innity

pages

Monday, October 13, 2014

Rafizi dilantik Setiausaha Agung PKR ganti Saifuddin Nasution


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR bagi penggal 2014-2017 menggantikan penyandangnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Petukaran jawatan itu diumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pelantikan kepimpinan PKR itu dibuat bersesuaian dengan peruntukan dan perlembagaan parti.

“Rafizi diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung yang baru selain daripada tugas beliau sekarang sebagai Naib Presiden.

“Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden) dan Datuk Saifuddin dilantik sebagai Pengarah  Pilihan raya mengambil kira keperluan memperkukuhkan gerak kerja dan strategi pilihan raya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikut senarai penuh pimpinan PKR 2014-2017:

Naib Presiden: Xavier Jeyakumar dan Darell Leiking
Bendahari Agung: Datin Paduka Tan Yew Kew
Timbalan Bendahari Agung: Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman
Pengarah Strategi: Sim Tze Tzin
Ketua Setiausaha Pengelola: Fariz Musa
Pengarah Komunikasi: Fahmi Fadzil
Pengarah Guaman: Sivarasa Rasiah
Pengarah Latihan: Fuziah Salleh


Ahli MPP (dilantik):

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Rodziah Ismail
Amirudin Shari
Mohdak Ismail
N. Surendran
Mustapha Sakmud


Pengerusi-pengerusi biro:

Pengerusi Biro Pemantapan Politik: Chua Tian Chang
Pengerusi Biro Keanggotaan: Dr Tan Kee Kwong
Pengerusi Biro Pemahaman & Pemantapan Agama: Dr Md Nur ManutyPengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat: S Manickavasagam
Pengerusi Biro Pelaburan & Perdagangan: Wong Chen
Pengerusi Biro Integrasi Nasional: Dr Edmund Santhara
Pengerusi Biro Sains & Kesihatan: Dr Azman Ismail
Pengerusi Biro Pendidikan: Abas Awang
Pengerusi Biro Antarabangsa: Gooi Hsiao Leung
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen & Dun: Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Masyarakat Felda & Perladangan: Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal: Bob Manolan
Pengerusi Biro Pekerja: Abdullah Sani
Pengerusi Biro Kepenggunaan: G Manivanan
Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan: William Leong
Pengerusi Biro Srikandi: Siti Aishah


Ahli biro politik dilantik:

Dr Syed Husin Ali
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Johari Abdul
Datuk Dr Mansor Othman
N Surendran
William Leong

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com