innity

pages

Tuesday, October 14, 2014

(KJ JADI TPM) Kenapa Malaysian Insider, Malaysiakini & Harakah BERSUNGGUH-SUNGGUH Lapor Ulasan KJ jadi TPM




Mengambil petikan kata-kata Dr. Ridhuan Tee "Hero adalah apabila kita tidak disukai oleh musuh. Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero."

Ultra kiasu tidak akan sokong mereka yang suka kepada Islam atau penegak Islam. Ultra kiasu mahukan mereka yang sekular, liberal dan pro-sosialis. Sebab itu, mereka akan panggil orang seperti ini hero, tambah beliau. 

Untuk makluman, Harakah juga terdiri daripada ramai puak Anwarinas, malah pada suatu masa mereka cenderung berpihak kepada Anwar berbanding pemimpin PAS sendiri. 


Pada Oktober 2013, Khairy Jamaluddin yang berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno secara terbuka berkata, agenda progresif dan liberal yang dibawakan oleh beliau disokong di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi tidak menerima agenda yang dibawakannya, ia sudah tentu bertentangan dengan keputusan, dan menunjukkan bahawa pihak lawannya menggunakan agenda yang regresif.


Kj juga sebelum ini pernah berkata beliau tiada masalah untuk mengambil penyokong Pakatan Rakyat berkerja dengannya sekiranya terbukti individu itu berkebolehan tinggi. Tindakan ini kononnya untuk menunjukkan beliau berfahaman liberal.

Katanya individu tersebut juga seharusnya bersikap profesional, boleh menyimpan maklumat-maklumat sulit serta patuh kepada kerajaan yang memerintah.


Kenyataan KJ ini telah mendapat kritikan daripada pemimpin UMNO dan BN kerana tidak logik untuk menempatkan musuh di dalam kubu sendiri.  Idea itu sangat cetek dan tidak layak keluar daripada seorang pemimpin yang kononnya "cerdik".

KJ pernah menyatakan “I am trying to change the DNA of Umno Youth from being mostly right-wing and Malay-centric to a more centrist wing that focuses on issues and their solutions,” Khairy said in an interview.

Sikap ini dilihat sebagai usaha untuk menonjolkan ideologi liberal yang tidak mementingkan perjuangan UMNO iaitu Melayu dan Islam. 

KJ sememangnya menepati ciri-ciri pemimpin yang diinginkan oleh Barat dan sekutu mereka di Malaysia iaitu DAP dan PKR.

Pada masa ini, Golongan liberal ini seolah-olah telah ditempatkan secara terancang oleh Barat dalam politik Malaysia. Mereka telah wujud secara halus dalam Pas, UMNO dan PKR. Mereka telah diperkukuhkan gerakannya dalam DAP, MCA, Gerakan dan parti politik yang di kuasai Kristian di Sarawak dan Sabah.

Di dalam UMNO terdapat Khairy Jamaluddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Nur Jaslan dan Datuk Seri Najib.

*nama Nazri Aziz tidak dimasukkan kerana beliau sudah lama tidak layak dikenali sebagai pemimpin UMNO

Di dalam PAS terdapat Mat Sabu, Husam Musa, Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Hanipa Maidin dan ramai lagi.

Di dalam PKR sudah tentu Anwar dan semua kuncu-kuncunya.


2 comments:

  1. Senang Saja.. Sebab Khairy Jamaludin nieh Boddoh, lembap, Banggang, Besar Kepala dan mengamalkan politik wang.

    Dia Tak Cerdik tapi Boddoh.

    Jadi Pembangkang suka sangat kalau UMNO Pilih Calon Boddoh jadi AMT ker, Menteri ker, Timbalan Menteri ker, Timbalan Perdana Menteri lagi Pembangkang suka, melompat2 lah mereka.

    ReplyDelete
  2. Najib Memilih Khairy Jamaluddin menjadi Menteri...

    Semua orang UMNO tahu KJ KAKI RASUAH..

    Mana Tak Jahanam Sukan Malaysia..

    Si Bodoh melantik Si Bahalul pegang jawatan... haa haaa

    nasib Kau lah Melayu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com