innity

pages

Friday, October 24, 2014

Pesawat MAS MH135 (KL-Brisbane) MENDARAT CEMAS di Bali


JAKARTA: Penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 dari Kuala Lumpur ke Brisbane melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali selepas seorang penumpangnya melahirkan anak.

Menurut Pengurus Besar Angkasa Pura I di Ngurah Rai, Herry A.Y. Sikado, MH135 mendarat dengan selamat di lapangan terbang pada kira-kira pukul 2.10 petang Jumaat selepas ia meminta lencongan dari laluan asalnya.

Penerbangan mendarat dengan semua 178 penumpang selamat.

Penumpang berkenaan, seorang warga Australia bernama Samual P. Jeyanthi kemudiaanya dibawa ke Hospital Kasih Ibu di daerah Badung, Bali.

"Insiden itu tidak mengganggu operasi lapangan terbang dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa, " kata Herry.

Pesawat itu berlepas ke destinasi asal selepas dua jam melakukan pendaratan cemas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com