innity

pages

Tuesday, October 14, 2014

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah meninggal dunia


ALOR SETAR:Bekas Timbalan Speaker Dun Kedah, Ustaz Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki, 34, kembali ke rahmatullah jam 11.10 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah dimasukkan ke hospital tersebut 19 September lalu selepas terjatuh ketika mendirikan solat dan tidak sedarkan diri.

Pada 21 September lalu, Ahmad 'Izzat selamat menjalani pembedahan di bahagian kepalanya kerana terdapat darah beku akibat pendarahan di bahagian otaknya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang  ke rumah ibunya di Batu 2 Lebuhraya Sultan Abdul Halim dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Derga pada jam 10.00 pagi.

Solat jenazah kedua akan diadakan pada jam 11.00 pagi di Masjid Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di situ bersebelahan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, Ustaz Azizan Abdul Razak dan ayahanda beliau, Ustaz Mohamad Shauki Ibrahim.

Ahmad 'Izzat juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada dari tahun 2008 hingga 2013. -HARAKAHDAILY 14/10/2014

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com