innity

pages

Saturday, October 25, 2014

Khoo Kay Kim telah sahkan Cina dan India pendatang


Isu pendatang sengaja dibangkitkan oleh perwakilan Gerakan dalam perhimpunan parti itu baru-baru ini.
Meskipun dia sudah digantung oleh partinya, namun luka dalam hati orang Melayu masih berdarah. Masakan tidak, sensitiviti disentuh seolah-olah tiada masalah jika ia diganggu gugat.
Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik, hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan, hukum hudud dipermainkan, kedaulatan Islam dipertikai, kini asal usul orang Melayu pula mahu diseleweng?
Ingatlah hakikat sejarah kedatangan nenek moyang orang Cina dan India ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka datang berhijrah ke Tanah Melayu dari tanah asal mereka. Mereka bukan penduduk asal negara ini.
Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu
Pada 1971, tokoh sejarawan negara Khoo Kay Kim menulis bahawa kedatangan orang India ke sini berlaku secara berperingkat. Pada peringkat paling awal, ‘mungkin’ telah berlaku hubungan antara Kedah dan India pada awal-awal tahun Masihi. Kebanyakan orang India yang datang pada masa itu di kalangan pedagang dan tukang yang beragama Hindu dan Jain. Pelabuhan-pelabuhan di mana mereka bertapak ialah Sungai Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda.
Pada abad ke-13 dan ke-14, dengan beransur-ansur kegiatan-kegiatan pedagang India yang awal itu telah merosot dan peranan mereka telah diambil alih oleh pedagang-pedagang yang beragama Islam dari Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat. Proses itu berlaku semasa agama Islam tersebar dengan kadar yang pesat di Nusantara. Tidak kecil bilangan mereka yang menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Melaka. Asimilasi dengan anak bumiputera turut berlaku. Perniagaan orang India itu tidak terhad kepada pelabuhan Melaka sahaja, mereka juga sentiasa singgah di Kedah, Ujong Salang dan Perak untuk membeli gajah, timah dan lada. Di Melaka sendiri telah didirikan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kling.
Mulai abad yang ke-19, muncul satu lagi peringkat dalam proses imigran orang India ke Tanah Melayu. Pada 1820an, ramai tawanan berbangsa India telah dipindah ke Negeri-negeri Selat setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Selepas itu, lebih ramai orang India dibawa masuk untuk dijadikan pekerja di ladang-ladang termasuk ladang tebu dan getah.
Kalau di antara tahun 1880 dengan 1900 bilangan orang India yang datang pada setiap tahun berjumlah lebih kurang 20 ribu orang, di antara tahun 1910 dan 1921 bilangan buruh yang direkrut pada setiap tahun berjumlah kira-kira 100 ribu orang.
Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu
Kaum Cina mula datang ke Tanah Melayu bermula pada zaman Kesultanan Melaka. Bilangan mereka tidak ramai dan mereka datang sebagai pedagang.
Pada abad ke-18, pelombong-pelombong Cina telah dibawa masuk oleh kuasa Belanda untuk mengerjakan lombong di negeri-negeri Melayu barat. Akan tetapi pelombong-pelombong itu tidak bermastautin lama di Tanah Melayu.
Peringkat seterusnya berlaku pada pertengahan abad ke-19 semasa pembukaan lombong-lombong di kawasan Larut, Klang dan Sungai Ujung. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa juga menarik minat kedatangan orang Cina.
Selepas pentadbiran British diperkenalkan, kadar kemasukan orang Cina bertambah pesat.
Mulai tahun 1911, hampir setiap tahun lebih daripada satu juta orang Cina datang ke negara ini, di samping beratus-ratus ribu yang kembali ke China.
Hakikat yang tidak boleh diubah
Demikian fakta sejarah yang dikemukakan oleh Khoo Kay Kim sejak tahun 1971 lagi.
Sebarang usaha mengubah fakta sejarah ini merupakan satu pengkhianatan.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb.net
Rujukan: Latar Belakang Sejarah Masharakat India dan China di Tanah Melayu, Khoo Kay Kim, 1971.

Apa kata Raja Petra pasal Melayu Pribumi Asia Tenggara?

Saya membaca dua artikel beliau dalam portal Malaysian Today.Kita tahu latarbelakang beliau bagaimana.Tetapi orang yang telah banyak membaca dan memiliki pengetahuan tentu akhirnya akan memberontak.Dalam hal ini,saya menghormati beliau.Beliau faham bahawa dengan mempertahankan fakta tentang Melayu dan sejarahnya BUKAN bermaksud mempertahankan segala musibat dan nasib malang yang berpunca dari UMNO.

Fakta tetap fakta.

Saya tidak tahu jika beliau sebenarnya ingin bermain 'game' tertentu tetapi dua artikel beliau itu seolah-olah mencerminkan apa yang saya beritahu selama ini.

"I received many abusive messages from mainly Chinese in response to my previous article, ‘The Malays are not pendatang’ (READ HERE). None of them rebutted what I wrote with their own thesis. They just cursed me. Although some said they did not agree with what I wrote, they did not offer their own thesis as to what they think is the correct version of Malay history"

-Raja Petra Kamarudin

Biasalah tu Raja.Mereka tidak akan menerima kenyataan itu kerana kenyataan itu AMAT PAHIT BUAT MEREKA.Tetapi adakah kita ada masa lagi untuk melayan penyakit kiasu mereka itu?Kiasu adalah umpama najis mughallazah,tak akan hilang walaupun dibasuh 18juta kali dengan air paip.Ia harus disertu.

Jadi moralnya di sini,mereka tidak akan mampu mengalahkan fakta jika kita ada fakta itu.Jika kamu dan kamu bodoh dan tidak mahu memandaikan diri,kamu akan dibelasah secukupnya.

Beliau faham bahawa dahulu tiada negara bernama Malaysia dan Indonesia,dan suku-suku nusantara bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat dalam Nusantara.

Apa faktanya?

Faktanya ialah MELAYU ITU PRIBUMI ASIA TENGGARA.

>>http://riwayatmelayu.blogspot.com/2014/10/melayu-itu-pribumi-asia-tenggara.html

Semua ini akan diceritakan dalam buku saya dan kawan-kawan yang akan terbit tidak lama lagi dengan izinNya.

Sekarang,enjoy artikel dari RPK!

http://www.malaysia-today.net/the-malays-are-not-pendatang/

http://www.malaysia-today.net/the-malays-are-not-pendatang-part-2/


~Srikandi
The History of Thy Beloved

1 comment:

  1. ish..tak payah nak kaji kaji lagi aih..
    cer pegi ke library di oxford or rajin rajin la google [ buat generasi click ],
    1. cer tgk, gambo pahlawan bangsa tanah melayu mana yg kena bunuh, gantung terbalik dgn dilabel terrorist oleh british zaman koloni dulu? baca nota kaki depa, tgk nama nama pahlawan tu semua. ada bunyi melayu ke idak nama nama mereka pejuang tu semua?
    2. cer kita pi masuk dlm hutan, jumpa puak puak asli kuno, bwk 2 sampel, satu mamat melayu, sorang lagi mamat cina - bagi pop kuiz kat puak asli ni, agak2 depa ingat mamat yg mana yg depa kata ada bau bau bacang gnome dna nyer dgn puak asli tersebut?

    so. kalau kita semua migrants, kita move on to the next stage of arguement : asimilasi.

    kita kaji la pulak bangsa mana yang asimilasi paling byk dgn influence archipelego rantau melayu dekat sini?

    1. asimilasi duit dan harta benda dlm institusi perbankan private negara Malaysia, maseh belum boleh dikira sebagai patriotik ye tuan.

    2. second last, bila hang menyumpah seranah, bahasa apa yang keluar? bahasa melayu atau bahasa lain lain? itu tanda ukur asimilasi paling mudah.

    3. last one, kalau korang tidur dan bermimpi. mimpi itu pulak dlm bahasa lain, selain bahasa melayu, itu bermakna BM is still not your native language. sad but true..

    biar nipis tapi bertapis,
    dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com