innity

pages

Thursday, October 23, 2014

Orang Melayu tidak lagi boleh harap kepimpinan politik untuk bela nasib mereka


BANGI, 23 Okt – Semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata kepada parti-parti politik Melayu Islam, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.
Jelas beliau, orang Melayu kini tidak lagi boleh mengharapkan pemimpin-pemimpin politik untuk membela nasib mereka yang kian tercabar.
Ini kerana kepemimpinan Melayu telah melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.
“Apabila terdapat segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak, mereka dilabelkan “racist” (perkauman), manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).
“Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus.
“Sebaliknya, mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi,” ujar beliau yang dipetik dalam tulisan blognya bertajukIsu Kepemimpinan: Memperkatakan Sikap Melayu.
Tambah Datuk A. Kadir, orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.
Jika dulu, orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.
“Orang Melayu yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi.
“Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei),” kata beliau.

6 comments:

  1. Sekirannya pemimpin politik tidak boleh lagi membela Melayu, bubarkan sahaja Umno, kerana kononnya atas dasar itulah parti itu ditubuhkan, dan disokong oleh orang Melayu semasa PRU13.

    Tapi apa yang orang Melayu dapat - dihadiahkan dengan penghapusan Akta Hasutan dan pesta anjing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin Melayu sememangnya perlukan orang Melayu memberikan sokongan untuk mendapat kuasa serta mempertahankan kerusi semata mata untuk kepentingan diri sendiri. masaalahnya orang Melayu yang memberikan sokongan yang tak sedarkan diri. aku sarankan di PRU akan datang, orang Melayu usah lagi berikan undi kepada parti, tetapi kepada calun bangsa Melayu yang difikirkan benar benar berjika Melayu.

      Delete
  2. Bayangkanlah UMNO di masa depan dikuasai sepenuhnya pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL yg. perangai amat TAK SENONOH contohnya mamat-kaki-ZUMBA-dan-syok-pakai stokin ‘PINK‘-mcm. mamat-SODOM serta rakus memuja diri sendiri! Lihat di - http://helenang.wordpress.com/2014/10/23/isma-melayu-akan-respon-dan-membalas/ , Isma: “Melayu akan respon dan membalas”, October 23, 2014!

    Sekrg. si PENDATANG KAPIRDAJAL bukan ikhlas minta maaf, tapi amat LICIK, sedg. menggunakan isu si APEK RASIS GerakanTERKANGKANG ni utk. terus berkempen besaran, utk. MENGHAPUSkan identiti, sejarah dan hak BUMIPUTERA Islam/Melayu di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni - dgn. kempen besaran utk. menghalang penggunaan istilah 'PENDATANG' (immigrant); dgn. MEMANIPULASIkan kempen 'keharmonian' 1Malaysia pula!

    Kat Barat pun, menggunakan istilah 'Immigrant' (PENDATANG) utk. mempertahankan identiti dan hak BUMIPUTERAnya. Jadi si PENDATANG HIPOKRIT kat Tanah Melayu ni nak MENIPU psl. sejarah nenek moyang kita!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Islam/Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, serta bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal -Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU dan adalah legasi PENJAJAH British-ZIONIS utk. melahirkan dasar SATU “bangsa Malayan bersatu”, pelansungan dari Malayan Union-JAHANAM].

    ReplyDelete
  3. Orang Melayu dah hilang adat sopan. Orang Melayu diajar supaya bersikap kurang ajar. Cuba tengok kat jalan raya. cuba tengok kat supermarket. Kalau berjalan terus celah kat depan muka orang tak kira muda atau tua. Banyak Melayu yang profesional tapi tak maintain keMelayuan. Dimanakah identiti Melayu. Apakah budaya Melayu dan bukan budaya Melayu. Yang bermotor.besar. bawa motor.laju ikut tengah jalan kalau ada marshal suruh orang ketepi dia nak lalu macqm raja. Melayu tak hormat pemimpin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. chop.
      lu betul ke ni brader?

      1. tu semua yg lu ungkap kan tu semua sifat sikap individu. bukan sifat collective. mana boleh samakan sifat individu dgn sifat collective bangsa brader?
      lu bior benor yeop..

      2. tu semua subjectif traits brader. balik rumah. buat keaian lebih mendalam lagi sebelum keluar kejian.
      sebab points yg lu bagi utk kata melayu ni poyo adalah weak points. terlalu general. dan tidak boleh dianggap sebagai gospel. paham?

      lebih tepat kalu kata melayu gemar bergaduh walaupun tidak dibawah pengaruh alkohol. ha..point macam itu la yg rata rata kita can relate to.

      3. lu bagi contoh, marshall atas highway? lu pasti ke yg lalu tu org melayu or org iban? apa bukti nya? hang tahan mintak depa tunjuk IC? entah2 abo aussie punya konvoi.
      tak ke perumpaan stupid tu?

      4. tak hormat pemimpin?
      atas apa basis / ground kata tak hormat pemimpin?
      pemimpin adil semua manusia akan hormat. pemimpin zalim semua manusia akan tolak. bukan orang melayu sahaja lah.

      setakat sembur abjad kosong time menaip, in the end, lu akan kena fire-lah dari orang seperti saya oleh kerana anda memberi points yg tidak patut sama sekali.dan ini adalah sampah sama sekali.
      ...jgn marah ye

      5. or adakah anda memberi points sifat di atas utk menghalalkan cara anda treat a malay or malay as a whole on your day to day basis. the macheavellian methods?

      ie: lu stereotaip a malay person as kurang ajaq,
      so the rest of the day, semua mamat melayu yg lu jumpa, lu bagi middle finger.
      tak boleh la macam tu. lu kena treat it as case to case basis.

      stereotyping is a dangerous element to fondle around with brader anonymous.

      biar nipis tapi bertapis
      jgn tebal tapi bebal

      Delete
  4. Wei
    Apa dok bising nih...
    1. Orang melayu hanya menjadi sifat mereka lah, yakni menjadi layu. Apa yg kecoh? Sifat diri hampa semua kan? buat buat tak sedar pulak. Berlakon pandai.
    2. Bangsa pendatang asing nih memang opportunis. Kalu depa ni tak opportunis, takde le depa naik tongkang datang cari kerja kat malaysia ni.

    Sekarang, formula nyer adalah bagaimana nak suruh si melayu pemalas nih untuk berjaya mengajak si pendatang opportunis ni yg semakin lama semakin defensif agar menghormati halal haram melayu islam.

    Ada formula?
    Setakat sembang deras, tak mau..
    Setakat kencing hangat, pun tak mau...

    Biar nipis tapi bertapis
    Dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com