini, Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib menyatakan sokongan mereka secara terbuka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar dalam satu sidang akhbar.
Sidang akhbar bersama wakil-wakil PKR dan DAP telah diadakan sebagai tanda sokongan majoriti untuk Dr Wan Azizah di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Hasnul dan Saari berkata mereka akan menyokong Dr Wan Azizah untuk menggantikan Khalid.
Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu secara terbuka telah menyokong Khalid, yang dipecat daripada PKR.

(AMARAN UNTUK GUAN ENG?) KPN kata Elok Mereka Bertanggungjawab Ke atas PPS SERAH DIRI SEGERA sebelum Kami SERBU RUMAH


Selepas lebih 150 orang ditahan hari ini, polis menggesa anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selebihnya menyerah diri selepas pasukan itu diisytihar tidak sah baru-baru ini.

Eloklah mereka yang bertanggungjawab ke atas PPS ini segera menyerah diri sebelum kami serbu kediaman,” tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitter hari ini.



Berikut adalah komen daripada orang ramai:


Adakah amaran ini juga ditujukan kepada Lim Guan Eng? 

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini berikrar untuk mempertahankan anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) dari sebarang tindakan polis atas penglibatan mereka dengan pertubuhan haram tersebut.

"Ini susulan kepada ugutan berbentuk membuli oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar yang berkata polis akan menahan anggota PPS sekiranya mereka meneruskan aktiviti mereka,” kata Lim dengan angkuh dalam kenyataannya.


Mungkin berasakan jawatan Ketua Menteri yang ada padanya sangat berkuasa , Lim Guan Eng secara terbuka mencabar Ketua Polis Negara untuk berdepan dengannya didalam isu pertubuhan haram PPS.

Dalam masa yang sama Lim Guan Eng turut mengaku bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang yang membiayai serta melindungi PPS sejak 4 tahun yang lalu walaupun sedar ia menyalahi undang-undang.

Polis pagi ini menahan kira-kira 156 anggota PPS Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade di Pulau Pinang.

Khalid pada 26 Ogos berkata PPS tidak berdaftar bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Justeru, setelah dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS), polis akan menyiasat aktiviti bawah kerajaan negeri itu dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang.

PPS menjelaskan, ia tidak berdaftar dengan ROS kerana ia bukan pertubuhan, tapi agensi kerajaan negeri negeri.

PPS mencetuskan kontroversi selepas ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit itu di Air Itam minggu lalu.

(5 GAMBAR) PPS KENA TAHAN POLIS selepas perbarisan, KPN sahut Cabaran Guan Eng

Majlis pemakaian pangkat oleh LGE kepada PPS sebelum ini, dah macam gerakan komunis ada pangkat

GEORGETOWN - Tidak kurang 150 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang menyertai perbarisan sempena sambutan hari merdeka ditahan polis sejurus mereka menamatkan perbarisan kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Mereka ditahan di Balai Polis Lebuh Pantai.

Beberapa Adun DAP dilihat turut berada di hadapan balai polis berkenaan.

Mereka akan di bawa ke IPD Timur Laut untuk diambil keterangan.



Sebelum ini Lim Guan Eng telah mencabar Ketua Polis Negara untuk berdepan dengan beliau dan menyatakan akan tetap mempertahankan PPS.


Banyak pihak melihat tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar  sebagai seorang yang arrogant dan melampau.



Umum ketahui, Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) merupakan pertubuhan tidak berdaftar dengan ROS dan hal demikian telah diumumkan pada minggu lepas oleh Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPPM) & Ketua Polis Negara juga telah mengesahkannya.

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican berkata Lim Guan Eng bertindak seolah-olah seperti gangster atau dalam istilah tepatnya samseng jalanan yang cuba terus menegakkan benang yang basah walaupun sudah terdapat bukti-bukti sahih menunjukkan pertubuhan tersebut adalah haram.



"Kenyataan itu juga seolah-olah memberi isyarat beliau sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap pasukan polis dan memberi gambaran kononnya kadar jenayah di negeri ini adalah tinggi," katanya.

(UMNO TIRU PKR) Perwakilan BALING KERUSI dalam Mesyuarat Bhg Pokok Sena yang diRasmikan DS Shafie Apdal

Perwakilan dan anggota Rela cuba mententeramkan perwakilan yang hadir

POKOK SENA - Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika perwakilan memulakan persidangan.

Kekecohan tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung.

Ketika perwakilan ingin meneruskan persidangan, mereka dikejutkan dengan sekumpulan perwakilan bahagian itu membuat bising dan bertekak, tanpa diduga membaling kerusi berdekatan.

Insiden itu kemudian dileraikan perwakilan dan anggota Rela yang hadir dan keadaan menjadi kecoh seketika sebelum kumpulan berkenaan keluar dewan.

Bagaimanapun, persidangan diteruskan selepas keadaan kembali terkawal.

Setiausaha Kerja Umno Kedah, Haris Che Mat berkata, Umno Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada Umno Pusat dan negeri.

“Berdasarkan siasatan awal kami dapati kekecohan ini sengaja dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman,” katanya.

Menurutnya, kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat.

“Laporan mengenai kejadian ini akan diserahkan dalam tempoh terdekat dan kita akan tunggu tindakan selanjutnya,” katanya.

Haris yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Pokok Sena berkata, beliau amat kecewa dengan kejadian itu dan menyifatkan tindakan provokasi yang dibuat segelintir pihak tidak mencerminkan kemahuan ahli-ahli Umno bahagian itu.

“Kekecohan itu hanya dibuat segelintir pihak dan majoriti perwakilan tidak mempunyai masalah dengan cara pemilihan calon G7 yang dibuat hari ini. Saya ingin nasihatkan perwakilan jangan buat sesuatu yang boleh memudaratkan parti, seeloknya dibincangkan secara berhemah,” katanya.

Insiden itu merupakan kejadian kali pertama yang berlaku ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena.

Umno Bahagian Pokok Sena diterajui kepimpinan baharu bagi penggal 2013-2016, apabila Said Ali Said Rastan yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian mengetepikan Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga Adun Bukit Lada, bagi jawatan Ketua Bahagian.

Manakala Datuk Ariffin Man merupakan Timbalan Ketua Bahagian.
Pada Februari lalu, Sinar Harian pernah melaporkan kemelut yang melanda Umno bahagian itu, yang berpecah kepada dua puak, iaitu mereka yang menyokong kepimpinan lama dan sebahagian pula menyokong kepimpinan baharu yang menang pada pemilihan lepas.

MERDEKA? Kalaulah Najib Berani......


SIKAP tak apa, kemudahan kelas satu, minda kelas tiga, tingkah laku kelas empat!

Tatkala berusia 20 tahun, negara merdeka hari ini 57  tahun lampau. Tiga bulan sebelum peristiwa bersejarah  berlangsung, saya membuat keputusan berdikari - keluar kolej sebelum tamat kursus kerana tidak ingin lagi terkongkong oleh pelajaran. Malaya bebas setelah Parti Perikatan Umno/MCA /MIC membuat perhitungan risiko kemerdekaan. Saya yang mentah atau greenhorn and inexperienced keluar sekolah menceburi dunia yang rough - and - tumble atau bergomol-gomol tanpa sebarang reserve yakni tiada simpanan selain daripada terlampau yakin pada diri sendiri. Menoleh ke belakang, saya tidak menyesal walaupun tindakan itu foolhardy sebab pada amnya keputusan itu tepat dan berani. ALLAH SWT telah melindungi saya walaupun menempuhi berbagai cabaran dan ujian pahit maung. Syukur Alhamdulillah, saya survive untuk bercerita or as Speaking says to tell my side of the story.

Malaysia (semenjak 16 September 1963) dalam hampir enam dekad telah menempah kemajuan hebat dari sebuah negara pertanian mundur kepada satu ekonomi yang berpendapatan tinggi kelas dua bawah dan bercita-cita mencapai kelas pertama enam tahun lagi. Itulah cabaran besar yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri  Najib Tun Razak. Termakbulkah hasrat itu? Saya optimis jika negara terus stabil dan pencapaian kini terus dipertingkatkan harapan itu terlaksana. Jika tiada ketenteraman politik dan harmoni antara etnik; tanpa keazaman anggota perkhidmatan awam dan iktikad mereka dalam bisnes, perdagangan, ekonomi dan sektor kewangan kita kecewa, terkandas.

Sepatutnya kita telah mencapai transformasi yang boleh kita megahkan; berbangga, yes, berbesar hati, no. Ada negara kecil seangkatan dengan kita jauh di depan. Saya mahu adil and if this would make you happy - membuat anda gembira - banyak pula negara yang lebih besar, lebih lama merdeka jauh di belakang dalam banyak aspek. Perbandingan atau comparison, tegas Speaking, 'is odious' yakni menjelikkan dan bisa menimbulkan rasa benci. Kenapa kita mesti bermegah kita di depan negara kelas tiga? Kita harus membandingkan kita dengan mereka di kelas satu.

Slogan Najib adalah transformasi, yakni mengubah sepenuhnya untuk kebaikan bukan reformasi iaitu membuang yang buruk. Tegas seorang radikal Pakatan Rakyat, lebih beremosi daripada berfikir, "kalau kami berkuasa kami akan metamorfosiskan negara ini yakni tukar bentuk rupanya seperti dari tadpole kepada frog iaitu dari berudu kepada katak.”

Di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah  oleh Pakatan Rakyat tidak ada pun reformasi sekadar hanya usaha menggodek-godek, cuba membaiki sahaja atau bak kata mat salih hanya tinkering and tweaking. 

Saya pun hairan, terutama di Kelantan, seharusnya sudah ada pembebasan dan pembaharuan fizikal dan minda, kalaupun ada tidak nyata! 

Sudahkah kita secara jujur dan ikhlas merdeka daripada sindrom perhambaan manusia atas manusia atau exploitation of man over man? 

Adakah minda dan aksi kita benar-benar merdeka?

Bersih dan bertindak dalam segala tindakan  seperti dituntut oleh agama kita?

Saya menerima pendapat minda kita belum lagi bebas,
sikap kita terhadap kebersihan, pendekatan kita pada etika kerja dan keamanahan masih dibelenggu oleh tradisi "tidak apa" yang merugi dan mengaibkan. Kita terus suka lepak, omong kosong daripada membaca kitab/buku, bersukan atau kerja amal. Pembangunan fizikal jauh mendahului perubahan minda. Ada kemudahan dan lokasi kita first world tetapi attitude atau sikap terhadap tanggungjawab masyarakat terus third world!  Seperti ditegaskan oleh seorang profesor, berpendidikan dan bertamadun, “ramai orang kita juga orang lain telah lama tinggalkan kampung dan pedalaman. Sudah dapat PhD, berpangkat, bertitle dan tinggal di perumahan yang berpagar dan berkawalan tetapi tabiat dan perangai mereka masih kekampungan.

Kemerdekaan minda bermakna membebaskan daripada belenggu pengaruh dan budaya Barat juga Timur / Timur Tengah. Kalau ketiga-tiganya membankrapkan daya pemikiran dan imaginasi kita, kita mesti tolak pengaruh tamadun itu. Kita dianugerahi akal, justeru harus mampu kenal antara baik-buruk, antara agama dengan budaya dan adat resam; praktikal atau tidak, cendekia atau sebaliknya, benar atau bohong. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat cerita, gosip, sangkaan, bahkan hipotesis dan pendidikan tanpa mengguna minda kritis.

Pada saat ini bangsa asal, Peribumi dan Melayu Islam harus berfikir secara serius jangan pula kita salah hisab, salah andaian jadi mangsa sejarah seperti Malayan Union atau lebih teruk lagi. Jiran kita Singapura, satu masa menghadapi masalah yang sama - etnik, pendidikan, bahasa dan keselamatan. Dari beberapa segi isu dihadapi Pulau Temasek lebih kompleks dari kita - kenapa mereka berjaya menyelesaikan isu pendidikan, bahasa, keselamatan dan ekonomi? Senang sahaja jawapannya: kepimpinan yang tegas, berani, bervisi dan tanpa sentimen - satu negara, satu pendidikan, satu taat-setia... satu parti politik pada hakikatnya sebab PAP terlalu dominan walaupun Singapura mengamalkan demokrasi. 

Jika kita tidak berwaspada, kita sedang menuju ke arah a politikal disaster yakni malapetaka politik lambat-laung akibat tegas Speaking, "what seems a long list of missteps that could pave the way to PR central government after PRU 2014”. Percayalah  kepada oldie, warga emas ini: parti pembangkang, despite the crisis in Selangor, nampaknya terus berkembang bukan kerana mereka kuat tetapi kerana rakyat kelihatan parti pemerintah lemah. Rakyat asal, Peribumi dan Melayu Islam, pada keseluruhannya, meletakkan harapan mereka kepada kerajaan yang memerintah, bukan kepada parti pembangkang. Naratif Kerajaan terus di undermined atau dilemahkan oleh opposisi. Maka keyakinan rakyat terhadap Putrajaya sedang dihakis, dierodekan.

Kelemahan kerajaan kini, pada pendapat ramai, terutama dalam kalangan penduduk asal, Peribumi dan Melayu Islam  serta juga sebahagian walaupun bilangan kecil the other Malaysians, takut, “to turn back the clock. Kenapa - jika berbuat demikian bermakna mendahului melaksana dasar  manfaat majority race and Islam  first?” Kita tidak harus lagi meneruskan dasar pecah perintah. Lebih buruk lagi membelakangkan etnik yang teruji taat setia dan sokongan kepada parti pemerintah sejak merdeka hingga sekarang.

Jika Najib berani, (kadang kala dia perkasa, dakwa sesetengah orang, for the wrong reason) he should turn the clock back dan ikut kombinasi naratif Tunku Abdul Rahman Putra, bapanya  dan Dr Mahathir Mohammad serta ideanya sendiri. Kalau itu berlaku, saya yakin, in time between now and PRU14, he will be able to restore voter trust and put Malaysia on the path to a real prosperous, patriotic, stable and flourishing democracy. 
Dari segi peribadi, setiap hari kemerdekaan, saya berasa nostalgik kerana  30 Ogos malam, saya membantu wartawan kanan di Straits Times (kini NST) melaporkan peristiwa bersejarah menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan Jalur Gemilang di Padang Selangor Kelab kini Dataran Merdeka. Pada keesokan pagi ke Stadium Merdeka untuk majlis proklamasi kemerdekaan. Pada sebelah malam pula, ke Istana Negara untuk majlis Jamuan Negara dan pertunjukan kebudayaan, primadonanya ialah arwah Tengku Nor Asiah Tengku Panglima  Ahmad yang kemudian menjadi anggota Parlimen Umno dari Kelantan.  Saya bersyukur sihat walafiat, bahagia dan puas hati sungguh pun semua hasrat saya tidak tercapai !

TAN SRI ABDULLAH AHMAD
August 31, 2014

(GEMPAR) Rumah Guan Eng dibaling molotov koktel



Kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng dibaling bom botol 'molotov cocktail' di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 11.48 semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian membaling 'molotov cocktail' ke kawasan parkir rumah ketua menteri itu dipercayai dilakukan oleh penunggang motosikal.
Beliau berkata pemeriksaan forensik mendapati botol itu mengandungi minyak tanah dan ia meletup dan terbakar selepas dibaling, tetapi tiada kecederaan dan kemusnahan dilaporkan.
Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah ketua menteri akan dikaji untuk mengenal pasti suspek dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menyalurkan maklumat kepada polis," katanya kepada pemberita semalam.
Abdul Rahim berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api. – Bernama, 31 Ogos, 2014.

(3 GAMBAR RUSUHAN) TEGANG Sarawak Vs Perak, Kereta Polis DIBAKAR, Penyokong Masuk Padang, Nyalakan Suar & Mercun, Ada Yang Ditahan



KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perlawanan Piala Malaysia antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, dicemari dengan insiden kekecohan termasuk sebuah kereta peronda polis dibakar oleh penyokong di luar stadium berkenaan, malam ini.

Sebaik sahaja perlawanan berkesudahan seri 1-1 dan peluang Sarawak ke suku akhir terkubur, penyokong tuan rumah, yang tidak puas hati dengan provokasi penyokong Perak, mula bertindak liar dengan membakar suar serta membaling mercun ke dalam padang.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meredakan ketegangan antara penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum insiden tersebut menjadi lebih buruk selepas penyokong mula keluar.

Pintu utama stadium turut dihalang oleh segelintir penyokong menyebabkan ramai terkandas dalam stadium sehingga mengakibatkan pintu pagar diroboh oleh penyokong.

Sebaik keluar daripada stadium, penyokong bertindak agresif dengan membakar sebuah kereta peronda polis dan tindakan liar itu memaksa pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong bagi mengawal keadaan.

-- BERNAMA


Saturday, August 30, 2014

2 Menteri Liberal UMNO KJ & Nazri Aziz buat Trend "GUNTING RAMBUT ZUHUD" pula Selepas Ice Bucket Challenge



Berikut adalah komen daripada pembaca posting tersebut:

Decker Donny
Aku tak heranlah .. lainlah kalau menteri beli kereta kancil .. rumah biase2 je mcm Tok Nik Aziz ... itu baru pemimpin yg humble ... ruma dia sederhana jex ... huhu .. bajet je bn

محمد الحكيم
Aku mmg x suka dia ni walaupun dia gunting rambut kt kedai tayar sekalipun

Mohd Razi Mustapa
Sorrylah yer...I've no interest on his leadership at all. One of the Minister yang hanya pandai bercakap tetapi telah menjatuhkan kredibiliti BN dan kurang ajar pada Tun M

Aku yg menyokong kerajaan pun x suka dkt dia.

Sudah lah..tak yah nk berlakon la..ni la mangkuk yg buat org benci ngan Umno. .umno struggle nk pulih imej..mangkuk ni dh patut simpan dlm stor

antara menteri2 yg menyebabkan orang ramai membenci bn-umno

Menangis sebaldi sy dek trsentuh melihat keperibadiannya...lihatlah dunia...lihatladunia!!!!!


Anwarinas Jadian Muhd Taib kata PAS JANGAN SYOK SENDIRI, akan KALAH 10 Kerusi Jika Bubar DUN kerana Cina TAK UNDI


SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini berpandangan, PAS akan kalah jika pilihan raya diadakan semula di negeri Selangor lebih-lebih lagi jika ia meninggalkan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau yang kini Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat berkata, meskipun PR menang, tetapi PAS akan tetap kalah sekurang-kurangnya 10 kerusi kerana pengundi Cina tidak akan menyokong mereka.

Katanya PAS tidak harus 'syok sendiri' dengan memikirkan bahawa mereka boleh berdiri dengan sendiri kerana majoriti yang mereka menangi di negeri Selangor tidaklah tinggi.

"Di Selangor, PAS menang dengan majoriti tidak tinggi. (Oleh itu) PAS elok terus bersama dengan Pakatan Rakyat... ia mesti diteruskan," kata Muhammad dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam pada Sabtu.

Kata beliau, trend undi di Selangor telah difahaminya setelah memegang jawatan sebagai Menteri Besar di negeri itu selama 10 tahun.

Berkenaan desas desus serta pandangan bahawa PAS harus bersama UMNO, Muhammad menasihatkan agar mereka mendengar pesan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Mat supaya "jangan percaya".

Menurut beliau, UMNO akan hanya memerlukan PAS ketika mereka lemah, dan akan menyingkirkan semula parti itu setelah mereka kembali kukuh.

"Jika UMNO dan PAS bersama, itu cuma sementara. Apabila UMNO dan Barisan Nasional dapat kuasa balik.. katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa," katanya merujuk kepada penyingkiran PAS oleh UMNO pada 1978.

Sementara itu, beliau turut menyarankan agar Pakatan Rakyat mengambil peluang untuk mengambil alih negara di kala UMNO sedang 'lemah'.

"Di mana-mana pun di dunia, di Amerika Syarikat dan di Britain jika sesebuah kerajaan itu tidak lagi boleh mentadbir, kerajaan lain akan mengambil alih," katanya.

Katanya UMNO sekarang berada di satu sudut yang membuatkan mereka sukar untuk keluar dari sudut itu, dan PR harus mengambil peluang dari kelemahan tersebut.

Menteri UMNO Liberal KJ, Nazri Aziz & Rahman Dahlan DICABAR buat "Face Sitting" Selepas Mereka Buat "Ice Bucket Challenge"


​Sebelum ini Menteri UMNO berkiblatkan barat iaitu KJ, Nazri Aziz dan Rahman Dahlan menjadi menteri pertama yang melaksanakan ice bucket challenge kononnya untuk awareness dan pengumpulan dana bagi penyelidikan penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau juga dikenali sebagai Lou Gehrig's Disease. 

Sebaliknya rakyat melihat tindakan mereka tidak lebih daripada untuk berhibur dan menyanjung budaya barat. Jika betul mereka mempunyai niat yang jujur demi kebaikan, mereka sepatutnya berusaha mencipta sesuatu sebagai contoh dalam memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia agar membuat pemeriksaan awal bagi kes kanser yang sangat tinggi di negara ini. Bukan meniru barat yang hanya mementingkan hiburan semata-mata. 

Sebelum ini 3 Menteri UMNO berkiblatkan barat itu telah dicabar untuk buat Rubble Bucket Challenge bagi merasai penderitaan rakyat Gaza tetapi mereka diam membisu.



Mungkin 3 Menteri UMNO berkiblatkan barat ini hanya suka berhibur dengan budaya barat sahaja.


Kebodohan KJ & Nazri Aziz telah berjangkit kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai yang mandi depan jantan demi budaya barat itu
Elok juga mereka yang liberal pejuang hak asasi kononnya dalam UMNO, DAP, PKR dan PAS (Anwarinas diketuai Mat Sabu) bersatu dan menubuhkan satu parti politik agar mudah rakyat menolak mereka. Sekarang ini mereka berselindung di dalam parti UMNO dan PAS. DAP dan PKR sememangnya pejuang puak barat malah menerima dana dari kuasa besar untuk hancurkan Islam

Apa kata kita cabar mereka buat "face sitting" pula. Maklumlah mereka ini suka buat sesuatu untuk kebaikan kononnya, jadi 'Face Sitting' ini untuk keamanan.

Jika mereka betul-betul melaksanakan Face Sitting ini, maka senang kita tolak mereka dalam PRU14 nanti. Pemimpin seperti ini yang menghancurkan UMNO dan jika mereka dibiarkan maka bersedia lah untuk kalah dalam PRU14.

Roman Shusterman began a campaign to achieve world "peace through face sitting." (Yes, that is basically what it sounds like: he'd ask women to sit on his face, which would somehow mysteriously lead to humanity laying down arms against each other, and yes, some actually did it.)

Roman Shusterman mencipta kempen “face sitting” atau letakkan punggung di muka lelaki ini sebagai bangku kononnya sebagai kempen keamanan.

Sebenarnya yang kita boleh nampak kempen ini sekadar memenuhi kerakusan nafsu lelaki yang “gila” terhadap seks melampau.

Ironinya, hanya kerana beliau menggunakan slogan kempen keamanan untuk “membolehkan” larangan dalam masyarakat selama ini. Sepatutnya rakyat yang bertanggungjawab perlu tampil bagi membendung gejala tidak sihat yang makin menular tanpa batasan





Friday, August 29, 2014

PPS: Selepas Lim Guan Eng CABAR, KPN bagi AMARAN Polis AKAN TANGKAP anggota PPS jika teruskan aktiviti



KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan MENANGKAP anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sekiranya mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PPS dilihat telah terpesong daripada tujuan sebenar ia ditubuhkan empat tahun lalu iaitu berkhidmat kepada masyarakat.
"PPS telah mula memukul orang, ada wartawan telah dipukul, malah ada orang tak setuju dengan mereka, telah dibelasah mereka...sekurang-kurangnya dua laporan polis telah diterima daripada orang ramai dan pemberita yang dibelasah," katanya.
Majlis pemakaian pangkat, macam kumpulan komunis ada pangkat

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Salleh akan bersara wajib 1 September ini setelah berkhidmat hampir 40 tahun dan jawatannya akan dipangku oleh Timbalan Pengarah Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, DCP Datuk Ab Razak Ab Ghani.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin pertubuhan itu yang tersebar di internet semalam yang mencabar Khalid berikutan kenyataannya sebelum ini mengenai pengharaman PPS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
"Di awal penubuhan PPS, polis melihat ia sebuah pertubuhan yang memberi khidmat kepada rakyat, tetapi kebelakangan ini PPS dilihat sudah terpesong daripada matlamat asalnya. Rondaan kononnya untuk menjaga keselamatan itu dulu, sekarang dah tak ada dah," katanya.

Pada Selasa lepas, Khalid dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar sebagai pertubuhan di bawah ROS.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negara menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya terdapat wanita warga negara Malaysia menawarkan khidmat seks kepada pejuang di Syria.
"Kita juga masih menafikan ada rakyat Malaysia yang terkorban di Syria kerana polis tidak mendapat laporan rasmi daripada kerajaan Syria dan juga tiada keluarga yang melaporkan ahli keluarga mereka hilang ataupun terkorban di sana, jadi kita tidak dapat mengesahkan," katanya.
Khalid turut memaklumkan beliau dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, akan berlepas ke Amsterdam Ahad ini untuk meneruskan rundingan berkaitan siasatan insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
"Saya dan Abdul Gani akan menghadiri dua mesyuarat berkaitan insiden pesawat MH17 bersama dengan wakil dari Belanda dan Australia berhubung rancangan untuk meneruskan siasatan insiden itu," katanya.
- BERNAMA

Isu Wanita Jadi Ketua, Khilaf Ulama itu BIASA, Muktamad Isteri Jadi Ketua itu LUAR BIASA kata MP PAS Temerloh, Ustaz Nasrudin


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disindir Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya membidas tindak-tanduk Anwar yang berkeras mahu mencalonkan Wan Azizah.

"Terdapat pihak ( khasnya alim ulamak ) yang menolak seorang wanita menjadi pemimpin utama (Menteri Besar) berdasarkan nas dan khilaf perbahasan ulamak bagi sebuah kerajaan negeri adalah PERKARA BIASA.

"Tetapi, apabila terdapat pihak yang hanya mahu isterinya sahaja menjadi Menteri Besar bagi sebuah kerajaan negeri tanpa khilaf dan tidak perlu diperbahaskan lagi kerana ia keputusan yang muktamad, maka ini adalah LUAR BIASA," katanya.

FB Nasrudin
Kenyataan yang ditulis oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di laman Facebooknya

Kenyataan itu dibuat ekoran keputusan PKR dan DAP yang tetap mahu menamakan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon Menteri Besar Selangor yang baharu biarpun pihak Istana menitahkan supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua nama.

Pada Rabu, Anwar menegaskan bahawa keputusan pencalonan Dr Wan Azizah adalah keputusan PKR dan ia harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat kerana kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu.


TERKINI: Sultan tolak calon MB 'kawalan jauh'

 

Sultan Selangor dilaporkan menolak calon menteri besar yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui “kawalan jauh”.

Walau tanpa menyebut nama mana-mana calon, laporan The Star yang memetik kenyataan sumber yang dekat dengan istana itu dipercayai merujuk kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut laporan itu lagi, Sultan Selangor juga berhasrat agar calon menteri besar yang baru itu bukan sahaja mendapat sokongan majoriti DUN, tetapi turut berkemampuan untuk mentadbir negeri.

“Sultan Selangor mahu seseorang yang boleh menjaga keperluan rakyat dan membangunkan negeri ke peringkat paling tinggi,” kata sumber itu seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Sumber tersebut turut menyalahkan Pakatan Rakyat kerana membangkitkan masalah sehingga menimbulkan krisis politik di Selangor dan menjejaskan pentadbiran negeri.

“Ini adalah masalah dalaman parti,” katanya.

Dalam satu lagi laporan berkaitan, The Star menyebut bahawa sultan Selangor berpendapat Wan Azizah tidak perlu menghadap baginda buat masa ini.

"Permohonan untuk menghadap itu menjadi isu akademik kerana Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah mengumumkan peletakan jawatannya.

"Tidak perlu lagi Dr Wan Azizah bertemu sultan untuk menyampaikan keputusan parti kerana ia soal dalaman," kenyataan sumber itu dipetik dalam laporan tersebut.

Sultan Selangor juga pada pertengahan bulan lalu juga menolak untuk bertemu Wan Azizah, selepas baginda bertemu dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehingga hari ini, Wan Azizah masih belum berjaya menghadap baginda untuk mempersembahkan 30 pengakuan berkanun bagi membuktikan sokongan majoriti anggota DUN.

Dewan tersebut dianggotai oleh 56 ADUN.

(GAMBAR) Rosmah Dianugerah Darjah Tertinggi Suku Minangkabau

DS Rosmah bersama Menteri Hasan Malek

PADANG (SUMATERA BARAT) – Kesungguhan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor memartabatkan suku Minangkabau mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerah darjah tertinggi wanita suku itu.

Rosmah menerima ‘Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang’ yang membawa gelaran Puan Puti Reno, membawa maksud puteri tertinggi dalam kerabat Minangkabau.

Penganugerahan yang berlangsung di Istana Adityawarman itu dilakukan dengan penuh istiadat Minangkabau yang dihadiri pewaris kerabat Minangkabau termasuk Raja Alam Pagaruyung Sutan Mohamad Taufik.

Sebagai simbolik penganugerahan, Rosmah dipakaikan selendang seorang daripada pewaris wanita Istana Pagaruyung dan bagi kesesuaian majlis Rosmah turut berpakaian Minangkabau, lengkap dengan tengkuluk yang biasanya dipakai oleh kerabat diraja zaman silam.



Ketika ditemui pemberita selepas acara tersebut, Rosmah berkata beliau amat terharu dan gembira dengan penerimaan serta anugerah yang diberikan apatah lagi ia bagaikan pulang ke kampung halaman kerana ibu bapanya berketurunan Minangkabau.

Ibu bapa Rosmah berasal daripada Sari Lama yang terletak di salah satu daerah di Sumatera Barat.

“Saya berasa gembira kerana diterima dan diberi gelaran sebagai salah seorang keluarga diraja di Pagaruyung. Saya juga terharu kerana walaupun saya tidak pernah datang ke tanah Minangkabau, saya dapat menjiwai bahawa inilah tempat asal nenek moyang saya.

“Saya rasa seperti pulang ke kampung tetapi ini bukanlah bermakna saya melupakan Malaysia. Saya rasa ini merupakan detik permulaan pada diri saya dan ia pengalaman baru,” katanya.



Beliau berharap dengan anugerah dan kekeluargaan yang terjalin, hubungan antara Indonesia dan Malaysia akan bertambah kukuh dan erat.

“Saya berharap kita tidaklah besar-besarkan perkara atau perselisihan faham. Yang mustahaknya kita harus mencari kesamaan antara satu sama lain kerana kita adalah serumpun.

“Kita berdoa bersama supaya dengan penghormatan yang diberikan kepada saya hari ini, akan membawa satu lembaran baru atau kita dapat lihat lebih lagi keakraban dan persahabatan,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata anugerah itu menjadi satu sejarah kerana Rosmah merupakan satu-satunya wanita dari negara luar yang menerima darjah sedemikian.

Beliau juga berharap penganugerahan itu akan merancakkan lagi hubungan antara kedua negara dan memberi impak positif dalam pelbagai sudut terutama budaya dan adat.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Terdahulu, wakil Lembaga Adat Minangkabau Padang berkata, anugerah itu dikurniakan kepada Rosmah kerana kebaikan dan kesungguhan beliau memartabatkan budaya Minangkabau di Malaysia. –BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com