innity

pages

Wednesday, April 30, 2014

(PKR DESAK) Khalid Ibrahim putuskan Tidak Pertahan Jawatan MB


KUALA LUMPUR:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bercadang untuk mempertahankan jawatan itu untuk penggal ketiga.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya, beliau bagaimanapun memberitahu akan terus berkhidmat hingga ke akhir penggal ini.

"Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini," jelas Abdul Khalid.

Tambahnya, beliau mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat.

Kenyataan Abdul Khalid dalam laman Facebook

Sebelum ini terdapat desakan di kalangan daripada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga komponen Pakatan Rakyat (PR) supaya Abdul Khalid melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor kerana dikatakan gagal melaksanakan manifesto pilihan raya umum dan juga menangani beberapa isu-isu penting.

Terdapat juga desas desus bahawa jawatan tersebut akan diambil alih oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui 'rancangan Kajang' baru-baru ini.

Selain itu, terdapat juga dakwaan dari DAP bahawa kerajaan Selangor telah 'gagal' untuk menegakkan hak-hak minoriti berikutan langkah oleh Persatuan Bible Malaysia (BSM) memindahkan pejabatnya ke Kuala Lumpur.

Desakan melepaskan jawatan MB turut dibuat Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi supaya pimpinan PR mengambil tindakan segera dengan memecat Abdul Khalid.

Menurut laporan, desakan tersebut dibuat ekoran kekecewaan beliau atas kegagalan Abdul Khalid dalam menangani masalah air di Selangor.

Selain itu juga, hubungan Khalid dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali juga dilapor 'tidak begitu mesra' apabila Azmin sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.

Azmin turut pernah mengecam tindakan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar serta anggota majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dianggap terlalu tinggi.

Beliau juga menyelar tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang melakukan pemecatan tanpa sebab hampir 30 kakitangannya daripada PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB), yang didakwa atas arahan Abdul Khalid.

Tuesday, April 29, 2014

(SEKALI MAKAN RM17 RIBU) Bil Makan Tengah Hari di Kg Baru RM17 Ribu


Kuala Lumpur: “Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.

"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dibeli.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29

(GAMBAR) Engin Pesawat Penumpang Cobham Aviation Terbakar Sejurus Berlepas


PERTH: Sebuah pesawat penumpang berpatah balik di Lapangan Terbang Perth, pagi ini dan melakukan pendaratan cemas selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.


Pesawat bagaimanapun berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Barrow Island.

Cobham Aviation Services dalam satu kenyataannya berkata, pesawat BAE 146 empat enjin itu kembali ke Lapangan Terbang Perth jam 10.53 pagi.

Katanya, kejadian berlaku ketika pesawat sedang naik ke ruang udara apabila enjin nombor duanya tiba-tiba terbakar.

Ketika kejadian pesawat membawa 92 penumpang, dua juruterbang dan tiga anak kapal dan semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.


Penumpang pesawat, Jason Grimmett, berkata kejadian berlaku kira-kira 10 minit selepas pesawat berlepas.

"Saya duduk di sebelah kanan enjin dan tiba-tiba kepulan asap keluar dari enjin.

"Minyak bertaburan di udara sebelum api menyambar dan keadaan panik ketika itu namun juruterbang bertindak pantas untuk menutup saluran minyak," katanya. - ABC News

Pemilihan PKR kecoh lagi!! Rafizi pula mengamuk sebab kalah Ketua Cabang?


Gambar Hiasan


Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam

Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat ~ Berita Harian

INSTAGRAM, PUNCA FIZA ELITE MOHON CERAI DARI ADAM AF?


SHAH ALAM: Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antara dia dan suaminya iaitu Adam (AF2).

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, ia bermula apabila pengikut-pengikut Instagram miliknya mula mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuat naik gambar Adam di laman sosial itu dan begitu juga Adam yang tidak berbuat demikian.

"Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

"Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah.

"Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami," katanya.

Fiza berkata demikian ketika ditemui selepas perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fiza dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Rumah tangga mereka hanya kekal tujuh bulan sahaja.

Dalam pada itu, Fiza berkata hubungannya dengan Adam mula goyah sejak empat bulan lalu namun dia menafikan khabar angin kononnya masalah itu berpunca kerana Adam tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Malah Fiza turut menafikan ada pihak ketiga yang membuatkan hubungan antara mereka retak.

"Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN (Institut Jantung Negara).

"Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera," tuturnya.

Tambah Fiza, keputusan cerai itu dibuat atas persetujuan bersama dan dia tidak menolak sekiranya mereka disatukan semula sekiranya masih lagi ada jodoh.

Pasangan itu telah bernikah pada 26 September 2013 hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam. - mStar

Monday, April 28, 2014

Macai Protes Obama Masuk Masjid kena 'Pelempang' Dengan Nik Aziz


Puak Puak Macai pemakan dedak protes obama bukan islam masuk masjid, pemimpin dap bukan islam masuk masjid ok pulak ya koh koh koh koh koh

Sebelum ini Nik Aziz prrnah mempertahankan kenyataannya yang bukan Islam boleh masuk masjid

KOTA BARU, 6 Sept 2010 – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.

“Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan,” katanya.

Menteri Besar (pada masa itu) berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara’ah di Pasar Siti Khadijah di sini.

“Ini menunjukkan rakyat Kelantan faham, termasuk bukan Islam faham mengenai Islam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sempena Aidilfitri sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari kepada golongan miskin di Kubang Kerian, di sini.

Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Aziz mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam. - The Malaysian Insider

[KALAU DAH KAFIR] Mengapa Obama tidak nasihat bukan Islam wajib hormati majoriti Islam


Datuk Ibrahim Ali hari ini senada dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyanggah kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama yang menyifatkan Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak diberikan peluang yang sama.
Presiden Perkasa itu berkata, kenyataan Obama itu tidak benar kerana selama ini bukan Islam menguasai 60% ekonomi negara.
"Siapa miliki bangunan pencakar langit, gedung besar dan rumah kedai dalam bandar?
"Kerajaan membiayai sekolah jenis kebangsaan walaupun ada yang mendakwa bertentangan dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hari ini menteri dalam negeri turut menyelar kenyataan Obama dengan mengatakan tidak benar Malaysia mengamalkan diskriminasi kaum dan agama.
Semalam, Obama berkata, Malaysia perlu memastikan masyarakat bukan Islam di negara ini, mendapat peluang yang sama seperti majoriti penduduk beragama Islam jika negara ini mahu terus makmur.
Katanya, masyarakat bukan Islam di Malaysia pada masa ini berdepan permusuhan dan ada yang rasa tertindas.
“Sepatutnya tidak ada alasan untuk diskriminasi, dan anda perlu memastikan menentang perkara ini dalam kehidupan harian.
“Malaysia tidak akan berjaya jika bukan Islam tidak mendapat peluang yang sama adil. Myanmar tidak akan berjaya jika populasi Islam di sana terus ditindas,”  katanya dalam majlis pertemuan dua hala untuk belia Asean di Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya, Kuala Lumpur semalam.
Ibrahim berkata pihak yang mendakwa Malaysia menafikan hak bukan Islam adalah golongan kurang waras dan tidak berakal.
Katanya, Obama sendiri tidak memastikan Israel memberi layanan yang baik kepada penduduk asal di Palestin.
"Saya nak tanya Obama, layanan apa pihak Israel beri kepada penduduk asal rakyat Palestin? Cakap tidak serupa bikin.
"Kenapa Obama tidak nasihat penduduk bukan Islam wajib menghormati kaum majoriti Islam? Obama seperti presiden Amerika lain juga tidak telus," katanya.
Ibrahim berkata tindakan Obama ke Malaysia dan membuat kenyataan berat sebelah hanya menambahkan lagi ketegangan kaum di negara ini. – 28 April, 2014.

[VIDEO] PESAWAT TERHEMPAS: Pesawat latihan penerbangan terhempas di Pengkalan Chepa, Seorang juruterbang pelatih cedera parah


Sebuah Pesawat Latihan Terhempas di Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan 28/4/2013 Jam 1230. Seorang juruterbang pelatih terselamat namun mengalami kecederaan parah. Pesawat terhempas di kawasan lapang berhampiran Taman Kurnia Jaya Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan. Kawasan adalah bersebelahan dengan Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu.





[THE BEAST] Kereta rasmi Obama tercanggih di dunia


Lebih dikenali sebagai "The Beast", Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One.

Buatan General Motors keluaran 2009, kenderaan itu mempunyai spesifikasi sangat khusus untuk keselamatan presiden itu, juga mempunyai ciri-ciri seolah-olah sebuah kereta kebal.

Sepanjang lima meter dan berat lapan tan, "The Beast" dilengkapi pintu kalis peluru setebal 20 cm. Badannya cukup kukuh diperbuat daripada besi keluli, titanium dan seramik.



Tayarnya juga kalis bocor dan kerangka kalis letupan melindunginya daripada sebarang bom jalanan. Malah tangki minyak juga diperbuat daripada bahan kalis letupan.

Selain itu, The Beast turut dilengkapi senapang "shot-gun" dan kamera penglihatan malam.

Ia juga memiliki persediaan oksigen sendiri dan bekalan darah yang sama jenis dengan presiden sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Kenderaan itu boleh memuatkan maksimum 7 orang, termasuk presiden.

The Beast, kereta rasmi Obama disifatkan sebagai kenderaan perlindungan yang paling canggih di dunia.Namun spesifikasi secara mendalam dirahsiakan bagi melindungi keselamatan penumpang didalamnya.

-nampak sama tapi tak serupa

Admin Page Fitnah Mayat Wan Azizah Rupanya Seekor Keldai DAP


Nampaknya pemilihan PKR kali ini diwarnai politik Kotor dan busuk dari kedua-dua kem.

Namun, yang salah lambat laung pasti akan terbongkar jua termasuklah kes tuduhan kononnya akaun fb menggunakan nama Blue Wave Army adalah milik Umno walhal bukti jelas menunjukkan akaun itu direka puak mereka sendiri dan kita sewajarnya tidak mudah terpengaruh dengan budaya kotor Pakatan yang sangat menjijikkan ini

Pelik melihat gelagat serta cara busuk pembangkang yang selama ini tak habis habis mengamalkan politik kotor yang sangat mengaibkan seperti sebelum ini risalah azmin aiskrim yang tersebar pun di salahkan umno walhal perang besar sesama mereka jelas mengaitkan kemungkinan besar kerja mereka tapi tak habis habis cari keuntungan politik dengan memfitnah Umno.


Di bawah adalah kenyataan Dr Afif Bahardin yang sekarang ini merupakan salah satu daripada calon yang bertanding untuk AMK pusat.Bila melibatkan pertandingan merebut jawatan maka berebut rebutlah nak cari nama tetapi kantoi yang nak memalukan umno akhirnya memakan diri sendiri walhal gambar asal tu pun sudah diketahui umum kisah dari kubur bercahaya.

DI TEGAS KAN sekali lagi bahawasanya Blue Wave Army yang menghina Wan Azizah kerja Pakatan Pembangkang sendiri untuk memburuk burukkan Umno!

Terima kasih kepada Dr Afif kerana membuat laporan tersebut.Ianya pasti memudahkan kerja pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.Dalangnya dah di kesan pun..

sumber: ~UtaraNews.com

Obama nafi Washington 'buli' Malaysia dalam rundingan TPPA

27/04/2014 7:09pm

PUTRAJAYA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menafikan Washington membuli Malaysia dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang sedang dijalankan.

Sebaliknya, Obama menjelaskan bahawa beliau sendiri yang telah dibuli oleh partinya sendiri (Democratic) berhubung perjanjian itu selain protes terhadap perjanjian tersebut yang lebih kepada orang takut perubahan corak perdagangan pada masa depan atau tidak mahu mengubah cara lama.

"Adalah penting bagi semua orang tunggu dan lihat apakah perjanjian muktamad sebelum mereka terus membuat kesimpulan," kata Obama ketika menjawab kepada soalan mengenai Washington membuli Kuala Lumpur dalam rundingan mengenai TPPA pada sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini selepas kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan pada Ahad ini.

Obama kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia, julung kali oleh

Presiden Amerika Syarikat dalam tempoh hampir 50 tahun.

Beliau berkata, memang difahami bahawa akan ada bantahan, protes dan tuduhan konspirasi politik yang berlaku bukan sahaja bagi Amerika Syarikat dan Malaysia tetapi juga semua negara yang berunding.

Sunday, April 27, 2014

[VIDEO] Sesi Town Hall di UM Bersama Obama Dicemari Demonstrasi Aman


Beberapa individu mengambil kesempatan melakukan demonstrasi aman membantah TPP dan menentang penindasan terhadap umat Islam pada sesi 'Town Hall' bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Kumpulan 10 orang siswa tersebut mempamerkan poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya.

Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur.
"Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah.

“Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda,” katanya.

(27/4/2014) 5 GAMBAR BAS UIA TERBALIK DI NKVE AKIBAT ANGIN LINTANG


Sebuah bas milik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) terlibat dalam kemalangan pada pagi Ahad ini.

Bas milik UIA itu terbalik di lebuh raya NKVE dari Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh. Bas terbabit dalam perjalanan membawa pelajar Society Stuff ke Bukit Cherakah, Shah Alam.

Maklumat tidak rasmi menyatakan bas yang membawa 31 penumpang itu dipercayai terkena angin lintang dan hilang kawalan dan terus terbalik.

Dalam kejadian itu, 5 penumpang cedera parah. Doakan semuanya selamat.





Sumber: my medua hub

[PELIK, FB SOKONG PAS SERANG PKR] Dedah Pemilihan PKR 2014 Sarawak dibuat di Bilik Hotel Seng Chong





EDISI KASI DEDAH SAMPAI TERBURAI ... PEMILIHAN KEADILAN 2014 DI SARAWAK .. BILIK HOTEL DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT MENGUNDI OLEH PASUKAN YANG MENYOKONG PEMIMPIN TERTENTU!!!!


Hasil dari maklumat, pasukan pemantau PACA TSKI telah menyerbu sebuah bilik di Hotel Seng Chong, Simunjan Sarawak dimana dalam serbuan tersebut telah dijadikan tempat membuat undi untuk pemimpin tertentu.


Sebelumnya itu ketika pihak PACA TSKI mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka didalam enggan membukanya tapi kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..

Setelah beberapa minit barulah dibuka dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti dipercayai sudah membuat pangkah di kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak.

Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.


Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. .. Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului.

Semalam Omak kau sudah beritahu peringatan bahawa kali ini jangan ada lagi pemilihan KeADILan yang disangsikan ketelusan, bersih dan adil.

Pihak TSKI sudah menubuhkan pasukan Polling Agent dan Counting Agentnya (PACA) yang terdiri dari sukarelawan seramai 600 orang ... Don't play playlah kali ini.

Jangan bersikap apabila Empayar nak rebah maka mula bertindak gelabah tidak munasabah .. Menang biar anggota parti tidak marah .. kalah biar bermaruah.

Sumber: FB Penyokong PAS, Serambi Politik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com