innity

pages

Saturday, October 18, 2014

(Plat BMW1) KELIRU antara ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN dan PENJAWAT AWAM (KEDUA-DUANYA JAUH BERBEZA)




Gambar di atas adalah petikan daripada sebuah blog www.funnymalaysia.net yang jelas keliru dengan maksud 'ANGGOTA PENTADBIRAN KERAJAAN' dan 'PENJAWAT AWAM' (GOVERNMENT CIVIL SERVANT).

Kesilapan itu telah menyebabkan blog tersebut membuat tuduhan dan fitnah terhadap Perkhidmatan-perkhidmatan Awam, penjawat awam atau kakitangan Kerajaan.

Berikut adalah petikan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan maksud Anggota Pentadbiran Kerajaan dan Perkara 132 yang menjelaskan maksud Perkhidmatan-perkhidmatan Awam:


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI



Perkara 160. Tafsiran.
(1) Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 [M.U. 7 tahun 1948], sebagaimana yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka, setakat yang dinyatakan dalam Jadual Kesebelas, hendaklah terpakai bagi pentafsiran Perlembagaan ini sebagaimana Ordinan itu terpakai bagi mentafsirkan mana-mana undang-undang bertulis mengikut pengertian Ordinan itu, tetapi dengan menggantikan sebutan mengenai Pesuruhjaya Tinggi dengan sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong.

(2) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ungkapan-ungkapan yang berikut mempunyai erti sebagaimana yang diberikan dengan ini kepadanya masing-masing, iaitu-

"Akta Parlimen" ertinya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen;

"Anggota pentadbiran", berhubung dengan Persekutuan, ertinya seseorang yang memegang jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Politik dan, berhubung dengan sesuatu Negeri, ertinya seseorang yang memegang sesuatu jawatan yang bersamaan di dalam Negeri itu atau yang memegang jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (selain anggota kerana jawatan);


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM



Perkara 132. Perkhidmatan-perkhidmatan awam.
(1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-perkhidmatan awam ialah—
(a) angkatan tentera;
(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
(d) pasukan polis;
(e) (Dimansuhkan);
(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
(h) perkhidmatan pendidikan.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dengan nyata selainnya oleh Perlembagaan ini, kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan-perkhidmatan awam, selain orang dalam perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (g) Fasal (1), boleh dikawal selia melalui undang-undang persekutuan dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Yang di-Pertuan Agong; dan kelayakan bagi pelantikan dan syarat perkhidmatan orang dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri boleh dikawal selia melalui undang-undang Negeri dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedemikian, oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu.
(2A) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (d), (f) dan (h) Fasal (1) memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Perlembagaan Negeri itu, tiap-tiap orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
(3) Perkhidmatan awam tidaklah dikira sebagai termasuk—
(a) jawatan mana-mana anggota pentadbiran di dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri; atau
(b) jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri; atau
(c) jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; atau
(d) jawatan anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini atau mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; atau
(e) apa-apa jawatan diplomatik yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah, iaitu jawatan yang, jika tidak kerana perintah itu, akan menjadi jawatan dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.

6 comments:

  1. sure blogger ni pekerja swasta..or tak penah keja

    ReplyDelete
  2. mungkin penulis keliru pasal kereta. bukan nombor kereta. kalu pm pakai proton perdana accord, anggota pentadbiran kerajaan pakai bmw m6, fuhhhh bikin kacau kita. yang pandu keta tu, pemandu atau anggota pentadbiran kerajaan. tak kisah la tu kalu betul caranya. tapi lebih baik dapat duit daripada guna nombor tu. bikin duit lebih banyak untung kerana ambil daripada orang kayaaaaaaa.

    ReplyDelete
  3. Bila blogger mcm funny Malaysia tk buat homework. ..tambah pula sikap negetif yg dlm kepala tu nk hentam org lain je...org lain semua salah...

    ReplyDelete
  4. U ni buat malu sj la
    U fhm x isu ni ade 2/3 isu?
    Perlembagaan persekutuan dah mmg betol..
    Tp yg mengelirukan sehelai kertas yg ditampal jpj
    Kalo mereka ni mmg blh dipanggil anggota pentadbiran bla bla bla...
    Tp sebenarnya anggota lantikan politik, xkan sampai dpt no. Plate free???
    No. Plate mhl plak tu!
    Lepastu jual kpd org lain ribu riban mcm tu??
    Lepastu kerajaan bising psl ketirisan bla bla bla...
    Lepas tu plak mmg org awam berhak rs sangsi bila org bernama anggota pentadbiran kjaan pkai bmw 6 series...
    Siapa punya tahi?
    Pure gomen staff atau ahli politik???
    Salah rakyat ka??
    Cuba ingat isu sultan johor beli proton neo kaler oren,
    Baginda ckp hasil beli no. Plate 1 angka tu kembali kpd rakyat
    Itu aku setuju,so now knp plak ade yg dpt free??
    Amboi..rakyat kena tax, beli no. Cantik skit pon kena byr, u politicians korek semua peluh rakyat kn??


    I sound mcm pr tp i undi bn last pru..now menyesal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni reti bahasa Inggeris tak....blog funnymalaysia tu tuduh pegawai kerajaan,

      Delete
    2. Bang,

      Blog tu tuduh peg kerajaan apa?
      Sb pkai bmw 6 series
      Sb plate bmw1?
      Atau sb kedua2 skali...
      Kalo pkai plate bmw1 tp proton saga sv rasa2 jd isu sgt x?
      Ke u x pandai membaca?
      Dont argue la bro..either one it is bad in the eyes of the rakyat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com