innity

pages

Friday, January 31, 2014

Pukul isteri dengan kapak


Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.

Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.

Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya.

Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya.

"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang.

"Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini.

Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya.

"Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri.

"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya.

Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan.

"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan.

"Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri.

"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya.

Dun Kajang: MCA letak Chong Wei?

KUALA LUMPUR - MCA telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Selangor, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata senarai calon itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional(BN) dalam masa terdekat bagi membuat keputusan calon mana yang layak bertanding di kawasan itu.

"Pilihan raya kecil di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN. Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi Dun ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis  rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu sini hari ini.

Pilihan raya kecil bakal diadakan berikutan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh dari PKR mengosongkan kerusi itu Isnin lepas.

Rentetan daripada peletakan jawatan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan.

Mengenai cadangan meletakkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Tiong Lai enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu walaupun menyifatkan terdapat kemungkinan populariti atlet itu dapat menandingi populariti Anwar.

Semalam, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui pemberita berkata Tiong Lai perlu bertegas untuk meletakkan calon MCA bagi bertanding di kerusi Dun itu kerana ia merupakan kerusi tradisi MCA.

Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan untuk memenangi kerusi Dun itu adalah cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA.

"Ada harapan (untuk  menang), jika kita lihat kepada majoriti undi pada pilihan raya umum lepas, ia hanya 6,000 lebih sahaja, dan dengan transformasi dilakukan oleh MCA, kedudukan (MCA) adalah lebih baik," katanya.

Dalam pada itu, Heng berkata jentera pilihan raya kecil Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita diletakkan sebagai calon MCA pada pilihan raya kecil itu.

[VIDEO][DUN Kajang] Rafizi CABAR Pengundi TOLAK Calon PKR Jika Tak Puas Hati


Ahli parlimen Pandan, Saudara Rafizi Ramli memohon maaf bagi pihak Parti keadilan Rakyat(PKR) dan Pakatan Rakyat kerana melukakan hati rakyat khususnya di Kajang.

Namun beliau menegaskan bahawa tindakan ini adalah sebagai tanggungjawab yang harus dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor demi kebaikkan semua.

Beliau mencabar pengundi DUN Kajang, jika tindakan ini dianggap sebagai permainan politik PKR, maka tolak lah permainan kami ini nanti ketika pilihanraya kecil Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi.

Agak-agak beranikah pengundi Kajang menolak Anwar? Kenapa perlu takut.

[BUBAR DUN LAGI BAGUS] Sultan berhak bubar DUN jika MB letak jawatan, kata Majlis Profesor


Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berdasarkan kuasa yang ada pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka menteri mesar akan menasihatkan Sultan.

“Kedua, dalam keadaan lain apabila menteri besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri bahawa exco bertanggungjawab terhadap DUN.

"Jika menteri besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa sultan boleh memecat exco pada bila-bila masa seperti dalam perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau turut menyentuh Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN tetapi tidak dinyatakan keadaan membolehkan baginda berbuat demikian.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita pada Isnin berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada perbincangan dilakukan oleh pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

Abdul Khalid dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal menggantikannya sebagai menteri besar, menurut satu sumber dalaman PKR.

Dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu lalu, Abdul Khalid dikatakan bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan PR secara keseluruhannya. – 31 Januari, 2014.

Chef Wan – ‘Nasi Lemak MAS Macam Telanjang’

 
SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?

Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.
 
Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.


Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. 

This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan..The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. 

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. 

Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. 

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? 

Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? 

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? 

Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita … janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga…

Oleh: ELZA ..MyNewsHub.my

[ANWAR MAHARAJA LEBONG] Pas Jadi LEBAI MALANG


DATUK Seri Anwar Ibrahim dan PKR ternyata berjaya mencetuskan tembok perbezaan dalam kalangan pemimpin Pas.

Tidak mengambil kira contoh-contoh terdahulu yang banyak, kontroversi peletakan jawatan Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh yang baharu beberapa hari ini sahaja sudah cukup untuk membahagikan Pas kepada dua blok.

Blok yang berasa parti itu dikhianati oleh Anwar dan PKR diketuai Ketua Penerangan Dewan Ulama, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus; Ahli Parlimen Temerloh yang juga bekas Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan dan Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan.

Bagi kumpulan ini,  tindakan PKR yang dimulakan dengan peletakan jawatan tanpa sebab yang wajar oleh Chin Cheh dan disusuli pula dengan sidang media mengumumkan Anwar akan bertanding pada PRK kerusi Dun berkenaan tidak seharusnya berlaku.

Ia bukan sahaja berkait dengan tindakan mengetepikan Pas yang tidak diajak berbincang sebelum keputusan mengenai perkara itu dibuat.

Malahan ini dianggap penghinaan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju Khalid dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor selepas PRU13.

Khairuddin menuntut kerusi MB dikembalikan kepada Pas yang lebih berhak.

Selain itu, perbuatan mengosongkan kerusi tanpa sebab yang munasabah sekali gus memerlukan suatu pilihan raya kecil diadakan dengan kos jutaan ringgit jelas adalah pembaziran wang rakyat, apa yang sering dijadikan modal oleh PR untuk menyerang Kerajaan BN.

Semua itu dilakukan dengan hanya satu kepentingan iaitu untuk mendudukkan Anwar di kerusi Menteri Besar Selangor selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dirasmikan sebagai korban politik.

Ya, Anwar malah Khalid sendiri menafikan.


Tetapi apa lagi yang boleh diharapkan pada penafian Anwar kerana sehari sebelum Khalid mengumumkan Penasihat PKR itu diputuskan sebagai calon PRK Dun Kajang, Anwar sendiri menafikan beliau akan bertanding pada pilihan raya itu.

Itu belum lagi dikira sekian banyak dustanya sebelum ini daripada cerita arsenik, 16 September, 40 ribu pengundi warga Bangladesh dan bermacam-macam lagi.

Apa yang berulang-ulang pun kemudian dinafikan, inikan pula yang tidak sampai pun 24 jam!

Ironinya, Pas sudah terbahagi dua. Pada hari sidang media pengumuman Anwar sebagai calon itu pun, dua Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa mengatakan mereka tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu sedangkan sidang media tersebut dihadiri oleh seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Tergesa-gesa

Ini jelas menunjukkan bahawa tiadanya kesepakatan dalam suatu gabungan yang dinamakan Pakatan!

Dan lagi, senario ini menunjukkan keputusan dan tindakan yang diambil berhubung pengosongan kerusi Dun Kajang, juga Anwar sebagai calon PRK dibuat dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa.

Kita cenderung untuk percaya keputusan itu dibuat dalam dua atau tiga perbincangan yang berbeza yang kedua-duanya juga melibatkan empat mata secara berasingan, Anwar dengan Azmin Ali dan satu lagi, Anwar dengan Khalid.

Isunya adalah untuk menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar Selangor yang yang selama beliau berada di situ sejak lima tahun lalu, bermacam-macam konflik melibatkan beliau dengan kem Azmin telah dilaporkan secara terbuka.

Ini antara lain dikaitkan dengan stail pengurusan korporat Khalid yang dikatakan cukup teliti dengan aliran keluar masuk wang negeri. Selain itu, pentadbirannya juga dikatakan kurang mesra dengan kontraktor daripada kalangan penyokong parti yang dikatakan mengharap habuan daripada kuasa pemerintahaan Kerajaan Pakatan untuk mendapat projek.

Manakala di pihak yang menentang pula, Khalid didakwa membawa masalah kepada PKR dan juga Pakatan kerana sering membuat keputusan sendiri dengan tidak merujuk kepada konsensus parti dalam pentadbirannya termasuk dalam isu projek Langat 2.

Meneropong ke dalam rumah tangga PKR, Khalid dikatakan proksi Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Selangor.

Itulah sebab Faekah Hussin, bekas Setiausaha Politik Wan Azizah dihantar untuk menjadi Setiausaha Politik Khalid sebelum dilantik ke jawatannya sekarang.  Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Incorp).

Ini sekali gus memperlihatkan bahawa konflik Khalid dengan Azmin, juga boleh dianggap konflik Azmin dengan Wan Azizah.

Maka, itulah juga dikatakan puncanya Anwar terpaksa campur tangan secara langsung hingga menurunkan darjat keinginannya daripada menjadi Perdana Menteri hanya kepada Menteri Besar Selangor meskipun ada yang memperolok-olokkan penyertaannya dalam PKR Dun Kajang disebabkan gaji Menteri Besar Selangor lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Anwar bersungguh-sungguh mahu jadi MB Selangor ataupun ini hanya helah untuk menurunkan Khalid?

Anak jati

Meskipun tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bahawa jawatan menteri besar hanya untuk anak jati negeri itu namun seperti juga negeri beraja yang lain, pelantikan menteri besar adalah bawah bidang kuasa Sultan Selangor, sekurang-kurangnya perlu mendapat perkenan baginda dan baginda juga mempunyai budi bicara untuk melantik mana-mana Adun yang diyakini mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini selaras dengan Perkara 53 dan Perkara 55 (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dalam kata lain, keputusan muktamad untuk melantik menteri besar adalah pada Sultan Selangor dan kecenderungan baginda difahamkan adalah pada anak Selangor.

Anwar bukan anak Selangor walaupun sudah menukar alamatnya ke Country Heights, Kajang.
Dengan ini, kita boleh menjangka bahawa sekalipun Anwar menang kerusi Dun Kajang pada PRK ini, beliau belum pasti akan mendapat laluan mudah untuk ke Bukit Megawati. Sebagai ahli politik berpengalaman malah pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, apakah Anwar tidak boleh membaca sifir pentadbiran yang semudah ini?

Mungkin tidak!

Justeru bagi pemerhati, inilah apa yang disifatkan sebagai strategi atau taktik politik yang disebut Azmin tempoh hari.

Sebagaimana yang difahamkan bahawa Khalid bersetuju untuk undur dari kerusi menteri besar hanya jika bukan Azmin yang dinamakan sebagai penggantinya, Anwar adalah orang yang paling tepat untuk diletak bagi tujuan pengaburan sementara itu.

Dan apabila berlaku konflik pelantikan dengan pihak istana sebagaimana yang djangka, Azmin akan dinamakan sebagai pilihan kedua.

Apa mungkin impian Azmin akan mampu dicapai dengan strategi ini?

Dalam keadaan ini, pemerhati melihat Pas tidak akan kehilangan peluang jika pemimpinnya bersikap lebih tegas.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi.

Sehubungan itu, langkah Pas Selangor menamakan calonnya bagi jawatan menteri besar jika berlaku kekosongan (konflik) dilihat sebagai tindakan yang tepat sekali gus menunjukkan keraguan mereka bahawa isu itu akan berakhir tenang selepas PRK ini.

Pas Selangor menamakan pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad yang juga anggota Exco sebagai calon utama selain dua lagi calon, Mohd Yunus Hairi dan Adun Paya Jaras yang juga Setiausaha Perhubungan, Khairuddin Othman.

Namun perkembangan terkini yang ditunjukkan menerusi kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali bahawa perbuatan mempertikaikan tindakan Anwar dan PKR bukan daripada Pas Pusat dan hanya keputusan pucuk pimpinan tertinggi bersama Majlis Pimpinan PR yang sah lagi rasmi, dilihat sebagai tindakan menolak pandangan akar umbi terutama pimpinan Pas Selangor sendiri.

Apakah Pas akan menolak peluang yang terbuka luas ini sekali lagi sedangkan parti itu adalah  yang paling stabil dalam Pakatan, termasuk di Selangor.

Iskandar juga antara  anggota Exco yang paling senior  dan dihormati dalam pentadbiran negeri.

Thursday, January 30, 2014

[Bangi][ZALIM] Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa

SUSPEK yang cedera dibawa ke hospital.

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.
  
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.
  
"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
   
Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.
  
Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.
  
"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.
  
Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.
  
Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.
  
Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.
  
"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.
  
Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.
  
Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental.

[DUN Kajang][FITNAH] Akaun Twitter PALSU Datuk Seri Najib Kata BN Tidak Hantar Calon

Gambar twitter Najib Razak diedit oleh puak puak tidak bermoral ini. Hentikanlah fitnah ini Pakatan Rakyat.

(DUN Kajang) 2 Calon BEBAS Sahkan Tanding


Seorang lagi tampil mencalonkan diri sebagai calon bebas bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ramlan Abu Bakar (kanan), presiden NGO dikenali Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah melihat “konspirasi politik” Anwar menyusahkan rakyat, lapor
Sinar Harian.

Beliau berpendapat, Anwar mempunyai agenda politik kotor dan secara halus ingin merampas jawatan menteri besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya reformis akan mencabarnya habis-habisan dalam pilihan raya nanti dan ini lah platform terbaik kepada reformis untuk mendedahkan kelemahan Anwar dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor," beliau dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, turut menyatakan hasrat bertanding calon bebas Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada peguam Anwar, Sankara Nair dan sebuah parti baru NewGen.

Berkuatkuasa 28 Ogos 2013 yang lalu Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan 20 parti politik baru. Daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).

Empat parti politik baharu di Semenanjung ialah Parti Keadilan India Malaysia (MIJP), Parti Generasi Baru (Newgen Party), Parti Nasional Malaysia (MNP) dan Parti Nasional Penduduk Malaysia.

Dewan Ulama: Serah pada PAS jika MB baru

Dalam perkembangan lain, Dewan Ulama PAS pula menggesa PKR menyerahkan kerusi menteri besar Selangor kepada PAS jika benar terdapat agenda menyingkirkan Khalid.

Menurut ketua penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, tindakan PKR mempertikaikan kedudukan Khalid sama seperti mempertikaikan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

(GAMBAR)Bung Mokhtar & Zizie Ezette Jalan-Jalan Di Amsterdam, Mexico & Los Angeles


















[VIDEO TERBARU][NGERI] ANWAR TERLAMPAU, Bawah Umur Jangan TOnton



Wednesday, January 29, 2014

Raja Azmi Jawab Tuduhan Terpaksa 'Tanggung' Suami


KUALA LUMPUR: Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan jika dia menanggung perbelanjaan suaminya iaitu Mohd Eddie Ghazali.
Raja Azmi, 55, berkata, sebagai isteri dia juga bertanggungjawab dalam kehidupan berumah tangga termasuklah hal-hal berkaitan kewangan.

"Saya tidak kisah apa orang nak cakap. Yang penting saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

"Kalau saya menanggung suami sekalipun itu adalah hak dan tanggungjawab saya sebagai isteri. Pada saya sekarang, duit bukan kepentingan lagi," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran single Antara Melati nyanyian Faliant Ferdiant, di Hotel Berjaya Time Square, di sini pada Rabu.

Foto perkahwinan Raja Azmi dan Eddie.

Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan kononnya dia dikatakan menanggung suaminya yang dikahwininya pada 14 Oktober tahun lalu.

Dia juga berkata tidak pernah mengambil peduli mengenai apa pandangan masyarakat tentang kehidupan rumah tangganya.

"Dulu perkahwinan pertama saya orang berkata saya habiskan duit suami, sekarang pula orang kata saya menanggung suami.

"Kalau kita kisah orang nak cakap apa, kita tidak boleh hidup bahagia," katanya.

Jelas Raja Azmi, biarpun tidak dilimpahi dengan kemewahan seperti dahulu, namun dia kini lebih bahagia untuk hidup secara sederhana.

Dalam pada itu, Raja Azmi turut menganggap dakwaan negatif seperti itu boleh menguris hati suaminya sekali gus menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka.

Raja Azmi pernah berkahwin dengan jurulatih badminton negara Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 29, Puteri Suaida, 25, dan Megat Deli, 20.

[DUN Kajang] Mat Sabu BERKUASA PENUH, Pejuang & Pengikut PAS serta Nasruddin Tantawi Hanya BALACI?

Mohamad Sabu bercakap kepada media selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR, Kuala Lumpur. - 29 Januari, 2014.

Sebahagian besar pengikut akar umbi PAS meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan meletak Anwar di Kajang, malah Pemuda PAS Selangor juga mengancam untuk memboikot pilihan raya tersebut.

"Boleh ambil pandangan peribadi tapi keputusan parti yang diambil kira," kata Mohamad dalam sidang media bersama Anwar di ibu pejabat PKR petang ini.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu juga menolak kenyataan mengatakan jawatan menteri besar bukan eksklusif.

"PAS tak kata, saya sini. Itu pandangan peribadi, bebaslah," kata Mohamad apabila ditanya sama ada jawatan menteri besar eksklusif kepada PKR sahaja.

Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan hari ini juga membidas tindakan PKR yang dianggapnya mempermainkan rakyat apabila mengosongkan kerusi DUN Kajang.


FB Ustaz Nasrudin Hassan
Kajang Pak Malang

1. Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main - main jerr !

2. Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

3. Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.

4. Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

5. Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan - rakan kompenan Pakatan Rakyat. Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

[INGAT JANJI INI] Azmin Kata Anwar Menang, Harga Satay Turun


Kita tunggu dan lihat, adakah janji ini merupakan siri pembohongan Pakatan Pembangkang atau gerakan memperbodohkan rakyat.

Azmin dengan beraninya menyatakan jika Anwar menang DUN Kajang, harga satay akan turun.



KAJANG - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mengandaikan bahawa sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh kemenangan di Dun Kajang bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya kerajaan Barisan Nasional (BN) juga turut akan turun daripada tampuk pemerintahan.

"Hari ini saya hendak beritahu kepada orang Umno-BN, kalau Anwar menang di Dun Kajang, bukan setakat harga satay Kajang akan turun sebaliknya BN juga akan turun," katanya  dalam majlis taklimat PKR sempena PRK Dun Kajang, di Dewan Orang Ramai Sungai Sekamat, di sini.


Semalam Anwar Sultan Melaka, HARI Ini Mungkin Pujian Azmin Angkat keTaraf KERAJAAN LANGIT



Semalam, pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu.

“Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka" kata KJ.

'Syukurlah pemimpin taraf dunia bertanding'


Hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.

"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia" katanya

Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.

Sugguhpun demikian, Anwar masih belum dapat mengatasi kehebatan Ayah Pin yang dilantik sebagai wakil Kerajaan Langit untuk memantau keadaaan dunia supaya selamat dan tiada sengketa.
Ayah Pin, Pemimpin Kerajaan Langit

Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan ajaran sesat yang dipimpin oleh seorang lelaki yang dipanggil Ayah Pin yang dikatakan memimpin Kerajaan Langit.

Pengikutnya bukan sedikit dan bukan hanya orang Melayu tetapi juga orang putih.

Pengikut ajaran itu termasuk peguam, pegawai bank, guru serta penduduk Orang Asli dari Rompin.

Diceritakan sejurus berdepan Ayah Pin yang hanya berseluar pendek dan memakai singlet putih, duduk di sebuah kerusi dalam warung terbabit sambil menghisap rokok. Semua pengikutnya akan mengangkat sembah sebanyak tiga kali sebelum melutut dan mencium tangannya.

Ayah Pin pernah menceritakan pengalamannya naik ke langit hingga aras ketujuh untuk meninjau keadaan syurga dan neraka serta mendakwa dia turut menyertai sesi mesyuarat dengan malaikat, jin dan iblis sebelum jin dan iblis kembali ke bumi, manakala malaikat kekal di langit sejurus selepas mesyuarat berkenaan tamat.

“Saya dilantik sebagai wakil kerajaan langit untuk memantau keadaan di atas dunia dan ditugaskan supaya memastikan ia selamat dan tiada sebarang sengketa sesama sendiri, baik yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

“Semua agama di muka bumi ini adalah sama. Semua pengikut hendaklah sentiasa beramal ke arah kebaikan, mencari bekalan sebelum mati agar sentiasa berada dalam keselesaan di akhirat. Hak orang jangan diganggu, jangan memfitnah orang dan carilah jalan damai sepanjang masa,” katanya.

(Gambar) Berita Serang Masjid Bayan Baru, NGO Berkumpul dan Berkawal


Malam tadi satu demo aman oleh beberapa NGO Melayu & Islam di P.Pinang diadakan di depan Masjid Bayan Baru yang membantah  banner dipasang di depan gereja dan penggunaan Kalimah Allah yang mahu digunakan Kristian .

Selain itu, mereka turut mengecam berita khabar angin menyatakan masjid  akan diserang. Ini berikutan kes gereja kristian yang dibaling dengan bom tangan beberapa hari lepas kerana memaparkan banner berbentuk provokasi bertajuk, "Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah".

Selepas itu mereka berarak beramai-ramai ke Balai Polis bagi membuat laporan berhubung dakwaan itu .

Lebih 10 NGO Pulau Pinang membuat laporan polis. Antara NGO terlibat ialah:
Persatuan Belia Merong
Persatuan  Muka Buku
Persatuan Kebajikan Insan Mulia
Perkasa
Squad Rejam
Gpms
Al Ehsan




[DUN KAJANG] Bersih 2.0 KECAM peletakan jawatan Adun PKR, PELAKON TAMBAHAN Dalam DRAMA BERSIRI ANWAR


Siapalah Ambiga Sreevanasan tanpa Anwar Ibrahim?, Apakah akan wujud Bersih 2.0 tanpa Dana Yahudi?

The 1st Steering Committee members of BERSIH 2.0 are: Dato’ Ambiga Sreenevasan (Co-Chairperson), Datuk A. Samad Said (Co-Chairperson), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdullah, Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin.

The 2nd Steering Committee members of BERSIH 2.0, from 2014-16, are: Maria Chin Abdullah (Chairperson), Dr Farouk Musa (Vice-chairperson), Masjaliza Hamzah (Treasurer), Farhana Halim, New Sin Yew (and six regional representatives to be appointed/elected soon).

BERSIH, adalah kenderaan yang dicipta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan pembiayaan dana asing dalam menaja aktiviti politik beliau, dakwa Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M) sebelum ini.

“Bersih adalah kenderaan Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihanraya yang bebas dan adil."

Menurutnya, beliau tahu berkenaan pembiayaan asing terhadap BERSIH apabila beliau telah dijemput oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah untuk ‘bercakap’ tentang penubuhan satu badan pemantau pilihan raya yang tidak dinamakan.

Beliau berkata beliau sendiri turut hadir dalam mesyuarat itu, turut dihadiri oleh Nurul Izzah, pemimpin PKR tertentu, pembantu Anwar dan dua orang warga Amerika Syarikat (AS) di Hotel Sheraton di Kuala Lumpur.

Tunku Aziz berkata beliau memahami maksud kehadiran dua orang warganegara AS yang mengetuai pelbagai yayasan yang berpangkalan di AS.

Dalam perbincangan itu, kata Tunku Aziz, dua orang warganegara AS itu telah merumuskan fungsi dan operasi badan pemantau pilihanraya tersebut.

“Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan tersebut.

Dedah Tunku Aziz, beliau telah ditawarkan kira-kira AS $ 4,000 sebulan serta lain-lain faedah dan elaun untuk jawatan tersebut.

Beliau turut diberitahu bahawa pergerakan badan pemantau itu akan mendapat pembiayaan antarabangsa.

“BERSIH bukan sebuah organisasi yang bebas politik. Ia adalah ‘bayi’ Anwar,” kata Tunku Aziz, bekas Naib Presiden DAP.

Begitulah cerita disebalik bagaimana lahirnya bayi Bersih sehingga berkembang menjadi dewasa yang jahat dan tidak kenal erti kebaikan.

Binatang yang sejak kecil diasuh oleh Anwar melakukan kerja-kerja jahat sehingga dewasa, bolehkah kita harapkan berada di barisan hadapan mengecam Anwar?

Mungkin ini juga sebahagian jalan cerita dalam skrip Drama Bersiri arahan Anwar bertajuk PEMBOHONGAN ITU SENI, PENGIKUT BODOH KEKAL SELAMANYA.
................................................................................................................
Laporan The Malaysian Insider:

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat.

Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR.

"Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya.

"Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari in.

Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah.

"Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam," kata Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Bersih berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakilinya.

"Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu."

Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat.

Awal hari ini, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil di Kajang selepas perletakan jawatan Lee semalam.

Pengkritik melihat langkah meletak Anwar sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. - 28 Januari, 2014.

Tuesday, January 28, 2014

[DUN KAJANG] Ada Kata MEMBAZIR, KHIANATI RAKYAT, Prof Agus Kata SAYA TIADA MASALAH


Ramai berkata PRK DUN Kajang tidak wajar kerana membazir wang rakyat. Ramai berkata ADUN yang meletakkan jawatan sebagai mengkhianati amanah rakyat. Ramai anak muda dan pemimpin parti pembangkang yang berkata akan memulaukan kempen PRK. Ramai yang berkata mana boleh Anwar menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak?

Dan Azmin Ali berkata, jangan menggelabah, itu adalah tindakan taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.

Maka, ada yang bertanya, apa pendapat saya?

Saya tiada masalah dengan pilihan raya kecil. Jika kerusi sudah kosong, maka adakan pilihan raya. Bagi rakyat peluang untuk berpesta demokrasi memilih wakil yang mereka anggap layak. Yang menjadi harapan saya ialah supaya pilihan raya kecil itu berjalan dengan licin, adil dan bebas.

Saya tiada masalah dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Jika beliau sudah tidak mahu berkhidmat atau merasakan ada pemimpin yang lebih baik daripada beliau, letaklah jawatan. Yang menjadi masalah kepada saya adalah sekiranya beliau melompat parti.

Saya juga tidak ada masalah jika anak muda dan pemimpin pembangkang hendak pulaukan pilihan raya kecil ini. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang menjadi masalah pada saya ialah sekiranya pilihan raya kecil tidak diadakan dalam masa 60 hari setelah ada kekosongan.

Saya tidak nampak kenapa Anwar tidak boleh menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak. Perlembagaan membenarkan. Yang perlembagaan tidak benar ialah menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak.

AKHIRNYA, saya tiada masalah jika YB Azmin kata itu adalah tindakan taktikal PKR untuk ke Putrajaya. Yang saya bimbang ialah sekiranya tindakan itu merupakan satu kesilapan teknikal.


Sumber:  FB Prof. Mohammad Agus Yusoff

(PAS MAHU KERUSI MB JIKA KHALID UNDUR) Jangan 'Sentuh' Kerusi MB - PAS Selangor

Mohd Khairuddin Othman
PETALING JAYA: PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya.

[ANWAR CALON DUN KAJANG] KJ: Jadi Sultan Melakalah Anwar, Dr. Asri: Pilihanraya Main-Main, Habiskan Duit Rakyat


Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan segera di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang dikesan terlibat menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu.



“Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka,” tulisnya.

Beliau juga merujuk tweet Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berhubung “zaman kegilaan” dengan mengulasnya sebagai: “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya.”

Sementara Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang pula menulis: Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa.”



Manakala bekas mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyelar perletakkan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

"Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti," katanya

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi "mainan" kepada parti tersebut.

"PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan," katanya.


Ustaz Ahmad Dusuki juga tidak bersetuju Adun Kajang letak jawatan. "Senang sahaja letak jawatan untuk beri laluan kepada seseorang yang lain pula" katanya.

Beliau berpendapat, tindakan itu merupakan satu cara khianat terhadap amanah rakyat yang diberi sewaktu pilihanraya sebelum ini dan juga suatu pembaziran yang tidak diwajarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com