innity

pages

Wednesday, October 15, 2014

Cukai Keuntungan Modal (CGT): Mat Rodi vs Datuk Ahmad Maslan


Pandangan Mat Rodi mengenai Cukai Keuntungan Modal (CGT) dilihat sedikit berbeza dengan Datuk Ahmad Maslan. Mat Rodi dilihat cuba menyalahkan kerajaan kerana menolak mentah-mentah cadangan memperkenalkan CGT oleh Pakatan Rakyat hanya kerana isu politik.

Sebenarnya kerajaan tidak menolak mentah-mentah cadangan tersebut dan kerajaan juga faham apa itu CGT. Datuk Ahmad Maslan menyatakan kita tidak menolak CGT yang diamalkan oleh negara-negara maju tetapi berpendapat belum tiba masanya diperkenal di Malaysia. 

Malah Datuk Ahmad Maslan berpendapat apabila Malaysia telah menjadi negara maju, CGT juga boleh dilaksanakan.

Isu masa pelaksanaan dan apa yang lebih utama dilaksanakan sentiasa menjadi perdebatan antara kita dalam semua perkara. Ini kerana kita melihat priority sesuatu perkara dari sudut yang berbeza berbanding kerajaan. Kadang-kadang kita perlu akui, kerajaan melihat lebih luas berbanding kita.

Sungguhpun demikian, kerajaan juga perlu sentiasa peka dengan situasi semasa agar tidak dilihat seperti melindungi orang kaya dan menekan golongan pertengahan. 


Tulisan Mat Rodi

Nampaknya cadangan memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal (CGT) langsung ditolak mentah-mentah. Mungkin inilah akibatnya jika cadangan tersebut datang daripada Pakatan Rakyat.

Sungguh malang bagi negara yang begitu kuat berpolitik ini sehinggakan sebarang cadangan dinilai dari sudut kecenderungan politik seseorang dan bukannya kerana kebaikan negara.

Apapun ada beberapa yang masih perlu diperjelaskan terutama menjawab pandangan 'pakar cukai' dari beberapa bank yang dipetik di akhbar baru-baru ini.

1. CGT bukanlah pengganti kepada GST. Keduanya diperlukan. Jangan jadikan perbincangan CGT kepada CGT vs GST. Ia ibarat MRT vs AirAsia. Keduanya pengangkutan tetapi berbeza objektif.

2. Objektif CGT adalah untuk mengurangkan jurang pendapatan. Lebihan kekayaan sesuatu pihak dicukai dan digunakan untuk membantu pihak yang kurang bernasib baik.

3. Memang betul jika keadaan ekonomi negara tidak bagus, hasil CGT juga terhad. Sebab itu GST diperlukan.

4. CGT hanya dikenakan jika terdapat 'realised gains' atau keuntungan terlaksana. Ini bukan menghukum mereka yang telah kaya sebaliknya jika yang kaya itu bertambah kaya barulah tertakluk kepada cukai CGT.

5. Sebenarnya CGT tidak hanya tertakluk kepada individu kaya semata-mata. Sebagai contoh, urus niaga mega korporat. Contohnya seperti penjualan Loji janakuas Elektrik Genting Sanyen kepada 1MDB. Jika CGT 5% dikenakan terhadap transaksi bernilai RM1.9 billion ini, ia akan memberikan RM95 juta pendapatan kepada kerajaan.

5. CGT boleh diberikan perlepasan untuk beberapa jenis pelaburan misalnya Amanah Saham Bumiputera atau simpanan KWSP.

6. Pendapat yang mengatakan pelabur akan lari ke Singapura atau Hong Kong jika CGT akan dilaksanakan kurang tepat. Negara tersebut memang syurga cukai. Tanpa CGT di Malaysia pun sudah berduyun-duyun orang kaya berhijrah ke sana. Contohnya seperti Robert Kuok di Hong Kong dan rakan kongsi Facebook Eduardo di Singapura. Tuntasnya- kita tidak akan boleh menjadi tax-haven seperti mereka.

7. Pernahkah kita terfikir mengapa di sebalik cukai korporat di Malaysia yang begitu tinggi, tetapi masih ramai pelabur yang datang? Sudah tentu ia berkaitan dengan faktor lain seperti kos menjalankan perniagaan yang murah, iklim politik yang stabil, dsbg.

8. Untuk menjelaskan mengapa sistem cukai kita perlu dirombak, sila rujuk gambar tersebut. (Abaikan kira-kira di bahagian pendapatan bersih kerana berlaku sedikit salah kira. Tetapi secara keseluruhannya- masih betul.)

9. Saya tidaklah begitu pakar di dalam hal cukai. Jika ada pembaca yang mahu pemahaman yang lebih lanjut, boleh cari sifu cukai @Saladin_MY di Twitter. Beliau boleh terangkan lebih lanjut dari aspek teknikal.

10. Ini tulisan terakhir mengenai cukai.

MatRodi
Mohd Fakhruradzi Bin Tajuddin
Calon Ahli Parlimen Belia (Selangor)
SGR063 



2 comments:

  1. secara kasar mmg nampak perfect tp bila diperhalusi dengan mengabil kira kadar semasa barangan dan perkhidmatan sebelum atau selepas jualan GST amat membebankan. Pada 1998 semasa jerman memperkenalkan GST pada kadar 10% pendapatan perkapita penduduk luar bandar berada pada EURO 2500 - 3000 dengan kitaran barangan keperluan harian dibawah 3% dan harga mampu. Apakah dasar yg negara ini ingin gunakan pada kadar GST 6% tetapi 70% pendapatan per kapita dibawah RM 2500. Walaupun berbagai ransangan bagi membantu penduduk.............kerajaan masih mencekik leher rakyat ...........imbasan cekik rakyat
    kenaikan kadar insuran kereta
    kenaikan minyak ron 95
    kesan kenaikan minyak ron 95 peningkatan harga barang
    caj tnb tidak diaudit bagi pembanguana tanga hijau
    Teguran OECD menyatakan bahawa Malaysia membelanjakan perbelajaan yg besar dlm pendidikan tetapi nilai pulangan dibawah negara membangun seperti kemboja......
    Peminjam PTPTN tidak mampu membayar balik kerana caj perkhimatan setiap bulan dikenakan....mengambil kira gaji dan keperluan hutan PTPTN sampai matila
    Dasar AFTA tidak dilaksanakan sepenuhnya........apa ker giler previa berharga 240k sedangkan dihongkong 70% lebih murah .........
    Pelaksanaan PT3 yg tidak mengikut standart peperiksaan seperti PMR dan SRP menjadikan nilai PT3 sangat BANGSAT
    Arggghhhhhhhhhhhh terlalu banyak yang baik tetapi kerajaan telah mengorbankan rakyatnya......
    Jika Najib tidak mengambil iktibar seperti apa yg berlaku di greece dan spain............najib yang akan menanggung hutang rakyat malaysia semasa matinya.................................the end

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    jika isunya adalah kerana perlaksanaan, saya masih kurang bersetuju dengan Ahmad Maslan.

    Cukai CGT lebih sesuai dilaksanakan bagi ekonomi di negara membangun. Jika kita laksanakan hanya apabila negara sudah maju, ketika itu 'realised gains' kekayaan mereka yang sudah kaya tidaklah begitu banya memandangkan ramai di antara mereka sudah tidak berkeupayaan menambahkan kekayaan mereka.

    Bahkan ketika itu mereka2 ini akan melabur di negara-negara luar yang mana kekayaan mereka di sana tidak boleh dkenakan CGT kerana ia tidak terikat dengan udang2 kita.

    Masalah jurang pendapatan di Malaysia semakin serius. CGT adalah salah satu usaha yang boleh rapatkan jurang tersebut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com