innity

pages

Tuesday, October 21, 2014

Kenapa Pendapat ANJING Dr.Asri (Dr.Maza) & Faisal Tehrani DIAGUNGKAN Oleh Malaysiakini & Malaysian Insider




Mengambil petikan kata-kata Dr. Ridhuan Tee "Hero adalah apabila kita tidak disukai oleh musuh. Jika musuh suka hero, itu bukan hero namanya, itu zero."

Puak Ultra kiasu, sekular, liberal dan pro-sosialis tidak akan sokong mereka yang suka kepada Islam atau penegak Islam serta tidak akan mengangkat pandangan di dalam media mereka seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider. 


Media tersebut sama sekali tidak akan memberi ruang kepada pendapat muktabar dalam Islam. Sebaliknya mereka mengagungkan pendapat yang boleh menghancurkan Islam seperti pendapat Dr. Asri dan Faisal Tehrani.


Siapakah Faisal Tehrani penulis novel?


Faisal Tehrani FT secara bacul berselindung di sebalik karya sastera ala novel cinta untuk menyerang dan menghukum Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Dalam tulisannya di malaysiakini dia cuba membayangkan kononnya Syiah tiada masalah untuk berdamping dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Kononnya perbalahan antara Sunni dan Syiah itu hanyalah rekaan-rekaan pihak tertentu sahaja. Tetapi anehnya perangai FT dalam novelnya ini saling tak tumpah seperti sikap golongan Syiah Rafidhah yang menolak, menghina dan mempertikaikan para sahabat r.a.h. Walaupun FT bijak bermain bahasa, tetapi itu tidak bermakna dia ‘cerdik’ menyimpan pekung Syiah-nya itu. Dalam banyak-banyak perkara yang disentuh oleh FT dalam karyanya ini, perkara paling besar yang tak boleh dibiarkan adalah kebiadapan FT terhadap para sahabat r.a.h. 


Baca artikel ringkas penulis ini membongkarkan niat busuk lagi kotor FT terhadap Ahli Sunnah dan para sahabat r.a.h. yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. - ABU HASEEF (klik sini)

Siapakah pula Dr. Asri

Ketahuilah bahawa dr asri bukan pemegang ijazah Syariah & Pengajian Islam. Ijazah pertamanya hanya dalam bahasa arab dan kesusasteraan sahaja. (Baca sini)

Pendapat beliau sentiasa bercanggah dengan pendapat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. 


Berikut adalah contoh pencanggahan Dr. Asri dalam memberi pendapat. 


Kes DNA babi yang beliau kata tidak haram dimakan.


Menurutnya Dr. Asri DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain. 
“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya. 
“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.
“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi.

Isu kalimah Allah

"Di negara Arab yang penganutnya Muslim, tiada masalah seperti ini. Negara seperti Jordan dan Mesir, kalimah Allah telah digunakan oleh pihak gereja besar lebih 1,400 tahun dahulu lagi" kata Dr. Asri

Kononnya ingin memperlekehkan ulama Malaysia, Beliau mencadangkan bahawa versi lagu-lagu negeri khas patut disediakan kepada BUKAN ISLAM kerana terdapat KALIMAH ALLAH yang disebut di dalam senikata lagu negeri. 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 – 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


7 comments:

  1. chop.
    wei orang orang melayu yang bijak bijak pandai sekalian,
    1. tak payah la nak bagi perumpamaan yang melampau atau payah untuk melayu lain gambarkan. sapa pedulu kalau melayu dulu hias anjing ke, hias gajah ke,, kita bicara tentang zaman sekarang tuan. dulu dulu punya cerita, lu simpan, tulis dalam novel.

    2. ustaz, ustaz tolong dapatkan degree or phd dalam penyediaan malkanan dahulu. saya pasti, ustaz suntikan tetanus pun tak ada sijil kan. so, ustaz tak layak nak cerita pasai dna dlm cokelat.
    bagi orang yg tahu apa yg depa kata yg buat statement.

    ustaz, pi amik wudhuk,,semayang istiqamah ke,buat la apa yg patut dari komen something yg boleh nampak anda ni kurang pandai.. boleh?

    3, saya dah bosan dgr asal ada contoh, si cerdik pandai alim ulama merangkup ahli politik separuh masa kat malaysia nih, dok beri contoh either yang diambil dari luar negara atau dari dahulu kala.

    ingin saya tekan kan disini, man already walked on the moon, why the hell kita di malaysia nih masih gunakan contoh dari luar. kita ni orang malaysia sudah patut ada garis ukur sendiri. segala macam contoh teladan sepatutnya berkisar di sekitar rakyat malaysia sekarang..bukan eropah ke, bukan hassan husein ke, bukan qardawi ke, bukan hang tuah ke.
    orang islam kat negara lain, ingat depa nak keluar fatwa or contoh ada guna kan konteks situasi malasyia ke? mana ada,
    kita nih dok terhegeh hegeh compare dgn negara lain ni apahal?
    yang cerdik pandai nih, suka la guna komparatif asing, sebab boleh cas power..ye tak..paling best kat malaysia ni ialah kalau orang lain ingat hang pandai or alim...terbaiks..

    sudah la.
    tak payah nak bertoje kalau hang dah memang fikir hang tu extraordinary cerdik dan dirahmati nya. lu hebat. lu memang berbau kasturi.
    sekarang cuba fikr sesuatu analogi yg lebih bagus encik encik melayu pandai semua.

    biar nipis tapi bertapis
    jangsn tebal tapi bebal

    ReplyDelete
  2. Apasal orang melayu Islam terhegeh-hegeh nak sentuh najis mughallazah, sedangkan bangsa kiasu sendiri jijik dan geli nak sentuh najis sendiri.

    ReplyDelete
  3. nanti kalau org gelar ustaz anjing marah pulak...

    ReplyDelete
  4. Allah swt suka org org yg bersih, yg bersuci. Bersih dr kotoran, bersih dr najis, bersih dr hadas kecil dan besar. Mk bg mrk yg ingin Allah swt menyukainya, mk hendaklah dia sentiasa berusaha utk berada dlm keadaan bersih dan suci, dr najis, kotoran dan hadas.
    Mk mengapa pula ada golongan yg mengajak utk menajiskan diri.
    Adakah dicontohkan Nabi saw atau Para Sahabat AsSabiqunal awallun r.anhum. memeluk meluk, membelai anjing, atau memeliharanya sbg pet animal ?

    ReplyDelete
  5. Isu anjing,pendapat para Ulama kita kena meraikan,khilaf.yg hairan sbb apa tuan punya blog nie seolah nak menjatuh Dr Maza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai saudara Vieraduka ... Ulama pun ada jenis yang suka mengambil kesempatan. Inilah jenis yang dikatakan oleh Allah sebagai ulama su. "Telah bersabda Rasulullah SAW.
      “Wailun li -ummatii min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“ Rosaknya perilaku ummatku adalah berpunca dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENAHAN SEGALA KEINGINAN HATINYA ” Bersabda Rasulullah saw ,” Barangsiapa menuntut ilmu dan dengan ilmunya itu nanti nama keilmuan dirinya akan tersebar meluas di kalangan masyarakat ramai – ‘di kampung atau di bandar..”,

      Keterangan Hadith : “ Mereka mencari ilmu bukan semata mata menuntut redha Allah, menjalankan perintah Allah dan Rasulnya, melainkan untuk mencapai kemasyhuran dan menjadi terkenal dengan kebijaksanaan dirinya berpidato atau berceramah di atas pentas termasuk di depan lanser kamera..perbuatannya pergi balik untuk belajar ilmu itu sangat baik baik..tetapi selitan niat yang jahat di dalam hati sanubarinya itu yang merusak segala galanya.. Harap semua faham.

      Delete
  6. Inilah masalahnya bila melayu/Islam sendiri yang telah memberi peluang dan ruang untuk kafir menghina Islam. Kesal sungguh bila ada orang Islam sendiri sanggup bersekongkol dan memberi peluang kepada kafir untuk menghina Islam. Hukum Islam adalah jelas dan kekal sampai hari kiamat bahawa anjing adalah najis berat. Mereka sebenarnya telah menentang hukum Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com