innity

pages

Tuesday, October 28, 2014

Zuraida Tak Perlu ‘Ajar’ Mahkamah Adili Anwar – Syed Ali


Beliau berkata, kenyataan Zuraida itu disifatkan sebagai satu ancaman terhadap sistem kehakiman di negara ini.
Tambahnya, dakwaan Zuraida bahawa reformasi yang pernah berlaku pada 1998 akan berulang sekiranya Anwar tidak diadili sebagai cubaan menganggu prosiding kes tersebut bermula pada Selasa.
“Ahli Parlimen Ampang itu (Zuraida) sengaja melakukan provokasi, cuba mengganggu dan campur tangan dalam sistem perundangan serta keadilan mahkamah.
“Tidak ada sebab untuk Zuraida melahirkan rasa bimbang kerana proses pengadilan tidak ada campur tangan politik,” kata Syed Ali menerusi blognya diumnobahagiancheras.blogspot.com pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Zuraida di sebuah portal berita pada Isnin yang mahukan mahkamah berlaku adil terhadap Anwar sambil memberi amaran reformasi akan berlaku sepertimana 1998 sekiranya Anwar diperlakukan sebaliknya.
Syed Ali mendakwa, ancaman yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR itu bagaimanapun dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang menyelamatkan nyawa politik Anwar yang sudah sampai di penghujungnya.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, Anwar dan penyokongnya perlu menerima hakikat di atas kes tersebut, tidak sewajarnya mereka menolak takdir," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com