innity

pages

Wednesday, October 22, 2014

Wujud tanah rizab Melayu di Pulau Pinang - Persatuan MELAYU P.Pinang


Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan tanah rizab untuk masyarakat Melayu di negeri ini.
Presidennya Tan Sri Mohd Yussof Latiff (gambar) berkata kini tiba masanya Pulau Pinang memperuntukkan sejumlah tanah untuk tujuan itu bagi mengiktiraf penempatan masyarakat Melayu yang bertapak awal di negeri ini sebelum kedatangan Inggeris dan kedatangan Cina yang menguasai Pulau Pinang pada masa ini.
"Sudah sampai masanya kita persoalkan mengapa Pulau Pinang tiada tanah rizab seperti negeri-negeri bersultan lain sedangkan negeri ini dahulunya sebahagian dari Kedah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemenang di George Town malam ini.
Katanya buat masa ini Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan - tanah yang boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan untuk kegunaan awam.

 

Beliau berkata, cadangan itu adalah rasional kerana terdapat sekurang-sekurangnya 25 kampung di sekitar Jelutong, Tanjung Tokong, Batu Uban dan Balik Pulau diancam pembangunan sehingga menenggelamkan penempatan tradisi masyarakat asal di kawasan itu.
Mohd Yussof berharap diadakan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan dan melindungi tanah simpanan Melayu.
Dalam pada itu, beliau menjemput orang ramai menghadiri Seminar Warisan Melayu dan Islam Pulau Pinang anjuran Pemenang dengan kerjasama ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Think City Sdn Bhd, di kampus USM, pada 1 November.
Katanya sebanyak 10 kertas kerja berkaitan isu pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang akan dibentangkan dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dijadual merasmikan seminar itu. – Bernama, 22 Oktober, 2014.
 Melayu dipindahkan keluar dari Pulau secara halus dengan menjual hartanah di Pulau dengan harga yang sangat tinggi (cth: Rumah Semi-D berharga RM1.2 juta) dan menjual hartanah di tanah besar seperti di Bertam dengan harga rendah dan mampu dimiliki orang Melayu


1 comment:

  1. Tak guna lagi bercakap – kerana keadaan pemilikan tanah oleh BUMIPUTERA Melayu amat KRITIKAL! Tubuhkan segera BANTUAN GUAMAN TANAH RIZAB MELAYU – yg. terdiri dari peguam-peguam yg. sanggup berkorban berjuang demi ISLAM/umatnya dan menawarkan perkhidmatan percuma utk. umat Islam/Melayu yg. tertindas terutamyna dari segi pemilikan TANAH PUSAKA nenek moyang kita!

    Takkanlah tak dak peguma-peguam Islam/Melayu yg. boleh MENCABAR legasi sejarah si KAPIRDAJAL BINATANG BUAS British-ZIONIS-KEPARAT - yg. telah MENGHANCURkan TANAH-ALAM MELAYU pusaka nenek moyang kita ini sebagai bumi ISLAM dan kepunyaan BUMIPUTERA MELAYU!

    Sepatutnya DYMM Kesultanan Melayu dan NGO-NGO Islam/Melayu MENYAMAN BERBILLION, PENGGANAS/PEROMPAK PENJAJAH British-ZIONIS di Mahkamah Persekutuan kita dan di Britain serta mahkamah EU kalau Britain enggan atau kita kalah di mahkamahnya - dan kembalikan kesemua Tanah Melayu ini ke bawah KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Islam/Melayu kita serta rakyat BUMIPUTERAnya!

    Kerana PENIPUAN perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (yg. sebenaqnya adalah pelansungan dari Malayan Union), yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian PENIPU ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL Malayan Union, si British-ZIONIS “jus soli” dlm. tahun 1946).

    Lihat pula kes Bumiputera Native Americans yg. baru MENANG menebus kembali hak mereka termasuk Tanah Adat dan kekayaan sumber asli mereka, di - http://www.independent.co.uk/news/world/americas/a-hardwon-victory-for-the-longsuffering-people-of-the-navajo-nation-as-us-agrees-554m-payout-9756454.html , A hard-won victory for the long-suffering people of the Navajo Nation as US agrees $554m payout, 25 September 2014!

    !Dan lihat KEBERANIAN Presiden Venezuela, Maduro, yg. MEMULANGkan kembali Tanah Adat BUMIPUTERA sebanyak 1.8 JUTA HEKTAR tanah pusaka - http://alethonews.wordpress.com/2014/10/16/maduro-hands-over-land-titles-to-indigenous-communities-creates-institute-to-protect-native-languages/ , Maduro Hands Over Land Titles to Indigenous Communities, Creates Institute to Protect Native Languages, By Z.C. Dutka | Venezuelanalysis | October 15, 2014!

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com