innity

pages

Thursday, October 30, 2014

(LIWAT HARI KE-3) Perkarangan Istana Kehakiman LENGANG, Mana Penyokong Anwar pergi? Sebab Tidak lagi DIBAYAR?

Hanya terdapat segelintir kecil penyokong Anwar yang hadir

PUTRAJAYA: Suasana di luar Istana Kehakiman di sini, Khamis, lengang tanpa kehadiran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tidak seperti hari pertama dan kedua prosiding yang menyaksikan hampir 1,000 penyokong ketua pembangkang itu berhimpun, kawasan luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari ketiga prosiding hanya dipenuhi pihak media yang hadir sejak pukul 7 pagi.

Sehingga pukul 11 pagi, kehadiran penyokong Anwar bolehlah dikatakan sebagai hanya 'beberapa kerat' sahaja dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan. 

Sebelum ini terdapat kenyataan daripada penyokong Saiful bahawa kehadiran penyokong Anwar adalah dibayar sebanyak RM300.

Adakah peruntukan bayaran kehadiran hanya untuk dua hari sahaja?

Malah, Anwar yang sebelum ini sering muncul di luar mahkamah untuk bertemu penyokongnya sebelum proses pendengaran rayuannya bermula, tidak langsung dilihat kelibatnya pada pagi Khamis.

Bagaimanapun difahamkan bahawa ahli politik itu telah memasuki kamar mahkamah pada pukul 9.10 pagi.

Tidak sekadar 'tandus' penyokong, perkarangan Istana Kehakiman juga ketandusan pemimpin-pemimpin tertinggi parti itu.

Yang dapat dilihat hanyalah sasterawan negara Datuk A.Samad Said yang memasuki bangunan mahkamah pada pukul 10.30 pagi dan sekumpulan kecil penyokong yang membaca surah Yasin memohon keputusan memihak kepada Anwar. 

Kenyataan tidak masuk akal pengarah program, Nik Nazmi yang menyatakan kononnya berpunca kerana hari ini adalah hari berkerja, seolah-olah mengiakan tuduhan yang kehadiran penyokong Anwar berdasarkan bayaran untuk dua hari saja. 

Pengarah kempen program itu – yang dinamakan “Rakyat Hakim Negara” – Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap perkara itu terjadi ekoran “faktor kerja”.

Lagi pun, tambahnya, rata-rata orang ramai menjangkakan kes itu hanya akan berlangsung dua hari iaitu kelmarin dan semalam.

"Kalau ikut perancangan yang asal mereka datang untuk hari Selasa dan Rabu. Lagipun ada yang datang daripada luar kawasan dan bekerja. 

Mungkin Nik Nazmi terlupa bahawa hari Selasa dan Rabu juga hari berkerja dan perjuangan bukan berdasarkan hari cuti. Lihat sahaja apa yang berlaku di Thailand apabila demonstrasi diadakan.

Keadaan yang sama berlaku di sebelah kiri mahkamah tempat di mana penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan berhimpun sejak dua hari lepas.

Hanya segelintir sahaja penyokongnya dilihat berlegar-legar di kawasan tersebut.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

4 comments:

  1. Rakyat dah meluat dgn peliwat

    ReplyDelete
  2. dah jelas, macai di suruh ambil cuti selasa rabu dan di bayar untuk dua hari tu saja, kalau betul menyokong mesti berkhemah di kawasan istana kehakiman sampai kes selesai..ini jelas penyokong di bayar..untuk menyokong anwar..kotor kan...macam kotornya menipu, memfitnah dan kotor lagi dari main bontot....rasuah tu..

    ReplyDelete
  3. Rakyat juga meluat dengan penyokong2 nya.....

    ReplyDelete
  4. dinasihatkan tak payah gi........banyak cerita 18sx

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com