innity

pages

Thursday, October 16, 2014

HOSPITAL KPJ TAJA CHE TA BERSALIN, rakyat berbaris panjang menunggu rawatan sakit kritikal


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) supaya menimbang semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.

Penyelaras SAMM Johor Hadzril Rizal berkata ia memandangkan artis yang mesra dengan panggilan Che Ta itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.

"...sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.

"Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang," kata Hadzril.

Sehubungan itu, Hadzril menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).

Rozita, 41, yang bakal bersalin pada bila-bila masa, mengandung anak pertama hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin. Mereka diijabkabul pada 11 Disember 2013.

Sebelum ini mereka dilapor mendapat tajaan perkahwinan pelbagai pihak yang mencecah kos keseluruhan berjumlah RM13 juta termasuk kelengkapan barang kemas Habib Jewel bernilai RM10 juta.

Rozita mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16 tahun. Rozita dijangka bersalin pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini.

1 comment:

  1. BODOB PUNYA TAJAAN....BILA SI MISKIN MOHON DI TAJA....DI HINA....BILA SI KAYA MOHON DITAJA....TERUS DI BERI....INILAH NASIB SI MISKIN LAGI HINA...KAYA TERUS DI TAJA...BILA MATI PUN MOHON LA DI TAJA...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com