innity

pages

Wednesday, October 29, 2014

PROVOKASI JAHAT: Nik Nazmi & Tian Chua KETUAI REMPUHAN Terhadap Polis


Berlaku kekecohan pada hari kedua pendengaran kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyokong beliau membuat provokasi dengan merempuh pagar halangan yang dipasang di sekeliling perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Kejadian pada jam 8.38 pagi itu berlaku apabila penyokong yang berarak dari Masjid Tuanku Mizan tiba di kawasan mahkamah.

Selepas tiba di kawasan mahkamah, perarakan yang diketuai Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad terus menuju ke pagar penghalang yang dipasang Perbadanan Putrajaya.

Nik Nazmi dan Tian Chua terus menolak penghadang kerana kononnya hadangan di buat terlalu jauh dari pintu mahkamah. Berlaku adegan tolak-menolak selama kira-kira 10 minit apabila penyokong mula melaungkan "tolak" supaya orang ramai merempuh pagar halangan tersebut.

Tian Chua dan Nik Nazmi yang berada di barisan hadapan turut kelihatan cuba untuk menolak pagar berkenaan.

Ketika penyokong menolak pagar halangan, kira-kira 50 anggota polis dilihat cuba menahan pagar berkenaan daripada terus dirempuh. Akhirnya pihak polis dapat mengawal keadaan.

Nik Nazmi bersama Tian Chua kemudian memasuki pagar halangan berkenaan untuk berjumpa dengan pihak polis bagi meminta kebenaran supaya penyokong dapat berhimpun di hadapan pintu Istana Kehakiman.

Bagaimanapun permohonan itu ditolak.

Selepas kegagalan  mereka membuat provokasi terhadap pihak polis, Tian teruskan agenda dengan berucap di atas lori pikap.

- Malaysiakini  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com