innity

pages

Sunday, October 26, 2014

(KEPALA BAPAK KAU KEPALA BAPAK AKU) Strategi celarukan pemikiran Umat Islam


KOTA BHARU - Penyebaran beberapa isu kontroversi yang bercanggah dengan agama secara meluas di laman sosial dianggap salah satu usaha Islam liberal bagi mencelarukan pemikiran umat Islam, sekali gus mahu umat Islam berpecah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, strategi tersebut diatur teliti oleh pihak yang didakwa cemburu dengan kekuatan Islam.

“Di sebalik perpaduan, sudah tentu ada ancaman dan apabila ada perpaduan, di situlah ada kekuatan, malah apabila ada perpecahan di situ ada kelemahan.

“Oleh itu, pihak yang cemburu dengan kekuatan Islam berusaha untuk melemahkan Islam melalui perpecahan. Sebab itulah Islam melarang keras umatnya berpecah, sebaliknya jika ada perselisihan pendapat, ia baik kerana jika diurus boleh menjadi rahmat,” katanya selepas merasmikan Majlis Muwaasolah Ulama Bersama Ummah di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian di sini, semalam.

Memberi contoh penganjuran program ‘Saya Mahu Menyentuh Anjing’ baru-baru ini, program itu dianggap satu strategi yang memecah-belahkan Islam.

“Kalau kita tengok benda itu tiada apa, sebagai contoh letak kertas dan bulatkan, ini kepala bapa kamu, ini kepala bapa aku. Kalau pijak, apa masalahnya, pijak surat khabar. Bagaimanapun, itu sebenarnya sudah hina kepala bapa saya.

“Dalam kalangan ulama sendiri berpecah, ada pelbagai pendapat, mufti kata ini, ulama itu kata ini, berlaku telagah dan akhirnya kata siapa kita mahu pegang dan celaru pemikiran umat Islam,” katanya.

Beliau turut kesal apabila ada pihak tertentu bertindak menyebarkan gambar  anjing memakai serban di media sosial.

Adakah pimpinan Najib lemah atau kerajaan sengaja membuka ruang kepada puak Liberal, Sekular, dan fahaman Barat


1 comment:

  1. “Dalam kalangan ulama sendiri berpecah, ada pelbagai pendapat, mufti kata ini, ulama itu kata ini, berlaku telagah dan akhirnya kata siapa kita mahu pegang dan celaru pemikiran umat Islam,” katanya.

    Dalam hal yang demikian, kenapa tidak bertegas menegakkan undang undang? Biarkan saja mahkamah syariah menentukan siapa yang bersalah. Oleh kerana undang undang sediada tidak digunapakai, maka berlakulah percaggahan. Ada kah mungkin mereka mereka yang telah diamanahkan untuk melaksanakan undang undang begitu jahil dan penakut untuk melaksanakanya? AMANAH yang telah diberikan sewajibnya dilaksanakan tanpa mengira bulu. Apa pula tugas menteri yang betanggungjawab didalam menyelesaikan masaalah ini? Ada kah mereka mereka yang mencabar hukum Islam itu lebih bijak didalam mentafsirkan hukum dari menteri bekenaan sehingga membuatkan menteri itu diam membisu?

    Belum lagi kedengaran menteri Agama memberikan apa apa komen tentang insiden menghina Agama Islam, kenapa? Takkan pulak dalam hal Agama Islam pun nak jadi pak turut dan mengiyakan saja selagi pemimpin nombor satu tak berikan komen. Amat jelas menteri sendiri tidak tau hukum atau sengaja tidak ambil tau. Apalah yang hendak dibanggakan dengan jenama Negara Islam Contoh kalau sekadar hendakkan glamour. Bila pemimpin mengata Islam Hadhari, maka menteri pun akan sokong. Bila pemimpin pengganti mengatakan Islam Moderate, menteri juga akan sokong. Adak ah menteri yang beresmi lalang patut ditugaskan untuk mempertahankan kesucian Agama Islam.

    Peleaselah Najib, the right person for the right job sepatutnya dipertekankan supaya mereka berupaya menjalankan tugas dengan lebih baik dan kreatif. Ini soal Agama Islam dan bukanya soal kapal terbang hilang atau kapal terbang terhempas. Berikanlah priority kepada Agama Islam agar nasib bangsa Melayu dan Raja Raja Melayu terbela. Lainlah kalau yang empunya diri sendiri pun jahil tentang Agama Islam itu sediri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com