innity

pages

Saturday, October 25, 2014

Politik Islam adalah islam lawan kafir, Tauhid lawan kufur, BUKAN isu Pembangkang lawan pemerintah


Apabila bercakap tentang identiti politik di Malaysia, kita kena faham siapa pemain di medan ini dan apa yang mereka bawa.

Politik di Malaysia terdiri daripada pelbagai pemain yang ada agenda pelbagai. Sebab tu kita kena faham apa agenda kita. Apa gagasan pemikiran politik kita.

Politik islam bukan isu pembangkang lawan pemerintah sahaja. Tapi jangkau lebih jauh dari itu.

Sebab itu kita kena pergi kepada sejarah. Kena pergi kepada ideologi yang dibawa oleh parti-parti ini, dan apa yang mereka nak. 


Politik Islam adalah islam lawan kafir. Tauhid lawan kufur. 

Apa-apa tindak tanduk politik yg membawa kepada meninggikan kalimah Allah dan menjaga survival umat Islam adalah sejajar dengan politik islam. Apa-apa yg selainnya tapi tidak membawa kepada meninggikan kalimah Allah, itu bukan politik islam. 

Kita terima kepelbagaian politik dalam islam. Orang bukan islam boleh suarakan hak-hak mereka seperti dalam isu pendidikan, kebajikan dan sebagainya. 

Namun penglibatan yang diberikan kepada mereka mempunyai kadar tertentu. Iaitu asalkan ia tidak sampai ke tahap mencabar dan merubah hukum asas yang menjadi identiti negara. 

Kepelbagaian politik dalam negara islam, mestilah terletak bawah kedaulatan perlembagaan.

Apa yang berlaku sekarang, mereka bergerak beyond perlembagaan dan mencabar perlembagaan. Sampai kadang-kadang timbul isu nak jadikan negara ni negara kristian. 

Kebebasan politik di negara ini sangat terbuka. Contohnya, Malaysian Malaysia bercanggah dengan perlembagaan. Tapi bebas diperjuangkan atas nama kebebasan politik.

Tidak ada negara lain yang membenarkan perkara sebegini. Tapi di negara kita, kepelbagaian politik itu terlalu bebas tanpa batas. 


Politik bagi ISMA, kita melihat secara menyeluruh. ISMA tidak melihat kepentingan mana-mana pihak. Kita lihat kepada kepentingan ummah. Sedaya upaya kita nak umat kita bersatu. 

Bukan matlamat asas kita utk semua orang ikut ISMA. Tapi kita nak orang melayu islam bersatu. Kalau pas, umno etc boleh terima perkara ini (14 cadangan seperti yang disenaraikan dalam kertas kerja), kita boleh bersatu, tak penting ISMA terletak di mana. 

Golongan liberalism and pluralism memang 'patent'kan diri mereka sebagai progressive and moderate dan menggelarkan orang macam ISMA ni sebagai ekstremis. Ini benda lama sejak zaman eropah dulu-dulu.

Vocab yg digunakan oleh golongan ini juga semuanya vocab import. Kita membangunkan islam dengan vocab islam. Tapi kita dipaksakan guna vocab kristian barat. Contohnya mereka bertanya kita adakah politik islam ni politik civil atau politik autokratik. Sedangkan islam tidak ada kaitan dengan kedua-dua itu.

Semua ini bukan benda baru. 


-Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, 
Presiden ISMA

3 comments:

  1. Politik Islam adalah islam lawan kafir, Tauhid lawan kufur, BUKAN isu Pembangkang lawan pemerintah

    chop.
    ustaz.. betui ka apa yang ustaz cakap nih?

    macam nak kena pebetui je. saya pebetui sikit lah ye.. kalau tak pomen sesuatu generalization, ianya hanya sekadar topik general lah kan. tak best la kan..

    ianya sepatut nya berbunyi begini: [ tak payah la nak guna LAWAN LAWAN ni.. LAWAN ni dgn nafsu diri sendiri aje.. dgn yg lain lain kita guna pendekatan KAWAN, ustaz.

    Politik Islam adalah :
    1.islam mendekati kafir, [ kita kena ensure depa knows about the light ]

    2.Tauhid di pilih dari kufur [ tauhid as 1st choice of option in life ]

    3. isu Pembangkang lawan pemerintah --> ha..yg ini yg paling berbisa..

    ia sepatutnya, isu pemerintah cuba lawan rakyat yang berpusu pusu mahu memberi sedekah dan bayar zakat. wonderful.

    pembangkang ?- kat malaysia nih, mana ada pembangkang..cuma kaki komplen yg tak habis2 nak sesuatu tapi tak mahu korban even 1 atom pun . simple.

    sorry ye ustaz, jadi hantu lilin kat artikel ustaz pulak..

    biar nipis tapi bertapis
    dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi betul ilmu orang yang komen ni

      Delete
    2. Tinggi smpi nipis nampak tebal. Kting kting kting.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com