innity

pages

Tuesday, October 28, 2014

TANPA PENYOKONG PAS: Himpunan sokong kes Anwar LIWAT di Mahkamah HAMBAR, Nik Nazmi beri alasan mereka ke Terengganu

Terpaksa angkut kanak-kanak  

PUTRAJAYA - Perhimpunan di pekarangan Istana Kehakiman yang diadakan demi menyokong Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya hambar tanpa kehadiran para penyokong mewakili Pas.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian Online hari ini, perhimpunan yang berlangsung sejak awal pagi hari ini hanya dihadiri oleh beberapa pemimpin Anwarinas Pas seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Ketua ​Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

Ditanya mengenai sokongan Pas yang sedikit 'lesu', Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kebanyakan penyokong Pas memilih untuk ke Terengganu bagi mengikuti perkembangan perbicaraan kes saman fitnah terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut berlangsung pada hari ini.

"Hari ini ada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Abdul Hadi. Sebab itu ramai wakil Pas tidak dapat hadir.

"Bagaimanapun pemimpin yang tidak dapat hadir seperti Datuk Seri Abdul Hadi ada menyampaikan kata-kata sokongan kepada Datuk Seri Anwar melalui ucapannya pada siri ceramah yang diadakan," jelasnya.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

"Mereka (penyokong Pas) ada kes mahkamah di Terengganu, jadi mereka pergi ke sana.

"Tapi esok mereka sudah jamin mereka akan datang turut serta dalam himpunan esok," katanya.


3 comments:

  1. Klu la ini kes org pas saman ketum...dh melalak mcm gila babi puak2 lajnah pkr dlm pas...geng ug la...xde setiakwn pr la...silap2 dh kene buang ahli pas. Tapi apakan daya...itulah puak2 talam dua muka. Maruah ketum lbh aula dr maruah parti sendiri.

    ReplyDelete
  2. ek eleh ...pi trenganu konon...
    oi anwar...u face this alone tak boleh ke.
    apasal nak tarik rakyat sekali.

    ReplyDelete
  3. elok la tu ...
    buatnya ditanya bebudak tu ... "TUDUHAN MELIWAT TU APA... ??"tak ke haru
    benda pelik2 ni bebudak cukup suka nak ikut ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com