innity

pages

Wednesday, October 15, 2014

PERMATA lapor polis berhubung FITNAH artikel portal Pembangkang



PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu.
    
Menurut PERMATA, laporan itu dibuat seorang pegawainya di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya hari ini.
    
Agensi itu mendakwa artikel bertajuk ‘Subsidi dipotong demi Permata Rosmah RM711 juta' yang dimuat naik portal itu pada Ahad lepas, telah memburukkan nama baik pegawai PERMATA yang bertanggungjawab menguruskan peruntukan agensi itu.
    
Selain itu, PERMATA mendakwa ia juga memburukkan nama penaung program PERMATA yang juga isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
    
Agensi itu berharap polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak bertanggungjawab memuat naik artikel itu.

- Bernama

1 comment:

  1. Teruskan saman tetapi nanti bila ada permohonan maaf ditarik pula saman itu. Sampai bila mereka nak menipu jika tidak diajar dengan setimpal. Teruskan SAMAN.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com