innity

pages

Wednesday, October 29, 2014

MACAI ANWAR BALING TELUR:Pagar Cuba Dirempuh, Anggota Polis Dibaling Telur


PUTRAJAYA: Berlaku kekecohan di luar Istana Kehakiman, di sini, apabila sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba merempuh besi penghadang yang dipasang pihak berkuasa.

Kekecohan berlaku kira-kira 10 minit sebelum prosiding hari kedua yang berhenti rehat disambung semula pada pukul 2.30 petang Selasa.


Ia bermula apabila kumpulan terbabit memukul poster Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan kasut beramai-ramai sebagai tanda protes.

Tidak lama kemudian beberapa lelaki daripada kumpulan terbabit meluru ke arah penghadang besi yang dikawal pasukan keselamatan dari bahagian dalam dan cuba merempuhnya.

Salah seorang daripada mereka mendakwa terdapat anggota polis yang bertindak menendang salah seorang ahli daripada kumpulan penyokong itu dan menuntut supaya anggota polis memohon maaf.

Sedang anggota keselamatan mengawal rempuhan, salah seorang anggota polis terkena telur yang dibaling dari arah belakang.

Kekecohan tersebut akhirnya dileraikan oleh anggota parti yang lain.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan terbabit juga bertindak membakar poster Mohd Saiful.

1 comment:

  1. Aku heran betullah PDRM ni - awat tak TANGKAP SI SAMSENG-mcm-GENG KONGSI GELAP ni - ini juga akan menggalakkan perangai macm. GENG SAMSENG-BINATANG BUAS!

    Kenapalah PDRM tak diberikan senjata mahupun alat lengkap "SWAT-team" sedgkan perhimpunan si PKRSODOM/DAPBANGKAI ni telah menjadi GANAS! Kat Barat pun yg. asyik MELALAK pasl "demokrasi-hak asasi", pendemo BINATANG BUAS mcm. ni akan diSEMBUR dgn. air deras kalau BUAS mcm, ni - dan polis akan berpakaian lengkap mcm. "SWAT team" walaupun dlm. perhimpunan aman!

    Kalau PEMUDA UMNO buat mcm. ni aku syak pasti akan cepat kena TANGKAP! GERAM BETUL aku!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com