innity

pages

Sunday, October 12, 2014

(PENGHASUT MAHU MANSUH AKTA HASUTAN) Himpunan Anti Akta Hasutan BERTEMBUNG dengan Kumpulan PENYOKONG Akta Hasutan


Perhimpunan anti-Akta Hasutan 1948 anjuran Suaram hari ini bertembung dengan sekumpulan lelaki yang menyokong undang-undang itu.

Kumpulan penyokong Akta Hasutan tidak berganjak, malah meminta mereka yang degil mahu Akta Hasutan agar bersurai dan meninggalkan tempat itu.Turut kelihatan dalam kumpulan itu seorang anggota Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, yang memakai kemeja-t bertulis "Pertahankan Akta Hasutan".

Kumpulan anti Akta Hasutan turut disertai aktivis Suaram Ong Jing Cheng dan Prema Devaraj serta Toh Kin Woon daripada BERSIH.

Sebelum ini, jurucakap Persatuan Mukabuku Pulau Pinang menggunakan pembesar suara dan berkata “selagi kumpulan itu ada, Akta Hasutan akan tetap diteruskan”.




Keamanan dan kestabilan dalam negara boleh tergugat jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana beberapa hak serta keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan boleh dicabar.


Sebelum ini Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata akta berkenaan ketika ini berperanan melindungi beberapa perkara melibatkan institusi diraja, hak dan keistimewaan Bumiputera serta kebebasan bersuara.
"Saya merasakan kalau Akta Hasutan dimansuhkan, orang boleh mencabar apa-apa keistimewaan yang termaktub untuk Bumiputera di dalam perlembagaan.
Kalau semua ini dicabar saya rasa negara kita tidak akan aman dan boleh mendatangkan keadaan di mana keselamatannya tergugat, (sedangkan) perkara inilah yang akta ini (Akta Hasutan) tadi nak lindungi," katanya 




Menurut Presiden Kelab Warisan Malaysia (Keris) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang juga seorang pengamal undang-undang ada satu sebab utama mengapa Majlis Peguam dan Presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan beriya-iya benar ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Mohd Khairul di status Facebooknya menyatakan sejak kebelakangan ini, Majlis Peguam beriya-iya mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 namun  sebab sebenar ini tidak pernah di bincangkan secara terbuka oleh Bar Council dan Ambiga dalam mana-mana majlis atau penulisan mereka.

Apakah sebab utama mereka nak mansuh Akta Hasutan 1948?

Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mereka mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI hal-hal yang merupakan satu kesalahan di bawah  AKTA HASUTAN 1948.

Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI di bawah AKTA HASUTAN.

Mohd Khairul menjelaskan, jumlah Ahli Parlimen pembangkang semakin ramai di Parlimen dan satu hari nanti mereka mungkin menjadi kerajaan namun selagi AKTA HASUTAN tidak dimansuhkan, mereka tidak akan mampu menghapuskan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu melalui Parlimen kerana tindakan itu akan merisikokan mereka dikenakan tindakan AKTA HASUTAN.

Beliau juga menyatakan, buat masa ini, sebagai diversion, mereka hanya menggunakan  alasan AKTA HASUTAN menyekat kebebasan, menganiaya Adam Adli,  Ali dan beberapa individu namun itu bukan sebab sebenar.

Sebab itulah kita semua, biarpun berlainan fahaman politik mesti mempertahankan AKTA HASUTAN 1948 dengan apa cara pun.

3 comments:

  1. Benar sekali. Majlis Peguam dan ambiga tahu sangat kelemahan akta hasutan dan di mana mesti di robek mereka untuk memansuhkan Akta Hasutan yang terbaik menjaga kerukunan dan kedamaian rakyat Malaysia.

    KEKALKAN AKTA HASUTAN demi Melayu Islam dan Bumiputera Bukan Melayu.

    ReplyDelete
  2. Siapa yang nak didakwa sekiranya tiada yang menghasut. Perkataan menghasut itu pun telah membawa maksud yang tidak baik.

    Perlu dipekukuhkan Akta Hasutan dan Fitnah sabit kesalahan buang negeri. Pastinya negara asal keturunan mereka pun tak mahu terima Kaki Penghasut dan Pengfitnah.

    ReplyDelete
  3. OK gak akta hasutan ni dihapuskan ...nanti rakyat bole ambil tindakan sendiri pada sipenghasut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com