innity

pages

Thursday, October 16, 2014

(MACAM DEMO PEMBANGKANG) Penyokong JDT BIKIN KECOH bertembung Dengan Polis


JOHOR BAHRU: Suasana sebelum aksi timbal balik suku akhir kedua Piala Malaysia 2014 antara skuad Harimau Selatan dan Terengganu di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, di sini sedikit kecoh, sebentar tadi.
Situasi tegang berlaku ketika perarakan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT), menuju ke stadium membabitkan beberapa ahli kumpulan berkenaan dengan pasukan keselamatan.
Ia berpunca daripada tindakan ahli kumpulan berkenaan menyalakan suar ketika berarak menuju ke stadium kira-kira jam 6.30 petang.
PENYOKONG JDT berarak sebelum memasuki stadium pada perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu di Stadium Larkin. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Suasana kembali tenang dengan ratusan ahli kelab penyokong itu meneruskan perarakan menuju ke pekarangan stadium tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Sikap buruk seperti Perarakan kumpulan penyokong telah menjadi perkara biasa dilakukan pada setiap perlawanan membabitkan JDT di pekarangan stadium.

1 comment:

  1. Salam.
    Bab fan bola over ethusiastic? Saya jamin semua penyokong pun fanatik. Bukan jdt sahaja. Normal.
    Tapi. Penyokong bola malaysia nih byk sgt tgk europe punya league nih. Sampaikan filem cult utk hooligans pun sure hampa semua dah khatam nih. Biasa la tu. Zaman gua, vatos locos. Blood in blood out. Skrg zaman hooligan bola.
    Tapi mat saleh pi stadium tuh kepala dia dah tune baik dah kat bar sebelum ke stadium. So, depa ni brawling sebab intoxicated lager. ..kita ni melayu, tak kena lager, so jatuh pandangan masyarakat kepada fan kita ialah, perangai memang liar , sebab tak mabuk pun ganas cam org mabuk.
    Camana kita nak teruskan semangat rebel football fan tapi kelakuan tu bergaya. Kasi stail sket.
    Time gua tgk bola dulu, half time, geng2 laki pi kat dinding stadium, kencing. Itu time lagi parah.
    Skrg ni sbb byk tgk youtubr dgn satelite channel je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com