innity

pages

Friday, February 28, 2014

[TIDAK TELUS] MB Khalid DEDAH Pemimpin PKR Cuba Pengaruhi Penilaian Aset Air Selangor


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat pemimpin-pemimpin parti dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba untuk mempengaruhi terhadap penilaian aset air di negeri itu.
Beliau berkata, beberapa pemimpin parti telah memperkenalkannya kepada beberapa pihak yang cuba untuk membuat kes mereka mengenai mengapa penentuan harga aset air perlu lebih tinggi.
"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama bahawa saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.
"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya dalam temuramah bersama The Star pada Khamis.
Khalid juga menjelaskan mengapa mekanisme daripada perjanjian itu tidak dapat didedahkan kepada pihak dalaman mahupun di luar parti sebelum perjanjian itu ditandangani bersama Kerajaan Persekutuan pada Rabu.
Beliau menegaskan bahawa maklumat itu sekiranya didedahkan, akan memberi kesan kepada nilai saham berkaitan dengan aset-aset air.
"Saya juga mengambil berat mengenai kemungkinan penyebaran maklumat yang tidak benar dan urusan pihak dalaman. Ini adalah sebab-sebab mengapa pemimpin-pemimpin PKR tidak dimaklumkan lebih awal sebelum menandatangani perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan, " katanya.
Khalid berkata, beliau tidak memberitahu pemimpin partinya berikut beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.
Pada Rabu, Kerajaan Persekutuan dan Selangor akhirnya menemui titik untuk bekerjasama mengenai syarat-syarat yang akan memudahkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air di negeri itu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akhirnya mengakhiri kebuntuan selama lima tahun ke atas pelaksanaan projek-projek air di negeri yang paling maju di negara ini.
Dalam perjanjian itu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk pengambilalihan daripada empat syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas) , Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) dengan pampasan RM9.65 bilion.
Khalid berkata, terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang disalahgunakan, keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah.
Menurut Khalid, beliau mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012 dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.
"Ia adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya 2013. Faktor-faktor seperti memastikan kenaikan tarif stabil dan bahawa kepentingan rakyat di Selangor tidak terjejas, semuanya disenaraikan," kata beliau sambil menambah bahawa Kerajaan Persekutuan juga meminta agar mereka menjaga maklumat itu untuk memastikan bahawa perjanjian itu dilakukan secara profesional.
Khalid diberitahu bahawa Kabinet telah bersetuju dengan syarat berkenaan hanya pada pagi Rabu.
"Mereka berkata 'datang dan tandatangan'. Ia semua dilakukan dalam tempoh beberapa jam," kata beliau sambil menambah yang beliau akan mengadakan mesyuarat untuk memberitahu pemimpin PKR pada Jumaat.
Mengenai sama ada Kerajaan Pusat akan mematuhi perjanjian itu atau tidak, beliau berkata: "Saya yakin Kerajaan Persekutuan akan mengikut perjanjian itu."
Katanya, MoU adalah sesuatu yang mereka perlu mengikut tanggungjawab seperti yang ditetapkan.
"Ia sesuatu yang tidak difikirkan akan kerajaan Persekutuan atau negeri untuk bertentangan dengan perjanjian itu," katanya.

[TERKINI] JADUAL PENUH Catuan air PERINGKAT Ke-2 (kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor )

Cyberjaya: Peringkat kedua pengagihan air berjadual akan membabitkan kawasan dan jumlah akaun lebih besar, bulan depan.
Sebanyak 242 kawasan membabitkan 358,342 akaun di kawasan Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor akan mengalami catuan air bermula 2 Mac hingga 31 Mac ini.
Catuan bekalan air itu sekali gus bakal menjejaskan 2.2 juta pengguna di keenam-enam daerah terbabit.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim pada sidang media di sini, sebentar tadi.
Catuan air peringkat kedua itu ekoran penyusutan berterusan semua empangan di Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kawasan di setiap daerah terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 pada 2 Mac ini.

Selepas itu, kawasan di Zon 2 akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 4 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

GOMBAK (ZON 1)
  1. Taman Keramat AU 1
  2. Taman Keramat AU2
  3. Taman Keramat AU4
  4. Taman Keramat AU5
  5. Seksyen 10 Wangsa Maju 
  6. Villa Wangsa Maju
  7. Bukit Wangsa Mas
  8. Bandar Manjalara
  9. Sunway Harmoni
  10. Sunway SPK
  11. Desa Aman Puri
  12. Taman Industri Ehsan Jaya
  13. Seksyen 5 Wangsa Maju 
  14. Seksyen 6 Wangsa Maju 
  15. Seksyen 10 Wangsa Maju 
  16. Villa Wangsa Mas 
  17. Sebahagian kawasan AU4 Keramat 
  18. Tmn Bukit Wangsa Mas
GOMBAK (ZON 2)
  1. Kg Sungai Merali
  2. Kg Puah
  3. Kg Pandan Balang
  4. Kg Bandar Dalam
  5. Taman Ibukota
  6. Air Panas Setapak
  7. Taman Setapak 
  8. Kg Lee Kong Chian
  9. Kg Sungai Mulia
  10. Taman Suria Setapak
  11. Taman Setapak Permai
  12. Kg Kuantan Gombak
  13. Taman Bukit Maluri
  14. Sektor A Bandar Sri Damansara (SD 7 – SD 13)
  15. Seksyen 1, Wangsa Maju 
  16. Seksyen 2, Wangsa Maju 
  17. Seksyen 4, Wangsa Maju 
  18. Danau Kota (kawasan A) 
  19. Jln Usahawan 
  20. Wangsa Melawati 
  21. Wangsa Delima
KUALA LUMPUR (ZON 1)
  1. Taman Sri Sinar
  2. Taman Sri Bintang
  3. Taman Bkt Sri Bintang
  4. Taman Prima Pelangi
  5. Taman SSPK Segambut
  6. Taman Segambut
  7. Taman Segambut Permai
  8. Taman Segambut Damai
  9. Taman Segambut Muda
  10. Taman Segambut Aman
  11. Taman Bukit Segambut
  12. Taman Indah Murni
  13. Taman Prima Impian
  14. Taman Desa Segambut
  15. Kg Segambut Dalam
  16. Kg Segambut Bahagia
  17. Kg Segambut Tengah
  18. Kg Segambut Gate
  19. Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta
  20. Kesington Park
  21. Changkat Kiara Bayu
  22. Changkat Kiara Surya
  23. Prima Duta
  24. Menara Duta
  25. Duta Ria
  26. Kawasan Mount Kiara
  27. Arkib Negara
  28. Kompleks Kerajaan Jalan Duta
  29. Masjid Wilayah KL
  30. Lembaga peperiksaan 
  31. Ibu Pejabat BPR
  32. Persiaran Duta
  33. Pusat Perkembangan Kokurikulum
  34. Stadium Hoki
  35. Flat DBKL Dato Keramat
  36. Jalan Padang Tembak
  37. Jalan Semarak
  38. Jalan Gurney
  39. UTM, Jalan Semarak
  40. Bangunan FELDA
  41. Jalan Kent 1 hingga 7
  42. Desa Pandan 
  43. Keseluruhan Kawasan Permaisuri 
  44. Taman Shamelin Perkasa
  45. Taman Bandar Damai Perdana A & B 
  46. Taman Seri Bahagia 
  47. Taman Bukit Angsana 
  48. Taman Minang 
  49. Taman Damai Indah
  50. Taman Bukit Anggerik 1 & 2 
  51. Taman Desa Baiduri 
  52. Taman Bukit Segar 
  53. Taman Bukit Segar Masera 
  54. Bandar Baru Segar Utama 
  55. Taman Bukit Segar Jaya 
  56. Alam Damai & Taman Len Seng
  57. Bukit Cheras
KUALA LUMPUR (ZON 2)
  1. Jln Ipoh Batu 4 hingga Batu 5
  2. Jalan Cenderuh
  3. Jalan Kuala Kangar
  4. Jalan VethavanamF
  5. Jalan St. Thomas
  6. Jalan Khalsa
  7. Taman Kok Lian
  8. Taman City
  9. Taman Sri Kuching & Taman Niaga Waris
  10. Kem Batu Kentomen
  11. Taman Impian
  12. Taman Eastern
  13. Taman Rainbow
  14. Taman Bamboo
  15. Taman Million
  16. Taman Sheng Cheng
  17. Taman Kaya
  18. Kawasan Perindustrian Segambut
  19. Tmn Sri Hartamas
  20. Kiaraview
  21. Kiaramas
  22. Tmn Duta Nusantara
  23. Tmn Duta Tropika
  24. Hartamas Heights
  25. Tmn Pandan Jaya
  26. Tmn Cempaka
  27. Tmn Bakti
  28. Tmn Nirwana
  29. Taman Putra Sulaiman
  30. Tmn Cahaya
  31. Pandan Cahaya
  32. Tmn Dagang
  33. Tmn Tenaga
  34. Tmn Miharja
  35. Tmn Kobena
  36. Flat Sri Melaka
  37. Taman Saga 
  38. Taman Teratai
  39. Taman Bukit Permai 
  40. Taman Mega Jaya 
  41. Taman Seraya 
  42. Taman Melur 
  43. Kg. Cheras Baru 
  44. Taman Muda & Taman Mawar 
  45. Taman Putra
PETALING (ZON 1)
  1. Desa Petaling
  2. Kampung Malaysia
  3. Taman Salak Selatan
  4. Kampung Baru Salak Selatan
  5. Taman Gembira
  6. Keseluruhan Jalan Kuchai Lama
  7. Taman Lian Hoe
  8. Taman Salak Jaya
  9. Pantai Dalam
  10. Mah Sing U5
  11. Tropicana Golf
PETALING (ZON 2)
  1. Seksyen 1, Petaling Jaya
  2. Seksyen 2, Petaling Jaya
  3. Seksyen 3, Petaling Jaya
  4. Seksyen 5, Petaling Jaya
  5. Seksyen 6, Petaling Jaya
  6. Seksyen 7, Petaling Jaya
  7. Seksyen 8, Petaling Jaya
  8. Seksyen 9, Petaling Jaya
  9. Seksyen 18, Petaling Jaya
  10. Seksyen 51A
  11. Taman Sri Sentosa
  12. Kampung Pasir Baru
  13. Taman OUG
  14. Taman Yarl
  15. Taman Perindustrian Bukit Jalil
  16. PPRT Kampung Muhibbah
  17. Ara Damansara
  18. Bandar Utama 1 - 11
KLANG/SHAH ALAM ZON 1
  1. Sg Kapar Indah
  2. Bandar Bukit Rajah
  3. Putra Height/ Bukit Lancung
  4. Bukit Tinggi 1
  5. Bukit Tinggi 2
  6. Bandar Botanik
  7. Bandar puteri
KLANG/SHAH ALAM ZON 2
  1. Taman Aman Perdana
  2. Bandar Setia Alam
  3. Seksyen 27
  4. Seksyen 28
  5. Megahub
KUALA SELANGOR ZON 1
  1. Kawasan Sungai Darah (Kiri dari Batang Berjuntai)
  2. Sepanjang Jalan Raja Musa dari Batang Berjuntai hingga ke Batu 7 Tanjung Karang
  3. UNISEL dan Taman Ilmu
  4. Kampung Bestari Jaya
  5. Seluruh Kawasan Bukit Belimbing dan Hujung Permatang
  6. Seluruh Kawasan Tanjung Karang dari Pasir Penambang ke Pekan Tanjung Karang
  7. Sungai Gulang-Gulang dan Parit Serong
  8. Sungai Tengi Kanan
  9. Seluruh kawasan Puncak Alam Fasa 1,2,3 dan Shah Alam 2
KUALA SELANGOR ZON 2
  1. Kawasan Sungai Darah (kanan dari Batang Berjuntai)
  2. Pekan Batang Berjuntai
  3. Batu 7 Ijok Dari Jalan Datuk Muskam hingga Bukit Badong
  4. Bukit Badong
  5. Sepanjang Jalan Rawang dari Pekan Batang Berjuntai hingga Kg Kuantan
  6. Jalan Kelab
  7. Jalan Bukit Rotan
  8. Seluruh Bandar Seri Coldfields / Desa Coldfields Sungai Buloh
  9. Seluruh Seri Pristana
  10. Seluruh Alam Perdana
  11. Kampung Sentosa
  12. Kampung Seri Aman
  13. Saujana Utama 3
  14. Taman Alam Jaya
  15. Kawasan Industri Batu 23, Ijok
  16. Jalan Meru Puncak Alam (McDonalds)
HULU SELANGOR ZON 1
  1. Seluruh Bukit Beruntung
  2. Seluruh Bukit Sentosa
  3. Seluruh Sg. Buaya
  4. Seluruh Bukit Teratai ( Estate)
  5. Seluruh Bandar Country Home 
  6. Seluruh Taman Desa Mas
  7. Seluruh Saujana Rawang
  8. Seluruh Taman Teknologi
  9. Seluruh Taman Velox
  10. Seluruh Batu Arang
  11. Seluruh Kota Puteri
  12. Seluruh Sg. Bakau
  13. Seluruh Emerald
  14. Seluruh Taman Garing
  15. Seluruh Rawang Intergrated / Sg. Dua
HULU SELANGOR ZON 2
  1. Seluruh Rasa
  2. Seluruh Bandar Baru Batang Kali
  3. Seluruh Tamu Hill Park
  4. Seluruh Taman Semarak Batang Kali
  5. Seluruh Kawasan Perindustrian MIEL
  6. Seluruh Taman Desa Alam Ria
  7. Seluruh Taman Bukit Rawang Jaya
  8. Seluruh Taman Bukit Rawang Putra
  9. Seluruh Taman Mutiara
  10. Seluruh Bandar Baru Rawang
  11. Seluruh Kg. Rajah/Pekan
  12. Seluruh Kg. Kenanga Rawang
  13. Seluruh Kg. Sg. Terentang/Kg. Baru
  14. Seluruh New Green Park/Taman Sri Hijau
  15. Seluruh Jalan Pahang/ Maktab Polis KKB
  16. Seluruh Taman Arif/Teratai KKB
  17. Seluruh KKB Utama
  18. Seluruh Kg. Dagang Setia/ Kg. Kelapa KKB
  19. Seluruh Taman Ampang Pecah KKB
  20. Seluruh Taman Ampang Indah KKB
  21. Seluruh Taman Millenium KKB
  22. Seluruh Taman Damai KKB
  23. Seluruh Bukit Bujang KKB
  24. Seluruh Taman Tanjak
  25. Seluruh Taman Desa Rening Jaya
  26. Seluruh Kerling
  27. Seluruh Hulu Bernam
  28. Seluruh Taman Bernam Jaya
  29. Seluruh Taman Keliang Kalumpang
  30. Seluruh Taman Bahtera Hulu Bernam
  31. Seluruh Kg. Pinang Hulu Bernam
  32. Seluruh Kuang
  33. Seluruh Kundang
  34. Seluruh Tasik Puteri
  35. Seluruh Serendah
  36. Seluruh Ulu Yam Lama
  37. Seluruh Antara Gapi
  38. Seluruh Sungai Choh
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28

Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar


Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris (gambar) atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos. – 28 Februari, 2014.

Gambar Wanita Bertudung "SEMBAHYANG" di Gereja Tersebar di Internet


Beberapa hari lalu tersebar gambar-gambar wanita bertudung yang menjalankan aktiviti di dalam gereja.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan apakah aktiviti atau program yang dijalankan itu. Juga tidak dapat dipastikan apakah tujuan gambar-gambar ini disebarkan.

Diharap keharmonian dan keamanan yang dikecapi selama ini tidak dicabuli demi kepentingan sekelompok orang tertentu.



Sumber: FB PAS & UMNO Bersatu

(MODEL BUKAN ISLAM) Adakah anda gembira kalau saya tanggalkan tudung?


KUALA LUMPUR: “Kepada yang dengki atau benci sangat bila saya bertudung dan bertekad untuk menutup aurah seperti seorang Muslimah tanpa niat lain selain daripada mahu menutup aurah saya, adakah anda akan rasa lebih gembira kalau saya tanggalkan tudung saya dan berpakaian seperti dahulu?” tanya Felixia Yeap menerusi facebooknya, semalam.

Justeru, beliau bertanya pernah tak memikirkan perasaan seseorang wanita yang disuruh tanggalkan bajunya atau hijabnya.

Bagi beliau, ianya tiada berbeza daripada mencabuli kehormatannya.

“Begitu kejam sekali nak buat pada saya? Apa salah saya?” tanya beliau lagi.

Felixia Yeap, model bukan Islam Yang Tertarik Untuk Menutup Aurat

Pada tahun lalu, 2013 Felixia Yeap, bekas Playboy Bunny itu telah berazam untuk mengikuti kelas agama (Islam) mulai tahun depan (2014) dan akan terus lebih banyak memakai hijab.

"Felixia harap lebih banyak pakai hijab tahun depan... dan Alhamdulillah tidak akan 'let you down'," kata Yeap dalam slot Asssalamualaikum yang disiarkan oleh TV Al-Hijrah.

Dia juga berkata selalu bertanya kawan-kawannya tentang solat walaupun belum belajar secara khusus tentang Islam.

Yeap, seorang model bukan Islam, yang tampil dengan memakai tudung warna krim dan jubah berwarna gelap diwawancara oleh pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie.

Jelitawan berusia 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu mula memakai hijab pada tahun 2013.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Yeap berkata beliau mula memakai hijab ketika menjadi model yang memerlukannya memakai tudung.

Felixia Yeap ketika berkongsi pendapat dengan pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie menyatakan. "Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini (2013) ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.

"Ia tudung berwarna biru dan saya jatuh cinta terus dengannya. Kemudian, saya mempunyai satu lagi peluang mengenakan tudung apabila menjadi model untuk sebuah butik Islam dalam pertunjukan fesyen semasa Hari Raya," katanya.

Yeap, yang juga bekas guru tadika, memulakan kerjaya dalam pemodelan pada tahun 2005 apabila dia memasuki pertandingan Dewi Remaja yang dianjurkan oleh sebuah majalah tempatan dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.

Beliau kemudiannya menyertai banyak pertandingan ratu cantik lain dan di puncak kerjayanya telah dijemput untuk menjadi Playboy Bunny dan bekerja di sebuah kelab di Macau.

Tetapi kerjayanya di kelab itu hanya bertahan sebulan apabila Yeap membuat keputusan untuk pulang ke tanahair bagi meneruskan kerjaya sebagai model.

Ketika ditanya oleh pengacara TV Al-Hijrah apa rancangan beliau untuk lima tahun akan datang ini, Yeap berkata, kalau boleh beliau mahu meneruskan kariernya sebagai model.

"Tetapi dengan pakaian yang menutup aurat," kata Yeap yang fasih berbahasa Melayu itu.

Berhijab Menyekat Rezeki?

Beliau yakin dengan memakai pakaian yang berhijab ia tidak menyekat rezeki beliau.

"Rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Kalau satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka," kata Yeap menjawab soalan Amin yang disokong oleh Irma yang juga tidak bertudung sebelum itu.

"Saya sokong dengan Felixia. Dulu saya pun macam itu, orang kata akan hilang 'job'lah dan sebagainya. Tetapi tidak, akan ada rezeki kita," kata Irma menyokong Yeap.

Ketika ditanya pengalamannya memakai hijab, Yeap berkata, dia tidak ada masalah dengannya kerana, "Saya takut sejuk. Bila pakai pakaian muslimah ini tutup semua, so tidak rasa panaslah".

Ketika ditanya, apakah perasaan beliau ketika dikatakan fesyen berhijab ini ortodoks dan kuno, Yeap tidak bersetuju dengannya.

"Felixia rasa busana muslimah lebih banyak 'styling', macam selendang yang saya pakai dan baju jubah ini, fesyennya lebih banyaklah sekarang dan tidak nampak 'boring'," katanya.

Menurutnya juga, sekarang ini, hampir semua waktu beliau di luar akan memakai hijab walaupun bukan semasa bekerja sebagai model.

Ketika ditanya apa reaksi kawan-kawannya, Yeap berkata, ada yang tidak boleh menerimanya tetapi beliau berkata, "Alhamdulillah banyak yang boleh terima"

Thursday, February 27, 2014

Lelaki Nepal ditemui mati tergantung pada pokok


GEORGETOWN - Seorang pekerja kilang warga Nepal  dijumpa tergantung berhampiran sebuah kilang di kawasan Zon Perindustian Bebas (FIZ) Fasa 4, Bayan Lepas di sini hari ini.

Mayatnya ditemui dalam keadaan tergantung oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira jam 7.55 pagi di sebatang pokok berhampiran sebuah kilang.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Rajim itu baru selesai tugas syif pagi di sebuah kilang di sini.

Menurut saksi, Rajim dilihat bergaduh dengan teman wanitanya yang  juga  dipercayai berasal dari Nepal sebelum mayatnya ditemui.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, sebaik menerima laporan daripada pengawal keselamatan berkenaan sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan pemeriksaan.

Fah Hin berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mayat lelaki berkenaan ditemui tergantung di sebatang pokok di tepi Jalan Lintang Bayan Lepas dengan berpakaian baju putih dan berseluar jeans hitam.

"Kita telah mengambil keterangan dari beberapa saksi dan mereka memang melihat lelaki berkenaan bergaduh dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

"Siasatan dan temubual beberapa orang di kawasan kejadian itu juga mengesahkan lelaki terbabit bekerja di salah sebuah kilang di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Fah Hin berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayatnya dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Pasangan KEKASIH MAUT akibat MOTOR DIREMPUH oleh POLIS


Sungai Petani: “Saya melihat sebuah kereta berpusing-pusing akibat hilang kawalan lalu melihat satu objek melayang dan terhempas atas jalan. Ketika itu, saya baru sedar dia rakan wanita yang baru ditemui sebelum itu.”

Begitu kata Sohimi Fatah, 24, rakan kepada pekerja kilang, Azwan Shah Ishak, 25, dan teman wanitanya, Norfaezah Budiman, 21, yang maut apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh kereta di Kilometer 56, Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 2.45 pagi mengakibatkan Norfaezah mati serta-merta di tempat kejadian, manakala teman lelakinya meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada jam 10.30 pagi selepas bertarung nyawa lebih tujuh jam.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru selesai menikmati nasi lemak, dalam perjalanan dari arah Bandar Sungai Petani menuju ke Legenda Height, manakala kereta PROTON WAJA yang dipandu seorang anggota polis dari arah sama.

Sekumpulan pemuda menyerang anggota polis yg tidak bertugas kerana melanggar Norfaezah Budiman dan teman lelakinya semalam

Status Facebook Norfaezah seolah duga kedatangan ajal

"Mungkin esok namaku Arwah. Hari ini aku berpakaian cantik dan mewah, mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Hari ini aku berpijak di atas tanah, mungkin esok aku duduk di bawah tanah." "Hari ini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok orang lain yang akan memandikan aku. Hari ini aku bahagia bersama orang di sekelilingku, mungkin esok aku akan bersendirian di sana. Andai kata hari ini hari terakhir aku hidup di dunia, ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan kita. Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah al-Fatihah sebagai tanda kau merinduiku.”


Demikian bait-bait puisi yang dimaksudkan Norfaezah Budiman, 21, melalui akaun Facebook miliknya yang dikemas kini 10 Februari lalu merupakan petanda seolah-olah mengetahui bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Status tersebut mendapat reaksi orang ramai setelah Norfaezah meninggal dunia awal pagi semalam ketika membonceng motosikal sebelum dirempuh sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Ibu mangsa, Sarina Abu Othman, 49, dari Flat Paya Nahu berkata, anak kedua dari enam beradik itu sempat berpesan supaya ibu menjaga bapa selain adik bongsu berusia tujuh tahun sebelum beredar ke rumah sewanya tidak jauh dari situ.

“Dia peluk saya, belai dan sandar di badan saya, apabila ditolak, dia kata biarlah dia nak bermanja dan meminta saya jangan ke mana-mana serta menemaninya,” katanya.

Sebelum pulang ke rumah sewa, Norfaezah ada memberi RM5 kepadanya dengan berkata, duit berkenaan untuk kegunaan ibunya ke tempat kerja. Sarina berkata, sebelum pulang, dia seolah-olah melihat lambaian Norfaezah kelihatan sayu dan rupa-rupanya itu petanda ajal dia akan pergi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya dia terkilan kerana Norfaezah ada meminta supaya dia menghantar makanan tengah hari kepadanya kelmarin ketika sedang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit namun tidak dapat berbuat demikian kerana tiada kenderaan.

Kredit: Harian Metro/Sinar Harian - isupanaz.blogspot.com

Mufti Perlis akur jika dicalonkan kerusi DUN Balingian


MUKAH 26 Feb. - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat ini.

Notis pengosongan kerusi DUN itu telah diserahkan kepada Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Abdul Taib turut menyerahkan sepenuhnya kepada penggantinya, Tan Sri Adenan Satem untuk memilih calon bagi DUN tersebut.

"Pada hujung bulan ini selepas sahaja saya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri, kerusi DUN Balingian akan dikosongkan.

"Siapa yang akan menggantikan tempat saya di situ, semuanya akan diumumkan oleh Tan Sri Adenan," katanya.

Abdul Taib berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan kerusi DUN Balingian, namun enggan mengulas lanjut ketika ditemui pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kingwood Resort, di sini hari ini.

Pada 12 Februari lalu, Abdul Taib mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Februari dan akan digantikan oleh Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu.

Beliau juga sebelum ini memberi jaminan peletakan jawatannya tidak bermakna bahawa semua yang dirancang semasa pentadbirannya akan dihentikan oleh kepemimpinan baharu.

Sementara itu,Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya ketika ditemui sama ada bersedia menjadi calon mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, sebagai orang yang telah dididik oleh Abdul Taib, beliau akur dan sentiasa bersedia jika diperlukan.

"Sebagai orang yang dididik oleh Abdul Taib selama ini, saya sentiasa akur dan taat kepada apa sahaja arahan beliau termasuk saya sendiri ke Perlis enam tahun lalu pun adalah atas arahan beliau sendiri.

"Maka saya sentiasa ingin menyumbang sebagai mana beliau mahu menyumbang kepada negeri dan negara," jelasnya.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, soal calon dibincangkan oleh peringkat tertinggi PBB dan bukan tempatnya bagi memberi lebih penjelasan.

Wednesday, February 26, 2014

[Gempar]Bukit Mertajam: Jenazah Lengkap Dikafan Ditemui Ditepi Jalan


Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih.

Kita percaya mungkin lelaki itu baharu mati," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat, mayat kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.





(RAHSIA BOCOR) Rafizi DEDAH wujud Lobi PROJEK Dalam Pentadbiran PKR Selangor


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan.

Rafizi mendedahkan Zaid yang juga bakal calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pernah melobi beberapa projek di Selangor.

"Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.

"Sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri Datuk Zaid, meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

Susulan pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding PRK Kajang, Zaid juga menyatakan hasratnya untuk melawan bekas bosnya itu.

Zaid berkata tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang adalah tidak wajar dan memberi amaran krisis politik bakal berlaku di Selangor.

Dalam kandungan email tersebut, Rafizi mendakwa Zaid berinteraksi dengannya menggunakan alamat e-mel carbofree@gmail.com bagi melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).

"Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu, Selayang.

"Saya dimaklumkan bahawa rakan-rakan kongsi beliau membuat cadangan pembangunan bersama dengan KHSB," kata Rafizi lagi.

Persatuan Perubatan Malaysia kecewa iklan AirAsia burukkan imej jururawat


Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini melahirkan kekecewaan dengan tindakan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia kerana memaparkan iklan bagi perkhidmatan insurans yang dikatakan memburukkan imej jururawat di negara.

Presiden MMA, Datuk Dr N K S Tharmaseelan berkata, iklan tersebut secara tidak langsung memberi tanggapan tidak baik terhadap industri perubatan kepada penumpang yang menaiki kapal terbang tersebut.

"Iklan itu seperti membuat tuduhan tidak benar dan bersikap angkuh. Ia membuktikan bahawa perbuatan kurang peka terhadap sesuatu isu yang boleh menyebabkan kebencian.



"Malah ia juga dilihat merendahkan sesuatu profesion dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Iklan yang tertulis "You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses atau “anda mahu ibu kerana anda berada di hospital bersama jururawat yang teruk” adalah iklan syarikat insurans Tune yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada penumpang AirAsia.

Ia dipaparkan pada setiap bahagian belakang tempat duduk penumpang dalam kapal terbang AirAsia.

Katanya, iklan tersebut juga menunjukkan kurangnya pemahaman mengenai peranan jururawat apabila mereka sedaya upaya memberi usaha terbaik menjaga pesakit siang atau malam.

Menurut Tharmaseelan, apa yang membimbangkan apabila AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa dengan penumpang dan laluannya meliputi serata dunia akan memberi gambaran bahawa jururawat di Malaysia adalah teruk.

"Adalah tidak adil apabila AirAsia meluluskan iklan tersebut. Mereka sepatutnya lebih peka dan tidak menerima sebarang iklan secara membuta tuli yang ditawarkan agensi tanpa memahami terlebih dahulu," katanya.

Justeru, katanya MMA menggesa agar syarikat penerbangan itu segera bertindak menurunkan iklan tersebut dan turut meminta maaf secara terbuka kepada semua jururawat di negara ini.

"Saya berharap AirAsia akan menarik kembali iklan itu dan mereka juga perlu meminta maaf kepada jururawat di Malaysia atas perbuatan mereka," katanya. – 26 Februari, 2014.

(MAS RUGI TONY TERKEJUT, AIR ASIA RUGI?)AirAsia X rugi sebelum cukai RM212.98j tahun 2013


KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM212.98 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2013, berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM38.01 juta pada tahun kewangan 2012.

Perolehan bagaimanapun naik kepada RM2.31 bilion daripada RM1.97 bilion. Bagi suku keempat, syarikat penerbangan jarak jauh sekutu syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Group itu mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM170.39 juta berdasarkan  RM679.59 juta perolehan.  

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat menjelaskan bahawa kerugian sebelum cukai itu disebabkan oleh perbelanjaan operasi lebih tinggi berjumlah RM2.3 bilion pada tahun kewangan 2013, naik 19.3 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala perolehan yang lebih kukuh disebabkan sumbangan lebih tinggi daripada jualan tempat duduk penumpang bagi penerbangan berjadual yang meningkat 16.4 peratus.

Antara sumbangan kepada kerugian itu ialah peningkatan kos kakitangan sebanyak 29.9 peratus kepada RM234.4 juta; susut nilai hartanah dan peralatan yang meningkat sebanyak 29.8 peratus kepada RM139.0 juta; serta perbelanjaan bahan api pesawat yang naik 18.7 peratus kepada RM1.1 bilion.

Bagaimanapun, kedudukan syarikat di rantau Asia Pasifik yang diunjurkan kukuh, akan membolehkan AirAsia X mendapat faedah daripada pertumbuhan ini dan terus menjadi pasaran yang menarik bagi laluan perjalanan jarak jauhnya.

"Sekiranya tiada halangan, syarikat menjangka prospek akan kekal positif," katanya.

Tuesday, February 25, 2014

Hidung Artis RM50,000


Kuala Lumpur: Tuntutan kerjaya yang mahukan selebriti sentiasa berwajah cantik walaupun usia semakin meningkat membuatkan kebanyakan daripada mereka berbelanja besar untuk mencantikkan wajah.

Tidak hairanlah ada yang sanggup membelanjakan sehingga lebih RM50,000 untuk mendapatkan hidung yang lebih cantik apabila hidung asal ‘rosak’ kerana tercedera atau mengalami masalah kesihatan.

Temu bual Harian Metro dengan beberapa selebriti yang memang menampakkan perubahan wajah yang ketara berbanding sebelum ini mendapati memang mereka berbelanja besar untuk kelihatan terus cantik, malah lebih menarik atau tampan daripada ketika usia muda.

Penyanyi, Winnie Kok atau Winnie K mengaku terpaksa melakukan pembedahan hidung di Korea dengan kos lebih RM50,000.

Bagaimanapun, katanya, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas hidungnya senget teruk akibat jatuh ketika membuat persembahan di pentas dua tahun lalu.

Khalid Ibrahim persoal kajian Umcedel Anwar jadi MB


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoal kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berhubung kajian mereka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih dikehendaki sebagai ke jawatan tersebut.

Khalid berkata hasil kajian tersebut tidak menggambarkan keinginan rakyat Selangor secara keseluruhannya dan bersifat akademik Universiti Malaysia (UM) semata-mata, lapor Berita Harian hari ini.

"Saya ingat, tidak boleh guna maklumat itu (hasil kajian UMCEDEL) untuk putar belit keinginan rakyat.

"Apabila ditanya, ada rakyat beri jawapan dan ada yang tidak beri jawapan, itu hanya status akademik UM," katanya seperti dilapor akhbar itu.


Pada 20 Februari lalu, Pengarah Umcedel Prof Datuk Mohammad Redzuan mengulas kajian pusat itu yang menunjukkan pengundi DUN Kajang menyambut baik pencalonan Anwar sekali gus memberi laluan kepada ketua pembangkang menjadi menteri besar Selangor.

Dalam laporan itu juga, Khalid berkata isu penggundurannya tidak perlu dibangkitkan lagi, kerana memberi fokus kepada pilihan raya kecil DUN Kajang terlebih dahulu.

"Dalam Pakatan dan PKR, kita mesti selesai pilihan raya Kajang dulu. Lepas itu kalau adda apa-apa hendak dibincangkan, kita akan bincang. Survey atau tidak itu adalah kajian yang dibuat.

"Dari segi perbincangan Pakatan (mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor) yang baru, ia akan dibincangkan (kalau perlu) lepas PRK Kajang,"katanya.

(TERKINI) Anggota tentera yang hilang di hutan Lata Belatan dijumpai selamat


JERTIH: Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, anggota tentera dari Batalion 18 RAMD Kem Seri Pantai, Kuala Terengganu yang hilang Rabu minggu lalu ketika menjalani latihan di hutan Lata Belatan di sini, dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi.

Nik Azizi ditemui berada dalam lubang kira-kira 200 meter dari tapak perkhemahan di Air Terjun Lata Belatan, jam 10 malam oleh pasukan penyelamat.

Sebaik ditemui, Nik Azizi dikejarkan ke Hospital Besut dengan landrover tentera.

Beliau ditemui lengkap dengan pakaian celoreng tentera bersama senjata dalam keadaan lemah.

Penemuan askar itu disahkan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria.

Bapanya, Mohd Nor Mis, berkata, anaknya ditemui sejurus solat hajat diadakan di Surau Lata Belatan malam tadi.

(Anuwar 'Pemimpin Dunia' MENGIGIL) Takut Cabaran DEBAT Zaid


Kuala Lumpur: Calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim, menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima cabarannya berdebat, bagi membolehkan agenda pakatan pembangkang di Selangor, dinilai oleh rakyat.

Zaid yang juga bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), berkata setakat ini cabaran debat itu belum disahut Anwar, yang dianggapnya tidak berani berdepan, kecuali menggunakan media sosial untuk menghentam beliau.

Kalau dia (Anwar) takut (berdebat), tidak bolehlah jadi pemimpin dunia. Saya bukan buat kenyataan gimik, debat ini untuk beri peluang kepada rakyat Selangor mendapat penjelasan.

“Kenapa dia nak bertanding di Kajang? Kenapa Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mahu ditukar? Kenapa tiada perbincangan dengan PAS selaku rakan pembangkang. Banyak isu boleh dibahaskan?

“Perdebatan ini bukan nak tunjuk saya hebat, sebab dia (Anwar) memang hebat, suka cakap pusing-pusing, gambarkan saya tidak boleh dipercayai. Saya bersikap terbuka dan menunggu keputusannya (terima cabaran debat),” katanya.

Mengulas kenyataan Anwar bahawa cabaran utama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah calon Barisan Nasional (BN), Zaid berkata perkara itu bukan ditentukan Anwar.

Monday, February 24, 2014

[SOLAT HAJAT ISU SAMAN Hj. HADI] Akhirnya PAS Akui PKR Musuh?



Hari ini, FB Dewan Ulama PAS Pusat telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera Dewan Ulamak PAS dan seluruh ahli PAS agar mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah supaya Presiden PAS diselamatkan daripada segala bentuk kejahatan musuh.

Isunya ialah siapakah musuh PAS dalam kes Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintah membayar ganti rugi RM2 juta kepada Ketua Angkatan Muda PKR Mohd Shamsul Mat Amin - yang menjadi calon PKR DUN Bukit Besi pada pilihan raya umum lalu - berhubung kes saman fitnah?

Siapakah yang menyaman Haji Hadi? Jika berdasarkan kes ini maka tidak lain dan tidak bukan, musuh yang dimaksudkan itu sudah semestinya merujuk kepada Ketua Angkatan Muda PKR.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu.

Mohd Shamsul (plaintif) memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Abdul Hadi (defenden) di Kampung Tebakang, Alor Limbat pada pilihan raya umum itu.

Isu yang kedua ialah adakah Haji Hadi bersalah dalam kes ini? Jika Haji Hadi yang bersalah maka solat hajat agar Allah menyelamatkan beliau daripada musuh sudah tidak relevan dan tidak sesuai.

Jika Haji Hadi bersalah, solat hajat dan doa kepada Allah sepatutnya bertujuan agar Allah membuka pintu hati Haji Hadi supaya bertaubat dan memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Apapun, pengajarannya disini ialah PAS sudah semakin mengenali siapa musuh mereka yang sebenar. Teman tidur sebantal mereka yang mereka cintai selama ini hanyalah cinta palsu yang hanya berpaksikan nafsu dunia untuk mendapatkan kuasa memerintah di dunia yang sementara.

Semoga PAS terus sedar dan insaf serta kembali kepada kebenaran yang sebenar.


(Kem. Pengangkutan) MCA Jangan Gopoh Gapah Nak Isi - Hishammuddin


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) berkata MCA perlu berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak mengenai keputusan parti itu untuk menerima semula jawatan kerajaan di semua peringkat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun berkata, MCA tidak perlu tergopoh-gopoh hendak mengisi jawatan dalam kerajaan.

"Dalam perkara itu, kita sesama Barisan Nasional (BN) tidak menjadi masalah. Saya serahkan kepada MCA untuk menentukan dan membincangkannya dengan perdana
menteri.

"Itu memang keputusan dan tanggungjawab pucuk pimpinan, tetapi saya tahu dan saya sempat berbincang dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai lebih awal lagi," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

Hishammuddin ditemui selepas melancarkan National Blue Ocean Strategy Jabatan Latihan Khidmat Negara di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin.

Mesyuarat agung luar biasa MCA semalam meluluskan resolusi untuk menerima semula jawatan kerajaan di semua peringkat, yang membuka laluan bagi parti itu kembali ke kabinet.

Hishammuddin berkata beliau turut merasa lega untuk 'melepaskan' portfolio Kementerian Pengangkutan yang dipegangnya sejak beberapa bulan lepas.

"Sekurang-kurangnya dalam beberapa bulan saya memimpin apa juga keputusan, kita telah pun meninstitusikan beberapa kaedah yang perlu kita lihat.

"Seperti trajedi bas jatuh gaung di Genting Highlands, jalan penyelesaian untuk kamera AES, jalan penyelesaian untuk memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 siap dan Jabatan Pengangkutan Jalan dengan semangat barunya.

"Jadi, banyak telah kita lakukan di Kementerian Pengangkutan dan banyak lagi yang perlu dilihat dari segi dasar udara dan maritim," katanya. – Bernama, 24 Februari, 2014.

[MUSIM ARTIS CERAI?] Lepas Erra, Liza Abdullah & Suami Cerai Talak Satu

Liza Abdullah bersama salah seorang anaknya.

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.

Suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.

Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.

Suasana pilu apabila ahli keluarga berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.

Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.

Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.


Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.

"Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah," katanya.

Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Liza itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an.

Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

(Pas vs. PKR) Mahkamah Putuskan Presiden Pas diperintah bayar RM2 juta


KUALA TERENGGANU 23 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.

"Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.

"Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.

"Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman," katanya ketika ditemui.

Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Annuar Musa: TMJ Layak Lawan jawatan No.1 FAM penggal 2014-2018


PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengharapkan akan ada individu yang berani tampil menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2014- 2018.

Menurutnya, kini sudah tiba masanya perubahan dilakukan berdasarkan perkembangan sukan bola sepak semasa selain beberapa perubahan ke arah kebaikan perlu dilakukan.

“Keterbukaan FAM sebenarnya dari segi status dari dulu lagi, jawatan ini dulu dipertandingkan (terbuka) namun, ia masalah kita sendiri untuk bertanding kerana tidak berani dan bimbang orang berkata di belakang.

“Untuk kali ini saya harap perlu ada keberanian supaya individu berkenaan tampil bertanding, tak memadai dengan kita mengeluh.

“Presiden FAM sedia ada, Sultan Ahmad Shah tidak boleh dipersalahkan kerana ahli-ahli gabungan yang memilih baginda menduduki kerusi tersebut. Tuanku telah lakukan apa yang termampu, jasa dan bakti presiden sememangnya tidak dapat dinafikan dari dulu hingga kini.

“Cuma kita perlu ada perubahan dari semasa ke semasa khususnya perubahan ke arah pembangunan bola sepak agar berada di kedudukan yang lebih tinggi dari sekarang,” katanya.

Ramai Yang Layak Pegang Jawatan Presiden FAM

Ditanya siapakah individu yang paling sesuai untuk jawatan tersebut, Annuar menjelaskan ramai presiden persatuan bola sepak negeri yang berkemampuan mengalas jawatan berkenaan.

“Jika dilihat pada keadaan semasa Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara yang berpotensi dan menunjukkan komitmen tanpa berbelah bahagi.

“Selain itu, presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur juga tidak terkecuali turut sama berpotensi namun,  seperti yang saya katakan tadi perlu ada keberanian untuk bertanding.

“Melihat kepada bantuan dan sokongan serta kemudahan yang ada, kita tidak sepatutnya berada di kedudukan 160 dunia. Dahulu masa saya menjadi Menteri Belia dan Sukan kita menduduki tangga 78 dan paling teruk pun 100.

“Namun, semua ini perlulah masa panjang dan bukanlah tugas yang mudah jadi kita perlukan aspirasi ke arah kecemerlangan sukan bola sepak,” katanya.

Kelmarin,  Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM memutuskan mengadakan kongres 25 Mei depan bagi pemilihan kepimpinan tertinggi FAM bagi penggal 2014 hingga 2018.

Ini termasuklah jawatan kerusi presiden, dua kerusi timbalan presiden, empat kerusi naib presiden serta 10 kerusi Exco termasuk dua kerusi baharu yang diperuntukkan untuk calon wanita.

Namun, mesyuarat juga memutuskan mereka yang sedang menjalani penggantungan oleh badan induk tidak layak bertanding, seterusnya menutup hasrat Annuar untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden II yang disandangkan kerana masih menjalani penggantungan.

Ridhuan Tee: Usah berpolitik di rumah ibadat bukan Islam


LUAR biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam.

Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka. Kini, tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!

Saya tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada orang tua.

Tetapi jika masuk sekadar suka-suka atau mendapat mileage politik, pada saya, ia perlu difikirkan. Kenapa sebelum ini tidak pernah lakukan? Adakah pemahaman kita dahulu terhadap Islam tidak seliberal hari ini?

Ingat! Jangan terlalu bersangka baik, sedangkan orang lain sebaliknya. Minggu lalu, rakan Kristian saya beritahu keadaan sebuah gereja di Jalan Kelang Lama. Seorang pastor India dari Singapura dijemput menyampaikan syarahan, bermula jam 7.30 – 11.30 pagi, yang dihadiri lebih 1,000 orang Cina Kristian.

Syarahan itu penuh dengan emosi dan memutar-belitkan sejarah Tanah Melayu. Beliau menceritakan bagaimana orang Cina disembelih di Singapura ketika kependudukan Jepun.

Pastor tersebut menambah, perkara sebegini tidak mustahil berlaku kepada orang Cina di Malaysia tidak lama lagi. Pastor itu merujuk kepada penyembelihan yang akan dilakukan oleh orang Melayu terhadap orang Cina.

Peliknya bagaimana pastor tersebut boleh memberi syarahan sedemikian rupa di sini, sedangkan beliau adalah warga Singapura? Sejarah kependudukan Jepun di Tanah Melayu, termasuk Singapura, perlu difahami secara mendalam, bukan dengan emosi dan kecetekan ilmu.

Negara Jepun–China mempunyai sejarah permusuhan yang panjang sehingga ke hari ini. Kedua negara ini pernah berperang dan saling berdendam. Kesempatan menduduki Tanah Melayu (1941-1945) telah dipergunakan oleh Jepun sepenuhnya untuk membalas dendam terhadap orang Cina. Kebetulan mangsanya adalah Cina yang berada di Tanah Melayu.

Bagi menyelamatkan diri, orang Cina lari ke hutan dan menyertai parti komunis (MPAJA atau Bintang 3). Jepun terus memburu Cina. Orang Cina bertindak balas dan Jepun semakin marah.

Sebab itu, dari dahulu saya katakan, sejarah membuktikan, perjuangan komunis MPAJA bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Tetapi membalas dendam terhadap Jepun.

Sejarah ini cuba diputar-belitkan dengan segelintir Cina yang mengatakan, MPAJA adalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan tugu peringatan MPAJA telah didirikan di Taman Peringatan Nilai. Malangnya, pihak berkuasa tidak berbuat apa-apa walaupun ramai pakar sejarah telah bersuara.

Kenyataan paderi tersebut sekali lagi bercanggah dengan fakta sejarah. Pihak Imigresen mesti bertindak terhadap orang sebegini, kerana mengancam keselamatan negara.

Berdasarkan pengalaman berceramah di Singapura, kita tidak dibenarkan sama sekali menyentuh isu-isu sensitif, sekalipun fakta itu benar. Misalnya, kekejaman Amerika-Israel, Yahudi, sejarah Singapura-Tanah Melayu dan kedudukan orang Melayu di sana.  Persoalannya, kenapa kita boleh biarkan orang luar berceramah tanpa garis panduan?

Saya yakin bukan Melayu di sini mendapat pembelaan walau tidak sepenuhnya, berbanding Singapura. Kira berapa banyak bilangan rumah ibadat berbanding dengan penganutnya, sehingga menenggelamkan penganut agama majoriti. Kadangkala dalam lingkungan satu kilometer, terdapat hampir 10 rumah ibadat. Bagaimana dengan Singapura?

Justeru, saya memohon kepada sesiapapun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik.

Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti.

OLEH: RIDHUAN TEE ABDULLAH
Tarikh: February 24, 2014

Penerima BR1M maut ditikam Penyamun


Seremban: Seorang anak tidak menyangka apa-apa apabila bapanya terdiam ketika dia secara berseloroh meminta sedikit wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pagi kelmarin.

Muhamad Azri Aris, 21, berkata perwatakan bapanya, Aris Sulaiman, 64, yang mati ditikam dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin di sini malam kelmarin, lazimnya suka bergurau.

Bagaimanapun, katanya, arwah berubah menjadi pendiam sejak beberapa hari lalu, termasuk ketika beliau bergurau meminta RM100 daripada RM650 wang BR1M yang dimasukkan ke dalam akaun bapanya, kelmarin.

Anak bongsu empat beradik yang bertugas sebagai Polis Bantuan di Bangi, Selangor itu berkata, ibunya, Rusinah Hasim, 54, dihubungi pemilik stesen minyak jam 9 malam dan memaklumkan berlaku krisis serta meminta mereka datang segera.

Kebetulan saya berada di rumah keluarga di Taman Seri Kasih kerana bercuti dan segera membawa ibu ke stesen minyak.

Sebaik tiba, saya lihat anggota polis dan orang ramai berkerumun.

Saya tidak sedap hati lalu bertanya seorang anggota polis di situ dan sangkaan saya ada sesuatu yang tidak baik berlaku tepat apabila majikan ayah menceritakan kejadian itu, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

Tikaman kena jantung

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, mangsa yang berada seorang diri di stesen minyak ditemui mati di kaunter bayaran dengan tiga kesan tikaman di dada, termasuk satu mengenai jantung.

Penjenayah yang dipercayai memakai topi keledar penutup penuh dan jaket, memasuki kedai serbaneka stesen minyak itu dan berpura-pura mahu membayar air kotak diambilnya.

Bagaimanapun, suspek mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa sebelum melarikan wang tunai RM1,500 dari mesin juruwang.

Anak sulung mangsa, Rohaizat, 33, nekad tidak akan memaafkan perbuatan penjenayah yang membunuh bapanya.

Sesiapa pun yang berada di tempat saya akan berbuat demikian, katanya yang mengetahui kejadian itu jam 10 malam.

(TIDAK JEJAS KERUSI DUN) Penggantungan Adun Bukit Naning urusan dalam Umno


SHAH ALAM – Tindakan Umno menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib tidak boleh menjejaskan statusnya sebagai Adun Bukit Naning meskipun beliau dikatakan terlibat dengan politik wang pada pemilihan parti itu, November tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keanggotaan Adun Naning tersebut adalah urusan dalaman parti dan ia tidak akan memberi kesan kepada statusnya sebagai wakil rakyat.

“Selagi beliau (Saipolbahri) tidak dikenakan tindakan mahkamah sama ada denda RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, status beliau sebagai Adun Naning itu tidak terjejas.

“Malah jawatan itu kekal selagi mana beliau tidak meletakkan jawatannya dan kerusi Naning itu tidak diisytiharkan kosong oleh Speaker Dun Johor,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng pada minggu lalu yang mendesak Adun Bukit Naning itu meletak jawatan selepas digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November lalu.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan membawa perkara tersebut kepada pihak berwajib.

“Anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad lalu.

Pada 10 Februari lalu, laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Johor mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti November tahun lepas.

Penggantungan keanggotaan Saipolbahri disahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Mohd Jais Sarday.

Empat lain yang turut digantung keanggotaan adalah Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon.

Sunday, February 23, 2014

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara - KP


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

"Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Khair berkata, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS, KPM mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya supaya dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.

Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS.

“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat KPM.

“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih mudah dan berkesan.

“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya,” katanya.

Guru Berhimpun Bantah Sistem PBS


BANGI: Sekumpulan guru berhimpun bagi membantah sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana kebanyakan di antara mereka menyatakan rasa tidak takut dengan kesan yang bakal diterima selepas menyertai bantahan tersebut.

Dua ketua yang membantah sistem tersebut telah dihukum baru-baru ini kerana menyertai program yang dianjurkan Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM).

Ketua Jawatankuasa Kerja SGMM, Mohd Nor Izzat Mohd Johari mendakwa dia telah menerima arahan untuk berpindah ke sebuah sekolah yang terletak 80km daripada tempatnya mengajar ketika ini.

Manakala seorang guru bahasa Inggeris, Razak Badri mendakwa dia telah dipecat menerusi satu surat yang dihantar kepadanya bertarikh 6 Februari lalu.

Ketiadaan saluran untuk menyuarakan suara mereka bagi membantah sistem yang dianggap kontroversi itu, seorang guru muncul pada Sabtu menyifatkan situasinya sebagai 'berada di penghujung jalan'.

Mohd Nor Izzat berkata, beliau sudah penat mencari jalan untuk mengadu mengenai sistem PBS sebelum memutuskan untuk bersemuka dengan Kementerian Pendidikan secara terbuka.

"Bukan kita tidak cuba untuk bertemu dengan kementerian, aduan telah difailkan menerusi sistem aplikasi PBS secara online dan kami telah bertemu dengan (Menteri Pendidikan II) Datuk Seri Idris Jusoh tetapi mereka enggan mendengar keluhan kami," katanya.

Pada Jumaat, Mohd Nor Izzat, seorang guru Seni dari Pahang, menerima notis perpindahan berkuatkuasa serta-merta.

"Kami telah menunggu selama tiga tahun sejak PBS pertama kali dilaksanakan. Namun (masalah lain) sistem aplikasi PBS secara online masih beroperasi pada kelajuan yang amat perlahan," katanya.

Sistem PBS diperkenalkan di sekolah rendah bermula dengan murid-murid Tahun Satu pada 2011 dan di peringkat menengah dengan pelajar Tingkatan Satu pada 2012.

Beliau berkata walaupun guru mengeluh kerana terpaksa menyediakan banyak data 'bukti' hasil pembelajaran pelajar mereka selain memasukkan ke dalam sistem PBS, kementerian hanya berjanji akan mengurangkan bilangan data bukti yang dikehendaki.

"NUTP tidak melakukan apa-apa untuk memperjuangkan guru-guru yang dibebani sistem PBS. Bagaimana mereka mendakwa bahawa kami adalah kumpulan yang tidak diiktiraf apabila kami telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat dengan kementerian pada tahun lepas," katanya.

Bantahan itu berakhir dengan resolusi untuk mendesak pemansuhan sistem PBS dengan menggariskan lima perkara utama dalam memorandum tersebut yang digelar sebagai 'Deklarasi Bangi' yang ingin diserahkan kepada kementerian dan Parlimen.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com