innity

pages

Friday, October 24, 2014

(SAMAN HADI) Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Akan IRING Haji Hadi SETELAH DITEMPELAK Lebihkan Anwar

 


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akhirnya menyatakan akan turun memberi sokongan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada perbicaraan kes saman fitnah oleh calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin, di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada jam 9 pagi, 28 Oktober ini.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau akan hadir bersama Setiausaha Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus bagi mengiringi Presiden PAS itu dan mengikuti perbicaraan di mahkamah. Namun beliau tidak pula membuat kerahan kepada ahli pemuda seperti mana kerahan bersolidariti bersama Anwar Ibrahim. 

"Pagi itu memang saya di Kuala Terengganu untuk memberi sokongan kepada Tuan Guru Presiden.

"Kita tidak lah membuat kerahan, tetapi kita alu-alukan kehadiran khususnya sahabat pemuda Terengganu yang sudah tentu akan turun bersama," katanya kepada Harakahdaily.

Pada 28 Oktober ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu akan mendengar keterangan saksi pihak plaintif antaranya seorang petugas media sebuah akhbar yang artikelnya dirujuk dalam kes saman tersebut.

Mahkamah sebelum ini sudahpun mendengar keterangan tiga orang saksi termasuk Mohd Shamsul sendiri.

Sementara itu, Suhaizan turut memaklumkan pada sebelah petang hari sama, beliau juga akan hadir ke Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rayuan kes Fitnah II.

Kesungguhan Suhaizan untuk bersama Anwar amat luar biasa sehinggakan sanggup bersusah payah datang dari Terengganu ke Putrajaya semata-mata untuk bersama Anwar.

Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos lepas, menetapkan dua hari mulai 28 Oktober untuk mendengar rayuan terakhir Anwar berhubung kes Fitnah II.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi dalam keputusan kes Fitnah II sebelum ini telah membebaskan Anwar, bagaimanapun Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun kepada Anwar atas pertuduhan itu. 

Sumber asal- HARAKAHDAILY 23/10/2014 (Harakahdaily merupakan penyokong kuat Anwarinas pastinya tidak akan buat tajuk sebegitu)

1 comment:

  1. dapat presiden kayu mati, dapat punasihat kaki jubur: ini hasil jadi ketua pemuda bercelaru pendirian. suhaizan tidur ker pas cuma tempat buang sampah pkr dan jamban untuk kencing berak dap???.

    langkah bodek hadi awang dimahkamah perkara biasa, muskilnya presiden dia calunkan nama orang pkr jadi mb selangor cara berpolitik bodoh kerana pada masa yg sama presiden pkr semacam engan terima orang sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com