innity

pages

Monday, October 27, 2014

Ustaz Zaharuddin HENTAM Majlis Fatwa, BUSUKNYA Perangai Ustaz Bertelagah di Media


KUALA LUMPUR - "Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.

"Kita seolah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.

"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba Tabung Haji buat fatwa tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.

"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan, menyentuh dan memegang anjing adalah bersifat melawan arus perdana umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Islam memuliakan haiwan termasuk anjing, bagaimanapun dalam aspek hukum dan soal kemuliaan, umat Islam perlu mematuhi ketetapan yang telah ditentukan hukum-hukum dalam Islam dan fiqah dalam Islam mengikut syarak.

Petikan daripada www.e-fatwa.gov.my
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan tiada keperluan untuk mengeluarkan fatwa baharu berkaitan hukum menyentuh anjing kerana perkara itu jelas haram kepada seluruh umat Islam.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, seharusnya hukum tersebut tidak diperdebatkan sehingga mengundang pelbagai andaian dan perbalahan dikalangan masyarakat. 

Abdul Shukor berkata, soal haram atau dibenarkan menyentuh haiwan itu dalam keadaan tertentu tidak perlu diperdebatkan, namun motif mengapa acara itu dilaksanakan menjadi tanda tanya.


Beliau turut mempersoalkan adakah tindakan penganjur berbuat demikian kerana mahu mempromosikan fahaman liberalisme yang jelas akan menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Ustaz Zaharuddin seterusnya mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.


"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.

"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.

"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu habis ceritalah," katanya.

Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.

"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.

"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.

"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya.

Begitu lah bersungguh-sungguhnya beliau mempertahankan penganjur "saya mahu sentuh anjing".
Apakah ada rahsia disebaliknya, tidaklah pula diketahui.  Walau bagaimanapun, sebagai seorang ustaz, beliau sepatutnya tahu adab-adab dalam perbincangan ilmu Islam.  Berdasarkan ayat-ayat yang diungkapkan yang jelas menggunakan ayat perli kepada Majlis Fatwa, seolah-olah perangai nya hampir sama denga Faisal Tehrani dan Dr. Asri ( Dr. Maza ) yang mana semua orang kenal perangai mereka.
Jom saksikan video gelagat  Syed Azmi, penganjur program tersebut.


27 comments:

  1. ustaz zaharuddin ni tak layak jadi mufti, dia tidak mahir melihat hakikat

    ReplyDelete
  2. Orang melayu makin bodoh. Nak jadi Arab celup yang bertuhankan Syafie. Ekonomi harapkan BR1M, peminta sedekah, third class. Yang educated pun berfahaman terrorist. Ulama semua penipu, cari duit buta dengan menipu. Bising lebih pasal anjing. Tak tau satu benda pun dalam al Quran, harap pada penipu terangkan. Lingkup melayu macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon 2;20 am, 27 okt.
      ' MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBAT "
      Cuba elakkan meliberalkan semua hukum Allah yang jelas.
      CUBA PERHATIKAN , Dulu ARAK aaalah najis walau pun sedikit tetapi telah diliberalkan sekarang, jika kandungan adalah sedikit. Begitu juga isu Anjing ini telah jelas tidak boleh dijadikan ' PETS ' sehingga boleh dibelai, tetapi cuba diliberalkan oleh Ustaz Evengelis ini. Masalah zakat dan sentuhan ketika ihram ini adalah keperluan UTAMA masyarakat Islam, berbanding dengan Anjing.
      CADANGAN : Suruh Ustaz envengelis Anjing ini, Pegang , Cium dan dukung Anjing dan kemudian kita rakamkan untuk tatapan orang ramai. kalau boleh sertakan dengan keluarga beliau.

      Fikirkannlah bukan semua perkara boleh diselesaiakn oleh akal manusia.

      exPAS 2012

      Delete
    2. setujuuuuu....

      Delete
  3. Baik JAKIM/MAIN siasat aktiviti dakwah NGO si 'Ustaz' ni! Merisaukan - bayangkanlah kekeliruan saudar-saudari baru Islam dgn. dakwah cara amat BONGKAK dan BIADAP dia ni - pd. ULAMA-ULAMA Islam kita yg. lebih jauh BERILMU (TULEN) cthnya dari Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  4. Maksud sebenar Ustaz Zaharuddin ialah nak cakap, dah tiba masanya orang2 islam kat Malaysia ni belajar fiqih mazhab yang empat tu. belajar fiqih nescaya tak bising2 camni dan ugut serta mengutuk teruk peribadi penganjur. dan pabila dah belajar fiqih mazhab yang empat tu, pilihlah pendapat2 yang paling menepati dan yang paling mendekati kebenaran yang dibawa oleh nabi kita Muhammad SAW. kalau betul nak ikut dan taklid mazhab syafie' belajar sungguh2 mazhab syafie dan ikut yang sebetul2nya 'mazhab' tu. bukan semata-mata dakwaan bende ni 'imam syafie' buat sedangkan tak puunnnn.. ADA PAHAM semua??

    Tambahan, ustaz2 kat Malaysia yang dah faham fiqih ni..diorang berselisih pendapat samada bersetuju dengan program SENTUH ANJING atau tak..pasal sertu sume tu tak de masalah. Cume bab keperluan 'TOUCH A DOG' tu. Sebahagian ustaz kata, takde masalah kalau diorang2 ni ikut fiqih mazhab maliki (dengan ada ilmu tentangnya la maksudnya)..dan mungkin, orang2 islam kat malaysia ni akan lebih terbuka sikit dengan mazhab2 ahlussunnah yang lain pasni. huhu

    tambahan, yang sebahagian ustaz pulak tak setuju bab 'TOUCH A DOG' tu sebab dikhuatiri ada aktivis liberal dan pluralism yang akan mengambil kesempatan di atas program seperti ini, kerana ruang tersebut sememangnya ada walaupun sikit dan halu2 jeeee. Mereka bimbang dengan umat2 islam Malaysia...mereka mahu memperingatkan kita supaya jangan terjatuh dalam pemikiran seperti tu..nanti merosakkan diri sendiri.

    hah, tu je la..semoga faham situasi. sekian. Assalamua'laikum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah baiknya kalau ustaz ni terang macam ko ni ckp bukan dok perli2 mcm majlus fatwa tu bodoh

      Delete
    2. Hebat engkau boleh baca fikiran ustaz ni

      Delete
    3. BAGUS PENJELASAN USTAZ YG KOMEN, JAUH LEBIH BAIK BERBANDING DR. ZAHARUDDIN

      TAK PERLU RASANYA NK HINA MAJLIS FATWA TENTANG PERGI MEKAH BERSENTUH LELAKI PEREMPUAN KERANA MEMANG BOLEH AMBIL MAZHAB LAIN UNTUK SESUATU PERKARA KERANA KESUSAHAN TERTENTU TAPI KEMBALI KE MAZHAB ASAL BILA SELESAI MASALAH ITU.

      SATU LAGI KENA FAHAM TAHAP KITA. KALAU ORANG AWAM TAK BOLEH SAMA DENGAN ULAMA YANG MAHIR SEMUA MAZHAB. MEREKA BOLEH CAMPUR ADUK MAZHAB TAPI ORANG AWAM TAK BOLEH, 8NI PENDAPAT JUMHUR ULAMA

      Delete
  5. Ustaz ni bagus lemah lembut...tsk sangka plak boleh ckp mcm tu kt majlis fatwa..
    sblm ceramah beliau ada bg tau ada stage atau kelompok iaitu org awam ...bru naik2....
    dan org awam tak leh tukar2 mazhab ikut suka...patut dia bg tau lh....kalau tidak org awam keliru ingatkn mereka bole campur aduk mazhab

    ReplyDelete
  6. ya ustaz..holla.....

    1, tidaklah tuhan itu menjadikan kamu berpuak puak agar kita mengenali satu sama lain -->

    ini bermakna konsep mazhab itu adalah nyata dan ada dlm koran. hang nak deny dan defy fakta tersebut ke ustaz?
    a bit bold it seems

    2. apabila keliru, pertahan sempadan dan ikut pemerintah.

    --> ini lah kita rakyat melayu islam yg IC dia ada tulis warganegara MALAYSIA kena buat.
    kalau unsure, step yg selamat advised by god is to stay at home and follow your leader.
    tang mana yg hang pikir undang undang perlembagaan rukun negara malaysia nih exclude korang semua?

    3. kena ikut undang2 pemerintah yg berdaulat [ pemerintah yg dipilih melalui saluran yg sepatutnya tertakluk pada masa pemilihan tersebut.].

    period. noktah. titik.
    takde coma coma, hashtag hashtag dah. ada paham?

    4. kalau tak gemar akan cara pemerintah tak bagi pegang anjing, tak bagi letak wine dalam masakan, kawin lelaki sama lelaki,

    either lu revoke your citizenship dan pergi main jauh2 atau nyatakan hak anda semasa proses pemilihan kerajaan kelak.

    try lah suruh calon2 yg bertanding utk bawak manifesto agar kita boleh pegang anjing. see if that point will have legs or not within our majority melayu islam.
    belum cooba belum tahu beb...

    kalau cakap macam tenuk, gaya pun macam tenuk lah.
    tidak akan terjadi
    kalau cakap macam beruk, gaya pula gaya tenuk.. itu zalim.

    faham tak perumpamaan di atas encik faizal tehrani?

    biar nipir tapi bertapis
    jangan tebal tapi bebal

    ReplyDelete
  7. Pokok utama apa tujuan program pegang anjing itu diadakan? Nak tunjuk islam bertoleransi, nak hilangkan trauma, phobia, sensitif pada anjing. Anjing kalau dipegang secara tak sengaja tak dosa, boleh samak. Tapi saja-saja nak pegang belai dan cium lepas tu berselfie, itu yang salah.

    Ada berani buat program pegang harimau, buaya, singa tak pun pegang ular senduk. Hilangkan trauma takut.

    ReplyDelete
  8. harap tukang komen jangan lebih-lebih. Rilek. Itu Sinar Harian yang laporkan. SINAR HARIAN. Harap faham (perangai Sinar Harian, lidah pembelit).

    ReplyDelete
  9. apa punya turrr la. Bab sentuh anjing mana ada kena mengena dengan sentuh lelaki/perempuan masa buat haji kat makkah. Sentuh anjing itu hari tu adalah sengaja sentuh, sapa suruh buat kerja bodo. Sentuh lelaki/perempuan kat Makkah masa buat haji situasi berbeza bila terlalu terdesak dan terlalu sesak hingga ke status dharurat. Sama lah dengan lalu depan orang sedang solat, selagi tak pijak tempat orang sujud apa masalah nya. Nabi SAW selepas tawaf pun, baginda solat sunat sedangkan dihadapan baginda masih ada orang lalu lalang bertawaf dan baginda tak menghalang pun.
    Begini lah , kalau nak tegur orang biar lah berilmu, maksudnya ilmu yang kental dalam isu yang dibincangkan. Semua orang maklum, semua ilmuan termasuk lah Dr ke Pak Haji ke, Tuan Gura ke hatta PM sekali pun, tidak akan mahir dalam semua jurusan ilmu sekali gus. Sedar diri la sikit.
    Tak payah pergi jauh jauh, cuba tanya Ut Zaharudin ni, apa hukum suruh budah yang belum baligh, yang hafaz alquran menjadi imam solat berjamaah di masjid (selalunya solat tarawih), sedangkan pak haji pak lebai ustaz dsb ada juga dalam Jemaah tersebut.
    Aku rasa kalau keputusan selepas 28 Oktober 2014 cantik, semua masalah akan selesai dan tiada lagi hal-hal kecil jadi isu terutamanya akidah umat islam, seperti mana Yakjuj dan Makjuj didindingkan, kalau terlepas rosak binasalah semua makhluk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju ! Perbandingan yg dia buat, out of context, tak sama. Bab sentuh laki pompuan masa Haji dan zakat tu ada keperluan, bab sentuh anjing ni suka suka takder keperluan, mana sama. Kalau ada keperluan, ikut Mazhab Syafe'i pun takder masalah.
      Mcn mana lah boleh jadi ust ?

      Delete
  10. Setuju....Penentuan Mazhab bukan alasan utk buat itu dan ini sesuka hati. HAJI tu sendiri ada dalam RUKUN ISLAM kita..dah DARURAT ketika melaksanakan RUKUN....manalah boleh dibuat perbandingan dengan memegang anjing....takder dalam KEPERLUAN pun memegang anjing nie OSTAD oiii......

    NATIJAHNYA kepada anak² kita yang tak tahu apa², balik dari PROGRAM AKU NAK PEGANG ANJING nie....desak n mintak mak bapak belikan ANJING macam yang mereka pegang dalam PROGRAM??? OOOooo..mak bapak pula cakap tak boleh sebab dalam agama kata begitu begini, mazhab kata begitu begini...menurut hadis begitu begini.....nas kata begitu begini....anak jawab balik...OOOOwwhh...OK....adik nak puppy color oren tau..!!!

    *** Aku tengok janggut ustaz nie color lain sikit...RARE nie.....color guna REVLON ke LOREAL..?

    ReplyDelete
  11. Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun?

    Ust Zaharuddin, JANGAN PANDANG KECILNYA DOSA, TAPI PANDANGLAH KEPADA SIAPA ENGKAU BERDOSA!!!!!

    ReplyDelete
  12. perkara furu' pun nak berdebat bagai nak rak.sabar sedara. gi oversea dulu atau bergaul dengan orang yang berlainan mazhab (bukan syiah la) baru kita keluar dari kepompong uruf. dulu uruf zaman 90% melayu islam, sekarang uruf dah lain. tengok la pulak mazhab mana yang mempunyai uruf serupa atau minta majlis ulama keluarkan ijtihad baru selepas ahlinya bermesyuarat bukan dari mazhab satu je.

    yang confirm haram, pegang bukan mahrah yang bersepah kat malaysia ni.tak pulak kita berdebat dan mainstream media mainkan isu ni mcm isu pegang anjing.

    generasi bundle

    ReplyDelete
  13. jangan menghanjingOctober 27, 2014 at 2:32 PM

    kalau mcm tu kenapa ustad ni tak nak bela anjing kat rumah dia.. baru orang respect sikit pada hujah2 dia tu... huhu!

    ReplyDelete
  14. ustaz ni nak cari populariti cara mudah,,,,,,,kalau nak popular pun cari bendalainlah,,,,,anjing nikan ada penyakit tu pasal makzab kita larang.......tak payahlah nak cari sebab nak bertengkar.....tu yang islam rosak skarang ni.....ikut je cakap ulamak habis crrita,,,, tapi mamat nicakap macaam anuarlah habis semua nak bagi liberal........

    ReplyDelete
  15. yang buat pekara bukan2 ni kau tunggu je la smpai masa nya nanti

    ReplyDelete
  16. Pada sape2 yg ikut mazhab shafie,sile tgk video ni: https://www.youtube.com/watch?v=aCHPzTvrt0o
    dan psl andaian konon ade agenda disebalik kempen dan sbgnye,refer Quran (49:12),fikir2kanlah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. "fikir2kanlah sendiri" ???
      melayu2 berfikiran sempit mana ada ilmu utk "fikir sendiri" lol

      tanya sikit... ada ke cina muslim, arab atau mamak yg kecoh isu ni?

      Delete
  17. Org melayu sejak kecik lg telah diajar ngan Islam cara melayu. Contohnya, kalau nak solat mesti ada telekung, takde telekung maka tak solatlah dia wpun baju dia labuh dh. Benda ni sejak tadika lg. So..bab sentuh anjing ni, mmg nmpk besar sangatlah salahnya. Sepatutnya selidik dulu, bukan suka2 nak damn penganjur dan ustaz yg ceramah tu. Ada objektif dorang buat camtu. Tp peserta yg tak faham, menerjah je. Tp, faham2lah mentaliti org melayu kan...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum..
    nak ingatkan kepada yang membaca,
    INI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA SEMUA
    apabila kita membaca atau mendengar sesuatu berita daripada mana-mana sumber jangan melulu atau terus membuat andaian yang bukan-bukan, sebelum kita membuat penyelitian tentang kebenarannya, kerana ia mungkin akan berlaku fitnah dan penyebaran berita yang diada-adakan kan, ini akan menjadi lebih teruk dan akan memecahkan umat Islam. selain itu, satu perkara penting lagi, kita sebagai umat Islam kena hormat-menghormati satu sama lain, kita harus menghormati pandangannya dan jangan terus menghantamnya, sebaiknya kita bertemu dengannya dan berbincang tentang apa yang ingin dipertengahkan, sedangkan para ulama terdahulu, mereka menghormati pandangan orang lain walaupun ia berlawanan dengan pandangan mereka, jadi kita sebagai pengikut, jangan terlalu taksub dengan mazhab mana-mana, cuma yang paling penting kita belajar dan memahami ilmu agama, dan mengetahui mengapa ulama dulu memberi pendapat sedemikian.. ITU LEBIH PENTING DARIPADA KITA BERTELAGAH, BERTENGKAR SESAMA SENDIRI.

    Harap maaf sekiranya teguran atau nasihat ini tersinggung mana-mana pihak.

    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  19. Ustaz zaharuddin ni memang penipu besar. Dialah tokoh perbankan islam. Tokoh yang berjaya menghalalkan riba. Tokoh yang menghalalkan yang haram. Tokoh yang memperdagangkan agama demi kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  20. hihihi korg2 ni...cuba pikir2 btul sbelum komen...ko kata ko penganut mazhab syafie tp xpenuhnya mcm mana?boleh plak dlam keadaan terdesak ko amik makzhab...len klu btul2 amik full mner boleh amik yg len...

    cek balik lh komen2 korg tuuu...100% ka mazhab syafie...klu dh bayao zakat ikut mazhab len dh tinggal 99%...dlm haji tawaf ikut mazhab len 98%

    ko pkir ko nganut agama Islam 100% tp ko boleh plak kata xamik Islam spenuh...contoh riba' dlm Islam kata riba' tu haram so? ko ikut 100% Islam?haaa cmner tuuu? blum bab len...

    pkir2kn jgn men hentam org...pe ingt betul sangat ke majlis fatwa tuuu?logo halal pon xterjaga kih2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com