innity

pages

Tuesday, October 28, 2014

Universiti bukan tempat perhimpunan haram - Sekretariat Timb-Timb NC/Rektor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)


NILAI - Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menentang keras sebarang usaha pihak tertentu yang ingin menjadikan mana-mana kampus IPTA sebagai medan perhimpunan haram mereka.

Pengerusinya Prof Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata perhimpunan atau aktiviti yang hanya menjurus kepada sokongan terhadap individu atau ideologi pemimpin tertentu tidak wajar diadakan dalam kampus universiti, lebih-lebih lagi yang bertujuan untuk mempengaruhi golongan muda seperti mahasiswa.

Adalah tidak sesuai sama sekali sekiranya pihak luar mengadakan aktiviti perhimpunan dalam mana-mana kampus universiti, yang tidak berkaitan dengan peranan dan kehidupan sebagai seorang mahasiswa, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Asin yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berkata ini bagi menjamin para mahasiswa memberikan tumpuan kepada aktiviti akademik, pembudayaan dan penguasaan ilmu serta pembangunan sahsiah mereka.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar menghormati universiti sebagai sebuah institusi akademik yang berperanan untuk mendidik para mahasiswa dalam pelbagai bidang ilmu serta pada masa yang sama membangunkan sahsiah dan jati diri mereka secara positif sehingga menjadi golongan professional yang mampu membangunkan negara pada masa hadapan, bukan sebagai perosak atau penghancur negara.

"Pengalaman beberapa negara luar menggunakan mahasiswa universiti untuk menentang serta menjatuhkan sesebuah kerajaan adalah tidak demokratik dan tidak wajar sama sekali dilaksanakan di negara kita ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com