innity

pages

Saturday, October 25, 2014

(PENDEDAHAN KAJIAN PROF. TEO) 604 Pelatih PLKN Kaum Cina & India TIDAK BOLEH BERCAKAP MELAYU, Calon Lulus SPM Tidak Boleh CAKAP MELAYU Walau Sepatah


MELAKA 24 Okt. – Seperti tidak percaya bagaimana calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh lulus peperiksaan itu sedangkan langsung tidak boleh bercakap bahasa Melayu walaupun sepatah.

Itu adalah berdasarkan statistik daripada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila seramai 604 peserta kaum Cina dan India yang mengikuti program tersebut langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

Mendedahkan perkara tersebut Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi Selangor, Prof. Dr. Teo Kok Seong berkata, kajian itu dibuat dalam kalangan 14,000 pelatih di 79 buah kem di seluruh negara pada 2010.

“Sebanyak 604 pelatih PLKN itu telah dikategorikan tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu dan saya juga pelik bagaimana mereka boleh lulus SPM?.

“Keadaan ini sebenarnya amat pelik dan tidak sepatutnya wujud kerana sebagai warganegara Malaysia mereka ini wajib menguasai bahasa Melayu dengan baik.

“Situasi ini tidak berlaku di Thailand atau pun Indonesia kerana kita dapat lihat di Selatan Thailand, orang Melayu di sana boleh bercakap bahasa negara itu dengan sempurna dan begitu juga di Indonesia, orang Cina petah bercakap bahasa Melayu'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk Jati Diri dam Patriotisme Dalam Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Kepimpinan Jati Diri dan Perwaris Budaya sempena Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) ke-15 di Perkampungan Hang Tuah Duyong di sini hari ini.

Seminar tersebut telah disempurnakan oleh Presiden DMDI, Tan Sri Mohd. Ali Rustam yang turut dihadiri kira-kira 100 peserta.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, keadaan yang berlaku itu menyebabkan tenaga pengajar di PLKN tidak dapat menyampaikan modul berkaitan soal kenegaraan dan kerakyatan kerana kegagalan 604 pelatih terlibat tidak boleh bercakap bahasa Melayu.

Di samping itu beliau turut mempersoalkan bagaimana pelatih terbabit boleh lulus SPM sedangkan mereka langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu.

Justeru menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terhalang.

Ujarnya, langkah perlu dilaksanakan agar semua lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya orang Cina dan India dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.

5 comments:

  1. yang ini kena tanya najib dan muhyidin. bantuan yang diberikan kepada sekolah cina langsung tidak memberikan sebarang faedah. RM50 juta itu pun dikatakan tak mencukupi untuk menternak bangsa mereka menjadi penentang negara.

    ReplyDelete
  2. MUSTAHIL sama sekali mereka boleh lulus SPM - kalau tak boleh cakap sepatah B.
    Melayu! Aku syak pelajar lain yg. ambil periksa utk. depa!

    Aku syak si puak PENDATANG ni mungkin ada IC palsu - sebab kalau belajar BM dari kecil tentu dapat bercakap B. Melayu. KDN mesti masuk campur dan MENYIASAT ni - sebab ini amat MEMBAHAYAkanKESELAMATAN/KEDAULATAN negara serta rakyatnya, sampai PLKN mereka boleh TEMBUS, dgn. jumlah yg. besaq!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah memang menipu begitu lah cinabeng-keling! Tahun tahun 70-80an di Singapura cinabeng penguasaan bahasa Inggeris tonggang terbalik pun boleh lulus sebab itu antara bahasa wajib lulus dimana melayu-muslim bijak pandai dengan aggregate yang baik GCE 'O' dan 'A' boleh dimatikan dengan lulus cukup makan atau lulus setakat 'satisfactory yang mebuat peluang belajar ke pengajian lebih tinggi terbantut atau terpaksa mengambil jalan kebih lama/tambahan.

    Peminggiran sistematik oleh LKY dan licik antara sebab Menteri Penuh tidak pernah dari orang melayu bagi Kementerian Pelajaran. Kementerian lain-lain lagi lah terus out of bound.

    Selagi melayu-muslim-bumjputera di Malaysia bertelegah ia permudahkan kerja jahat DAPigs nih!

    Aku cuma sampaikan dari pengalaman tapi kalau tak dibawak ikhtibar pun nak cakap apa lagi.

    ReplyDelete
  4. chop
    1. ish apa yg nak diherankan..
    hang pi la ke area kepong suburbs, seri kembangan inner, kelang.. berlambak aih golongan yg dah veteran dan tua tua yg tak tau cakap melayu sepatah haram pun, tetapi masih boleh berjaya atau hidup sampai ke tua kat malaysia ni aih. siap ada kedai sebijik dua ,beranak pinak sampai ke cucu cicit, dan apa bagai.. cemerlang beb. so..kita ini meneruskan legasi keturunan sahaje..apa nak heran

    yang best nyer kat malaysia nih, hang tak payah belajaq cakap bahasa ibunda depa pun, hang masih boleh cari makan, jadi kaya raya dan mampu miliki rumah. lain tempat tak dapat beb..

    2. kalau yang tua tua nih bole survive malaysia tanpa pedulik pun nak asimilasi, kenapa la yang taiko taiko rambut merah rata rata nak belajaq cakap melayu?? melayu semua lalat maa... takkan hampa semua tak perasan lagi kot?..tipulah.. buat buat tak perasan kot..

    3. papan tanda iklan pun bersepah aih yg ada tulis mando or kanto only and maybe sbb tamil bukan bahasa pujaan golongan muda mereka berbanding English..

    4. nasib baik la, pendatang Melayu hanya dapat tau isi iklan yg ada tulis bahasa inggeris sebagai ihsan, Spring Return.. Adult Toy.. . tapi kalau iklan or propaganda yg hanya tulis tulisan lain selain BM or BI, jangan harap le..itu makna nyer.. mereka tak ingin kita ini tahu atau tidak peduli pun jika kita orang Melayu ni nak tahu apa isi nya iklan itu.

    kalau kami tak tulis melayu, itu makna nya iklan bukan untuk orang melayu. haiyaa..itu pun tak paham?

    5. takkan korang takder colleague dari Sjk yang kata depa only mula bercakap melayu bila mereka mula bekerja dan only akan cakap melayu kalu kawan kat tempat kerja mereka ada budak melayu. gila lah.. hanya mula berkomunikasi dlm BM selepas SPM or STPM.. ini geng2 gaji yang kena bayaq income tax nih..bukan kuli kedai moto. kalau kuli2 kat kedai moto tu, kita boleh la grasp the reality.

    sebagai kesimpulan nya, saya berpendapat:
    1. silibus pendidikan negara ini telah lemau dan masuk angin. sila kurangkan red tape. byk kan action. boleh?
    2. kerajaan malaysia terlalu lembut sampai org dah lupa mcm mana nak jadi tegas. tegas kat perkara yg tak sepatutnya seperti, di kaunter kaunter kerajaan, tak payah lah..
    3. keep this up, budak2 melayu yang last2 kena belajaq bahasa Mandarin or Kanto or Tamilan... baru la cara ye dak?
    4. add notes: cuba periksa, Bangla bangla yang kerja kat Petaling Street tu, tahu cakap melayu ke cakap cina?

    you will be suprise if para pejuang BM semua peduli nak turun padang buat some intel work.. duh.. makan gaji buta ker?

    orang meng-identitikan bangsa, kita di-identitikan oleh bangsa.
    apa macam nih?

    biar tipis tapi bertapis
    dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete
  5. ..tambah sikit:

    dok sebok ambik hati depa je...
    hati kami nih, sapa yang nak sebok peduli...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com