innity

pages

Wednesday, October 22, 2014

(LEE CHONG WEI GAGAL UJIAN DOPING?) Kenyataan Media Menteri Belia & Sukan, KJ tidak Nafikan Laporan TV3 yang Atlit itu Lee Chong Wei


Kenyataan Media Menteri Belia & Sukan

Saya boleh sahkan laporan dalam berita bahawa seorang atlet kebangsaan telah gagal ujian doping di satu kejohanan antarabangsa. 

Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) telah dimaklumkan tentang perkara ini dalam surat daripada persekutuan antarabangsa sukan berkenaan bertarikh 1 Oktober. Persatuan kebangsaan sukan berkenaan dan juga atlet terbabit juga dimaklumkan melalui surat pada hari yang sama. 

Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), atlet yang gagal ujian doping diberi peluang untuk sampel kedua dikenali sebagai B sampel diuji. Dalam kes ini atlet terbabit telah diberi hingga 17 Oktober untuk memohon ujian B sampel. Beliau telah melakukan permohonan tersebut dan sedang menunggu maklum balas daripada persekutuan sukan antarabangsa berkenaan tentang tarikh ujian B sampel. 

Sejak saya diberi tahu tentang keputusan ujian tersebut, saya telah minta Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dato' Dr Ramlan Abd Aziz, dibantu oleh Ketua Unit ADAMAS, Nishel Kumar, untuk melaksanakan siasatan rapi berkenaan dengan segala rawatan dan perubatan yang diberi kepada atlet terbabit. Ini dilakukan untuk membantu kita mendapat penjelesan lebih lanjut tentang keputusan ujian tersebut. 

Buat masa ini kita masih menunggu tarikh untuk ujian B sampel. Sebarang tindakan dan kenyataan selanjutnya akan dibuat berpandukan keputusan ujian B sampel. 

21 Oktober, 2014

Berikut adalah sumber daripada Berita TV3 (baca sini)


Seorang atlet ternama negara didakwa didapati positif ujian dadah.
Menurut sumber, atlet terbabit dipercayai jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang juga gah selaku pemain nombor satu dunia.
Sidang media khas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai hal ini yang sepatutnya diadakan di Putrajaya jam 4 petang ini, walau bagaimana pun, dibatalkan.

1 comment:

  1. Ini tidak lain satu 'konspirasi' pihak ketiga juga, dari pengamatan saya... ketika di Korea, juga sama ! Sudah banyak kali berlaku cuma benda ini di lakukan secara halus belakang tabir...

    Zaman kemuncak Keluarga Sidek, Malaysia di angkat tinggi martabat nya ; berhempas pulas, sumbangan keluarga ini. Sayang nya Melayu adikuasa di atas masih leka, lalai membariskan dan melatih pelapis anak-anak Melayu yang berpotensi. Sekurang-kurang nya Media Prima berusaha melatih anak-anak minat sukan bolasepak, menjadi juara !

    Tidak nampak kah siapa yang mengolah sukan ini dan memonopoli segala kemudahan 'kelas 1' kerajaan ?

    Melayu tidak layak ? MUSTAHIL walaupun setahil !

    Ini yang saya komen "melawan arus perdana" dalam blog kadirjasin sebulan sudah, paparan artikel sukan. Semoga KJ faham....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com