innity

pages

Saturday, October 18, 2014

TMJ SEPAK TIANG, Artikel Dr. Asri "Nyahkan Bangsawan Samseng" di FB Jadi Medan Mencerca, Apa Niat Dr. Asri 'HIDUPKAN' Kembali Artikel ini


Artikel ini merupakan artikel lama (Feb 2014) di fb Dr.MAZA.com yang telah diaktifkan semula ketika isu TJM sepak tiang bendera meraikan kemenangan pasukan JDT sedang hangat menjadi viral di media sosial. (Baca sini)

Kita tidak tahu apakah niat Dr. Asri yang sebenarnya. Adakah untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada Tengku Mahkota Johor dan Raja-Raja Melayu? Hanya Allah yang mengetahui. 

Adakah ini fitnah akhir zaman? Menggunakan Islam untuk menggalakkan caci maki.

Kalau Allah menyatakan yang paling mulia adalah orang yang bertakwa, bukannya keturunan, KENAPA DR. ASRI MASIH NAK BANGKITKKAN MEREKA DARI KETURUNAN LANUN PEROMPAK DAN PEMBUNUH?

firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)



Berikut adalah artikel Dr. Asri (Dr. Maza) di fb beliau (klik)

NYAHKAN BANGSAWAN SAMSENG

Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja, sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya. Perkataan mulia itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.

Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki, mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka ‘by hook or by crook’ mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini kita panggil bangsawan samseng.

Mengajar Bangsawan Samseng

Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu dari kezaliman”. Kata ‘Umar: Ya!. Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: “Aku anak golongan yang mulia”.

Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil lelaki dari Mesir tersebut. Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”. Dia pun memukul sambil Umar berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”. 

Kata Anas bin Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti”. Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan memadai”. 
Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!” Jawab ‘Amr bin al-‘As: “Sesungguh aku tidak tahu kes ini”.

Sama Di Sisi Tuhan

Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini. Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi s.a.w. Namun keadilan itu tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian kebaikan jiwa dan ketinggian budi. Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).

Jika hendak dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang banyak. Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang nyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pun begitu mereka tidak pernah menyatakan ‘kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai dianggap derhaka pada negara dan bangsa!’. Sama sekali mereka tidak pernah berkata demikian. 

Sebaliknya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap: "Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. " (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan menggesa agar pengkritik diambil tindakan. Mereka yang seperti itu mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh Tuhan. 

Pupus

Perlu diingat, kesamsengan golongan bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampok kuasa. Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya maharaja-maharaja mereka?! Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah membuang institusi raja mereka. 

Jika kita lihat istana-istana raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya lenyap. Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Salah satu sebab kejayaan bangsa Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman kezaliman. Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas hadis Nabi s.a.w mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling banyak rakyatnya. Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.

Golongan bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran. 

Jika bangsawan itu sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak, membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa. Sesuatu bangsa akan terus dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat dimuzium sejarah mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.

Berikut adalah komen pembaca di fb Dr. Asri:

Zukhairi Ahmad
Saya lebih suka negara republik berbanding negara monarki.

Izzuddin Abdul Hamed
Bangsawan tiang

Mohd Rafie Sanusi
Malaysia ada 9 sultan yg kononnya berdaulat...


Mohd Najib Zakaria
Jgn hina raja/sultan.. Darah mereka warna emas la.. Nnt kne tulah bru taw.. 

Pak Zat
Utk Taik.M.J

Ibn MohdYusuf
Bangsawan kaki tendang

Hidayat Ramli
Sokong..... hapuskn sistem monarki samsing, nagara ini milik rakyat....

Pemerintah Rajawali
akta hasutan yg slalu melindungi golongan bangsatwan samseng.

Apiz Kadir
Samseng dgn tiang bndera boleh la..

AhmAd AdEf
Nyahkan bangsawan bodoh dan bangang pun bagus jugak. Bangsawan tak semestinya raja/sultan. ‪#‎ikatperut‬

Hapiz Kodiang
Benar sheikh Dr Maza.....entah mari dari kebangsatan mana tiba tiba menjadi penguasa...lalu menjadi mulia.

Nashaff Shaffie
Anak Sultan Johor yg nk mampus tu ker ? Aku tak ikuti perkembangan.. 

Hamid Ismail
arwah pak cita raja tu asal lanun..pastu dorang ugut org ramai untuk wang perlindungn iaitu cukai,jadi jangn hormat kat mereka,nant semua org akan tertipu,.tp arwah pak x bg hebah kan sangt...bahaya kata nya

Abu Isjiyad Alfateh
silap daaa.... anak bgsawan samseng bodoh yg satu ni, bila menang bola sepak, pi meluru masuk padang, takdir Allah dia terjatuh...maka malu2 kucing dia bangun, dan tetiba jadi malu2 firefox pi sepak tiang bendera kat sudut tepi padang, dgn bongkaknya bjln smbil mndabik dada... esok mati jadi makanan ulat dan langau

Norlela Rusni Ramli
Keturunan raja2 melayu?...tk kan buat lupa kot...asal dari lanun

Killer Bee
Bangsawan tendang bendera

David Farhan
Kenapa ramai penjilat TMJ butthurt? Hahahahahahaha


8 comments:

  1. Artikel dr.asri ni nampak macam bagus ikut Islam tetapi di sebaliknya ingin menghasut rakyat benci pada sultan dengan bangkit mereka keturunan lanun pembunuh dan perompak.

    Rakyat yg baca pasti rasa kalau tidak bencipon mesti rasa sultan tak perlu di malayisa. Tindakan Dr. Asri jahat dan menyalahi perlembagaan Persekutuan dan menghasut

    ReplyDelete
  2. Tidak semua golongan bangsawan samseng masih ramai yang bersifat mulia, mohon rakyat Malaysia terutama Orang Melayu hormati konsep Raja Berpelembagaan. Tanamkan sifat Jati Diri sayangkan Raja dan Negara. Jangan Letakkan Bangsa Melayu di bawah telunjuk bangsa Lain yang tidak mempunyai Raja dari kalangan Mereka. Kenapa rakyat England yang majoriti beragama Kristian boleh meghormati Raja dan golongan bangsawan mereka, tetapi masih ramai Rakyat Malaysia masih mempunyai Mentaliti yang rendah untuk berfikiran terbuka dalam mengenali tatasusila Perlembagaan Malaysia.

    ReplyDelete
  3. sial punya asri..bukan nak bagi reda tapi tambah bagi panas..tak kiralah dia siapa asal tanah melayu mesti ada raja.kalau tak dah lama kita ni dihalau dari tanah melayu

    ReplyDelete
  4. Taraf seorang belas mufti dan seorang dr yang bongkak lagi rendah ahlak, serupa seorang penagih pil kuda.

    ReplyDelete
  5. Kalau asri tu orang biasa macam kita dh lma kne tahan. Lu fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Dr Asri becakap seolah2 Islam ada super power di duna ini. Dia tak sedar yang islam sekarang adalah sebenarnya SENGKET POWER. Islam sekarang sedang dibuli kiri kanan atas bawah depan belakang oleh kufar yg setengah2 nya menyelinap masuk ke purtubuhan Islam sendiri.

    ReplyDelete
  7. Berhati hati perangai Khawarij.... Tak tau soccer marketing and science.. tak payah lah nak keromoh yg bukan bukan...Wahai Ummah... berhati hati pada mereka yg punyai ciri ciri Khawarij... Terang dah... tak perlu bersuluh..

    ReplyDelete
  8. Dr. Asri gila publisiti. Dia perasan diri dia perfect dan terlalu cepat melatah!!! DAP yang chauvanist dan phobia Islam PAS pun beliau tak berani tegur.Tunggu juga bila dia ni nak bertempur sebagai pahlawan politik.
    Kalau dia ni anak jantan dan berperangai molek pi halo TMJ dan beri pandangan peribadi.... ni dah tak semuka dengan orang yang beliau benci tapi setakat berani hentam melalui media sosial..... Asri tak ada telur?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com