innity

pages

Sunday, October 26, 2014

(UNTUK ORANG ISLAM, UMNO & PAS) Resolusi Simposium Pemikiran Politik Islam

Pengarah simposium, Dr Mohd Isa Hamzah membacakan resolusi di akhir majlis. Gambar oleh Muhammad Asyraf Badhrulhisham.

RESOLUSI SIMPOSIUM POLITIK ISLAM
SIMPOSIUM PEMIKIRAN POLITIK ISLAM: GAGASAN PEMIKIRAN POLITIK ISLAM BERDASARKAN SIYASAH SYAR’IYYAH DALAM REALITI MALAYSIA
Di Auditorium Abu Zarim, Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H
  1. Kewajiban melaksanakan Siyasah Syar`iyyah yang melibatkan sistem, peraturan dan undang-undang dalam negara ini yang bertepatan dengan asas-asas agama dan dapat mencapai kemaslahatan kepada manusia dan menunaikan segala keperluan mereka.
  2. Tujuan Siyasah Syar’iyyah ialah untuk melaksanakan Maqasid Syariah iaitu yang terkandung di dalam perkara yang berkaitan dengan ‘jalb al-masalih’ (mendapatkan kemaslahatan kepada manusia) dan dar’ al-mafasid’ (menghilangkan kemudaratan daripada mereka).
  3. Ketuanan Syarak (Siyadah al-Syar’ie) adalah intipati Islam. Oleh itu, perlu dipastikan kepelbagaian parti dan aliran parti politik berada dalam kerangka Islam; tidak membawa dasar dan pendekatan perjuangan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan yang menyesatkan umat Islam.
  4. Pemikiran sekular memisahkan agama dan negara perlu ditolak dan tidak boleh diamalkan di Malaysia. Sekularisme telah menyempitkan peranan agama kepada hal-hal peribadi dan ia bertentangan dengan tujuan Siyasah Syar’iyyah dan Siyadah Syar’iyyah (Ketuanan Syarak).
  5. Meletakkan kebenaran sebagai paksi komitmen mengatasi paksi kepartian; menghindarkan ketaksuban parti sebagai neraca dalam membuat keputusan.
  6. Partisipasi politik ummah mesti memastikan syawkah (wewenang) dan sultah (kekuatan) agama Islam kekal suara tertinggi dan terulung di Malaysia.
  7. Bidang politik perlu dilihat daripada aspek yang lebih luas, merangkumi segala aspek partisipasi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, melalui perlibatan parti politik dan pilihan raya, atau dalam bentuk-bentuk lain seperti NGO, gerakan masyarakat sivil dan kumpulan pendesak. Ummat perlu libatkan diri dalam aspek-aspek tersebut untuk menjaga kekuasaan Islam di negara ini.
  8. Kedudukan Islam di Malaysia sebagai agama persekutuan perlu diperkasakan untuk menjaga maslahat ummah. Begitu juga dengan peruntukan-peruntukan yang memberi kelebihan kepada agama Islam di dalam perlembagaan.
  9. Politik Islam di Malaysia perlu lebih luas dari hanya sekadar melihat kepada sudut urus tadbir bahkan meliputi aspek yang lebih luas dan mendasar dalam memastikan masa depan Melayu dan Islam dan dominasi kuasa politik orang Melayu dan Islam. Ia perlu melihat dari aspek bagaimana umat Islam boleh memenangi agenda Islam dan memastikan survival umat Islam.
  10. Mempertahankan identiti dan jati diri keIslaman dan keMelayuan di dalam negara ini perlu diletakkan dalam keutamaan agenda politik Islam dan ini memerlukan kepada kesatuan umat kerana hanya dengan kesatuan umat akan dapat menyelamatkan kuasa politik mereka.
Disahkan oleh:
Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Dr Mohd Isa Hamzah
Pengarah Simposium Pemikiran Politik Islam
Majlis Ulama ISMA

2 comments:

  1. huarghh.. ngantuk gua baca apa kandungan simposium nih. zzzz

    sebab kenapa gua jadi sleepi?:

    1. content of the simposium is good. ada protein dan zat. lengkap. bermanfaat dan berharapan.
    tetapi.. [mesti la ada tetapi kan..]

    sila translate kepada bahasa marhaein/ bahasa hari hari / bahasa ploretariat.
    bukan bahasa borgeois yang penuh dgn retorik sampai bila lu dah habis baca, lu pun tak tahu apa yg lu dah baca..tinggai kelip kelip mata je.

    nak baca lagi sekali, either malas or maybe tak akan faham juga..apa barang mamaterial manifesto lu ni brader? susah nak paham benar. ianya patut boleh di-erti pakai oleh minda dgn hanya sekali baca.

    2.kalau macam skrg, gua nak kena suruh org2 cerdik translate pulak manifesto lu nih..
    pastu terjadi lah translation yg salah / tak selari dgn original ideas.
    semua kerana lu orang punya initial manifesto yg payah utk difahami.

    jadi..ustaz ustaz cerdik sekalian, translate content tu kepada bahasa melayu rakyat biasa please. bunga bunga bahasa yg nak kasi sedap ayat, kasi delete.

    3. sekarang zaman content beb.
    isi dia yg penting. bukan cara penyampaian.
    lu tulis dlm bahasa yang hanya orang kaya dan berpendidikan sahaja yg boleh faham on the 1st read, pastu lu expect rakyat marhaein yg hidup susah dan kelulusan kurang ini untuk comprehend dan ikut nada perjuangan anda?

    anda ni bermimpi ke ? or anda ni berpendidikan luar negara, sebab tu anda tiada the marhaein touch dgn rakyat malaysia?
    come clean dan perbaiki. boleh?

    jadi, kesimpulan mudah hadap-nya adalah:
    1. rata2 rakyat melayu islam dah memang kusut. tak payah nak bagi depa lagi kusut dgn suruh baca benda2 yg terlalu tinggi bahasa nyer. kasi simplify.

    2. is there any credence to your symposium? try to tackle all the disgruntle rata2 rakyat marhaein skrg nih dok suffer, memang lah simposium nih boleh carry credit.
    kalau tak.. satu lagi cita2 rakyat melayu atasan cuba nak exert pemikiran cerdik mereka kepada rakyat marhaein seluruh-nya. tak habis2. poyo.

    biar nipis tapi bertapis
    dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkataan menjawab segala yang bro atas sebut.. "sederhana"

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com