innity

pages

Saturday, October 25, 2014

UAI tidak akan buat laporan polis


KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

5 comments:

  1. Dia ini gemar gelar orang bodoh, gila dsb. Sekarang siapa boddow? Siapa gila? Suka aibkan orang, sekarang tuhan balas.

    ReplyDelete
  2. kalau dah berak ditengah jalan, takkan nak mengaku pulak doh. kalau repot polis pastinya siasatan akan dijalankan dan akhirnya akan terbongkar jua perbuatanya itu. peliknya, kenapa mesti dikaitkan dengan "gulungan ulamak" sedangkan yang pelakunya hanya seorang? inilah caranya yang terbaik untuk mempertahankan diri. kalau betullah bukan dia pelaku kepada video tersebut, kenapa tak buat laporan polis? sikap sebeginilah yang menggalakkan lebih banyak fitnah (jika ianya benar fitnah) dan sepatutnya dia boleh dituduh subahat dengan pemfitnah (jika benar ianya fitnah). apa pulak hukumnya bagi orang yang bersubahat?

    ReplyDelete
  3. Tiada kena mengena dengan golongan ulama. Pandai kena kat diri kaitkan dengan ulama. Ngaku saja atau buat laporan polis.

    ReplyDelete
  4. Iman muda tak nak komen ke....

    ReplyDelete
  5. Dulu alJuburi & stopaSpender pun tak mau lapor polis.. pelik kan?? ehem ehem.. he he!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com