innity

pages

Sunday, October 26, 2014

Seorang pengasas PKR Sarawak umum keluar parti


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak hari ini menerima tamparan hebat selepas salah seorang pengasasnya mengumumkan keluar parti.
Idris Bohari, 52, adalah Setiausaha Eksekutif pertama parti itu di negeri ini dan pernah bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Saratok dan Santubong sebelum ini.
Idris yang sebelum ini Timbalan Ketua PKR Cabang Petra Jaya mengumumkan peletakan jawatan itu dalam surat yang beliau tandatangani sendiri dan akan diserahkan kepada Ketua PKR Cabang Petra Jaya, Baharuddin Mokhsein, esok.
Beliau berkata, tumpuannya kini adalah kepada keluarga dan akan melupakan politik pembangkang.
"Saya akan aktif untuk membantu mana-mana badan bukan kerajaan sebagai wadah perjuangan yang baru selain memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan negeri yang sedia ada.
"Saya mengenali dan kagum akan kepimpinan telus dan berterus-terang Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sejak beliau mengambil alih tampuk kepimpinan," katanya ketika ditemui pagi ini.
Beliau juga kecewa dengan pergolakan dalaman dalam parti itu yang mengheret perpecahan yang ketara.
"Saya percaya lebih ramai akan mengikuti penghijrahan ini selepas ini kerana masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku," katanya.
Idris mengakui terdapat pemimpin kanan PKR cuba memujuknya untuk menarik balik keputusan itu, namun beliau tetap dengan keputusan tersebut.
"Saya orang perjuangan. Tetapi kalau perjuangan kita tidak dinilai secara baik oleh platform yang sedia ada, wajar untuk kita mencari platform yang lain. Yang penting perjuangan perlu dilunaskan," katanya.
Katanya, kekecewaan lain adalah tumpuan yang tidak serius oleh pimpinan parti pembangkang itu terhadap keperluan parti di peringkat cabang dan kebajikan ahli-ahlinya.

1 comment:

  1. S'wak makin DIKRISTIANkan dan dikuasai si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Taukeh-taukeh balak kaum PENDATANG habis menjahanamkan tanah-tanah adat dan sungai-sungai/kpg-kpg. air BUMIPUTERA termasuk BUMIPUTERA Islam/Melayu terutamanya di Baram dan Limbang dan merampas tanah negeri tepi pantai sesuka hati kat Miri (yg. makin jadi pusat Kristian-pro-ZIONIS dan pusat MAKSIAT pelacuran dgn. GRO asing); jadi baiklah En. Idris ni berjuang MENENTANG kezaliman ini habis-habisan. Baik KDN, MAIN dan SPRM juga menyiasat!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com