innity

pages

Sunday, October 26, 2014

PBNP Kutuk tindakan pijak bendera Johor


TINDAKAN memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.

Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.

Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),  Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.

2 comments:

  1. a ah. ini elok sangat la.

    1. ini sebab banyak sangat tengok bola luar negara . ie : champions league lah ..euro lah..thru sports channel. konon konon hooligans la. poodah.. mai sini aku khatankan lagi sekali, tgk ada hooligan ka tarak..

    2. ini lah dia semangqat negeri yg ditagih tagihkan.. amacam? bagus? seronok dapat tgk bendera negeri kena pijak? lepas ni pasti ada yg retaliate balas balik kan.. dah tu, bila nak habis? balls

    3. wei, penyokong bola sekalian.
    perkara pertama : bila orang suruh pegi sekolah, pegi..jgn ponteng pi lepak cybercafe. sebab nya, cara hormat bendera pun lu dah tak tu dah nih, gua pasti kalu tanya lebih pasai malaysia, tobat la fail.

    perkara kedua: bila hooligans di europe tu pi tgk bola, depa kebanyakanya dah mabuk minum lager sebelum pi stadium..
    yg lu org mat bola malaysia ni, apa ke hal nya? mabuk jugak ke? mabuk ape ? air ketum?

    simpan duit pi beli proper shoes dulu baru la nak pi pekena ketum ke ape ke.
    tak sesuai imej lu tu..tak melambangkan hooliganism langsung. dgn perut nampak pusat nyer..alahai

    ok la. gua bab bola nih gua malas nak bertoje.. nak nak bab fans bola..alahai.. lemmahh..
    kasi itu bola punya game kemas dulu, baru bole citer fans and hooliganisms..

    setakat level sekarang.. main tulo lagi baik..

    biar nipis tapi bertapis
    dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete
  2. Inilah didikan puak yg selalu galak remaja berkelakuan ganas dgn acara rusuhan bantah dan demo itu dan ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com