innity

pages

Sunday, October 26, 2014

Iklan Perayaan HALLOWEEN DITURUNKAN, MPS dan PBT lain Harus Sentiasa Peka Sensitiviti Rakyat


SEREMBAN – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengarahkan semua banting mahupun iklan mengenai Malam Halloween yang akan diadakan pada 31 Oktober ini, diturunkan bermula tengah hari kelmarin.

Yang Dipertuan MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, pekerja MPS diarah menurunkan iklan berkenaan kerana khuatir ia akan mengundang salah faham.

Menurutnya, memandangkan pekerja  mengendalikan iklan berkenaan tidak memahami maksud Halloween, maka iklan tersebut ‘terlepas'.

“Semasa penganjur memohon iklan itu, pekerja saya ada melihat banner yang akan digantung itu, namun mereka tidak memahami maksud Halloween, ditambah pula pada borang permohonan itu penganjur memohon untuk iklan bagi perasmian sekolah.

“Jadi pekerja saya ini, meluluskan iklan tersebut atas kebenaran perasmian sekolah kerana tidak memahami maksud Halloween,” katanya kepada Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, katanya, tindakan segera diambil apabila kesemua iklan mengenainya diturunkan dengan mendapat kerjasama penganjur itu sendiri.

“MPS menyesal dengan kejadian tersebut, malah saya yakin penganjur juga tidak berniat  mengundang kontroversi.

Sebelum ini, di sekitar Seremban dan Senawang, banyak iklan dan promosi mengenai Malam Halloween dipamerkan di sepanjang jalan utama, yang turut mengajak orang ramai menyertainya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com