innity

pages

Wednesday, October 29, 2014

MP BN mahu PEMANDU dinilai semula


Seorang MP BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menggesa kerajaan menilai semula peranan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang menurutnya tidak mendatangkan hasil kepada negara.

Katanya, peranan PEMANDU juga sepatutnya diletakkan semula bawah Unit Perancang Ekonomi agar tidak bertindan dan juga untuk memastikan sistem pengurusan kerajaan menjadi lebih baik.

"Salah satu masalah besar ialah tiada penyelarasan yang baik antara kementerian dan PEMANDU. PEMANDU mengambil alih banyak peranan kementerian dan laporan PEMANDU tidak senada dengan laporan kementerian.

"Saya mencadangkan agar kerajaan memikirkan semula peranan PEMANDU atau dikembalikan kepada EPU," kata MP Kulim-Bandar Baru itu yang menjelaskan bahawa ia merupakan pandangan peribadinya.

Namun, beliau mendakwa maklumat yang diperolehinya dari sumber kementerian menunjukkan PEMANDU “hidup di dunia sendiri” kerana tidak mendapat sokongan kementerian lain.

"PEMANDU (menilai) KPI (indeks prestasi utama) kepada kementerian. Semuanya berdasarkan teori dan simulasi, bukannya dari perkara sebenar.

"Sistem ini tidak berfungsi, kita ada jabatan yang tidak dapat sokongan dari semua kementerian lain, buat apa?" kata beliau.

PEMANDU yang ditubuhkan pada 16 September 2009 diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan.

Peranan itu juga bagi Program Transformasi Ekonomi dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama semua menteri.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas PEMANDU ialah Datuk Seri Idris Jala. 

5 comments:

  1. Beraninya mp tu lawan boss dan kata idea boss silap. Nak terencat jawatan agaknya.

    ReplyDelete
  2. berani kerana benar, takut kerana salah

    ReplyDelete
  3. Dalam Islam pun kalau imam tak betul patut kena tegur....saya sokong mana2 MP yang ada keberanian untuk menyatakan kebenaran. Harap2 ramai lagi yang berani menegur perkara2 yang tidak betul didalam kerajaan demi kebaikan negara

    ReplyDelete
  4. Jgn. haraplah puak Islam/Melayu-LIBERAL yg. dah KUASAI UMNO akan dengaq kenyataan BERANI YB Datuk Abdul Aziz ni!

    Aku dah muak dgn. si Islam/Melayu-ELIT-LIBERAL HIPOKRIT, yg. asyik nak kaya anak-beranak depa dan asyik nak jaga "perpaduan kaum" - sedgkan si bangsa PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS asyik MENGHINA/MENGGERTAK Islam/umatnya!

    Dan juga, HAK dan TANAH PUSAKA nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita pun terus TERGADAI kat kaum PENDATANG tempatan dan asing – BUMIPUTERA Melayu sekrg. cuma memiliki 20% tanah kat Semenanjung Melayu ni; KEJAMNya PENGKHIANATAN ini! Aku berdoa agar ALLAH SWT akan BALAS di atas KEKEJAMAN ini!

    Lihat di - http://www.ismaweb.net/2014/10/hanya-20-peratus-tanah-di-semenanjung-dimiliki-oleh-melayu/ , Hanya 20 peratus tanah di semenanjung dimiliki oleh Melayu, October 26, 2014:

    KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menurut sebuah kajian, tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Semenanjung secara keseluruhannya hanya 20%, manakala 80% lagi dimiliki oleh orang bukan Melayu.

    Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Yusof berkata, kajian lain pula mengatakan daripada 32 juta ekar tanah di semenanjung, hanya 11% sahaja berstatus Tanah Rizab Melayu, iaitu bersamaan 8 juta ekar sahaja.

    Selain itu, satu kajian lain mendapati di Pulau Pinang hari ini tidak lagi wujud Tanah Rizab Melayu.

    Beliau berkata demikian kepada lebih 300 hadirin di Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu petang ini di Dewan ISTAC, Persiaran Duta Kuala Lumpur.

    Tambahnya, dapatan kajian tersebut amat membimbangkan kita selaku orang Melayu di tanah air sendiri......

    (Teruskan membaca.....)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong 200% apa yang YB Kulim-Bandar Baru cakap. Pemandu adalah geng kangkung yang bawak Najib ke laut. Berlagak tapi hanya tin kosong. Dibayar gaji dengan ganjaran tak masuk akal pulak tu.

    Mungkin hanya YB ini seorang sahaja yang sedar yang penjawat awam penting dalam mempengaruhi trend undi khasnya masyarakat Melayu.

    Melayu suka memendam rasa, tak cakap, tapi dalam hati, siaplah nanti. Setakat BRIM takkan dapat ubatkan hati yang sakit.

    Jangan nanti kerana Pemandu, hilang lagi 5 negeri masa PRU14!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com