innity

pages

Monday, October 20, 2014

Program sentuh anjing cubaan hina ulama, kata bekas mufti Johor



Bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program "I want to touch a dog" anjuran umat Islam Liberal di Selangor semalam sebagai satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.
"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie,” katanya.



Menurut Berita Harian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mewartakan pada Oktober tahun lalu haram bagi umat Islam menyentuh anjing yang kering tanpa darurat.
Sementara itu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata pihak berkuasa agama perlu memberi perhatian dan menyiasat tujuan penganjuran program itu yang jelas bertentangan dengan pegangan umat Islam negara ini.
Berita Harian melaporkan beliau berkata, umat Islam tidak seharusnya mengambil mudah mengenai perkara ini dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang bercanggah dengan mazhab Shafie.
Semalam seorang Islam cetek ilmu agama, Siti Sakinah bersama 4 anaknya hadir ke Central Park, Bandar Utama, Selangor, untuk mengambil bahagian dalam acara "I Want to Touch a Dog", satu acara untuk mengatasi ketakutannya terhadap anjing kononnya.
"Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yang lebih besar," kata Siti Sakinah, kononnya merupakan seorang bekas guru agama yang kini bekerja dengan sebuah NGO.
Beliau berkata, suaminya, seorang ustaz, memberi izin untuk menghadiri majlis hari ini.
"Saya mahu melompat gembira apabila dia berkata ya dan saya beritahu anak-anak, mereka harus pergi. Dan mereka semua datang hari ini dengan saya untuk mengatasi ketakutan mereka dan apabila mengetahui anjing juga makhluk yang dicipta Allah yang memerlukan cinta dan kasih sayang," kata Siti Sakinah, yang sejak pagi menyentuh dan mengelus anjing saja.
"Saya masih takut pada anjing besar jadi saya menyentuh yang kecil terlebih dahulu," katanya dengan gembira.
Siti Sakinah dan anak-anaknya antara keluarga yang hadir pada majlis itu yang dihadiri lebih 1,000 orang.
Penganjur acara itu, Syed Azmi Alhabshi, berkata dia berpuas hati dengan hasilnya.
"Kami hanya jangka 60, tetapi ini sudah lebih daripada 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf ke atas sebarang kekurangan," katanya. – 20 Oktober, 2014.

12 comments:

  1. Ajaran nabi mana ye yg dok peluk peluk belai belai anjing ni ?

    ReplyDelete
  2. Rupa pun dah sama macam anjing..eloklaa tu...tak payahlah nak tunjuk2 peluk dan belai anjing tu. Heranlah ramai jugak melayu bangang yang pergi program2 camni.
    Kita tak sentuh anjing bukan bermakna kita takut atau benci dengannya. Hukum dah melarang begitu. Yang penting kita kena tahu anjing juga adalah mahluk Allah yang perlu dikasihi dan diberi makan minum dan tidak boleh sesuka hati kita untuk menganiyaya atau membunuh haiwan ini.

    ReplyDelete
  3. Yang dan beranak pinak ni tak tahu hukum hakam, esok pula makan babi....

    ReplyDelete
  4. Inilah padahnya ikut cakap ustat DAP..kah kah

    ReplyDelete
  5. bukan setakat menghina Islam dan ulama..aku pun rasa terhina..terfikir kat kepala hotak aku..agak2nyalah diaorg ni sempat samak ke sebelum balik rumah?

    ReplyDelete
  6. Jenis binatang tu dah memang HARAM...takkan jadi HALAL benda yg memang dah HARAM...

    skrg ni yg dah jadi HARAM JADAH si ISLAM pemeluk anjing tu...BODOHHHHHHH

    Lepas ni yg bertudung kat atas tu di halalkan untuk di DOGIEKAN...

    ReplyDelete
  7. Dah melampau SiMelayu libral dah nak mampus agak nya mencabar hukum ALLAH, MAIS mesti tegas ambil tindakkan OTAKmereka ni dah dirosakkan oleh pemikiran libral kebeh baik jadi org kafir aje sudah, merosakkan ajaran RASULLULLAH S.A.W. Taubat cepat seblm bala menimpa.

    ReplyDelete
  8. Apasal orang melayu Islam terhegeh-hegeh nak sentuh najis mughallazah, sedangkan bangsa kiasu sendiri jijik dan geli nak sentuh najis sendiri.

    ReplyDelete
  9. Jika masyarakat dijauhkan dengan para ulama, ini lah bahananye...Kementerian Penerangan lagsung tak beri penerangan apa lagi mempersilakan ulama-ulama memberi penerangan!.. biarlah mereka sebab mereka kafir (kristian) berstatus bumiputera(berselindung disebalik istilah bumiputera) lihat i.c. mereka NON-MUSLIM. Kegiatan menghina ulama ini sudah dan sedang berlaku contohnya menentang hudud.

    ReplyDelete
  10. Bodoh bahalol otak kurap penuh sampah

    ReplyDelete
  11. memang elok.
    1.melayu islam kat malaysia lah yg paling urban lah lately nih? steady. ada dapat apa2 pengiktirafan dunia ke?
    2. oleh kerna kita amalkan moderation, takde hal. peganglah anjing tu..pegang..jangan hang jadi ketagih nak pegang najis sudah..if like dat..hang kena pi jumpa shrink. lu sakit otak.
    3. para panganjur. lepas nih lu orang anjurkan lah pulak kempen pegang babi.
    kita tgk ada lagi tak melayu yang juga level urban tapi ingat babi pun perlu dikenali dan dipeluk peluk. ajak abang penganjur peluk sekali semasa tangkap selfie. pasti cute sangat.

    perkara pertama kena buat:
    1. jangan promotekan stigma anjing itu men's best friend! a men's best fren adalah juga manusia. apa pasai anjing?
    2. jgn beri kebenaran bela anjing kat rumah. sebab anjing2 nih dok berselerak kat tmn perumahan yg budak2 melayu nih berasa perlu mereka kenal anjing. kenal al quran dan hadith dulu baru la kita tahu anjing tu najis atau najis itu juga anjing. berbeza 2 perkara itu.

    ah malas gua nak cakap byk byk. yg penganjur nih yang nak kena bagi tarbiah. lepas ni suruh dia anjur program pegang babi, biawak, ular, harimau.
    ini untuk tidak mendatangfkan fitnah kepada cara umat melayu di malaysia menjalakan hukum islam.
    kalau lepas ni, para penganjur acara pegang anjimg nih tak nak anjur program pegang binatang lain pulak, sah mereka ada agenda lain selain nak berasa mesra dgn haiwan haiwan.
    letak depa semua dlm zoo taiping [ada night safari] , tgk camner pulak haiwan2 lain berasa teringin nak pegang manusia urban pulak..

    biar nipis, tapi bertapis
    jgn tebal, tapi bebal

    ReplyDelete
  12. Tindakan patut diambil terhadap penganjur ni kerana membuat provokasi terhadap agama Islam. Selain itu MAIS/JAKIM hendaklah memantarbiah mereka yang memeluk dan membelai anjing ni bagi memberi kefahaman yang lebih baik terhadap Islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com