innity

pages

Sunday, October 19, 2014

(CETUS PERBALAHAN KAUM)Melayu juga pendatang, bukan Cina dan India sahaja, kata perwakilan Gerakan Celaka

Perwakilan Gerakan Johor Tan Lai Soon berkata bangsa Melayu, Cina dan India adalah semua pendatang dan sejarah membuktikan bahawa orang Melayu berasal dari Indonesia dan bukannya penduduk asal.

Seorang perwakilan Gerakan hari ini berkata kecuali Orang Asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak, orang lain di Malaysia semuanya merupakan pendatang (imigran).
Perwakilan dari Johor, Tan Lai Soon berkata bukan hanya orang Cina dan India sahaja pendatang, tetapi orang Melayu juga bukan bumiputera kerana mereka berhijrah dari Indonesia.
"Kecuali penduduk asal Sabah dan Sarawak dan Orang Asli, orang lain di Malaysia adalah pendatang," kata Tan semasa Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43.
Persidangan itu diadakan di Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini. – 19 Oktober, 2014. TMI.

Kajian arkeologi : Melayu bukan pendatang tetapi penduduk asal di bumi Malaysia

Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu  adalah  penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih daripada 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke mari dari tanah besar di utara. 

Artifek-arifek seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi  (excavation sites) yang dijalankan oleh ahli-ahli arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan bahawa artifek itu  adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar.

Antara tempat ekskavasi tersebut ialah Pulau Kalumpang dan Beruas di  Perak; Kota Johor lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar di Johor; Kota Melaka in Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan dan beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

Selain itu, penemuan  tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya Barbara  dalam tahun 1958  menunjukkan rumpun Melayu sudah wujud di Malaysia seawal 40,000 tahun yang lalu.

Secara langsung, penemuan di Gua Niah  dan kajian-kajian yang dijalankan oleh ahli arkelogi UKM menolak teori dipercayai ramai bahawa Melayu di Semenanjung adalah pendatang dari tanah besar di utara. Teori migrasi ini dikemukakan Heine-Geldern dan penyelidik dari Pemikiran Vienna ( Vienna School of Thought ) yang dikemukakan dalam tahun 1930an.

Teori itu timbul berikutan dengan penemuan kapak batu di Malaysia yang dikatakan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kapak batu yang digunakan di sebelah utara tanah besar Asia bagi membuktikan bahawa orang Melayu telah berpindah dari kawasan utara tanah besar Cina itu kemari.

Prof Nik Hassan Shuhaimi  bertanya:  “Adakah hanya kerana kapak batu ditemui di Malaysia orang Melayu telah berpindah dari utara ke selatan di Malaysia. Tidak terfikirkah mereka bahawa orang Melayu waktu itu juga boleh membuat kapak batu?”

Beliau berkata demikian dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia’ di Seminar Penanda Arasan Penyelidikan Arkelogi di UKM pada 12-13 Julai, 2010, di Bangi.
Beliau berkata penyelidikan arkelogi di UKM  sejak tahun 1980an telah menemui data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua. Data baru ini diperolehi daripada tapak arkelogi Sungai Mas, Kedah.

Beliau juga menyatakan isu penting dalam zaman kerajaan awal/zaman klasik ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses   pembumiputraan kebudayaan India, kata Prof Nik Hassan.

Kebudayaan India yang ada di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan tetapi dijemput oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika merasmikan seminar itu pada 12 Julai, berkata UKM telah melahirkan lebih 1,000 orang graduan dalam bidang arkelogi yang kebanyakanya kini terlibat dalam bidang ini di seluruh Malaysia.

Beliau berkata dalam usia 40 tahun UKM, para pakar arkeloginya yang diketuai oleh Prof Nik Hassan Shuhaimi  telah membuahkan hasil yang bermakna kepada sejarah negara dan memartabatkan warisan Kerajaan Melayu di Alam Melayu.



Orang Melayu memang merupakan penduduk asal Malaysia (sebelumnya Tanah Melayu) dan kajian arkeologi dan mtDNA mengesahkan kewujudannya di Benua Sunda sejak lebih 60 ribu tahun yang lalu lagi. Tidak timbul soal orang asli merupakan penduduk asal di negara ini kerana pemetaan genetik dan artifak arkeologi juga telah mendapati bahawa masyarakat Orang Asli Semang dan Senoi yang mendiami Benua Sunda adalah merupakan nenek moyang kepada populasi Melayu Proto dan ras Melayu hari ini. 

Kajian itu telah dibuat oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin. Kajian mtDNA oleh pakar genetik Universiti Oxford, Dr Stephen Oppenheimer juga mengesahkan tentang perkara ini. 

Orang Melayu Kelantan memang telah dibuktikan secara kajian saintifik dan sejarah sudah wujud dan menetap di Semenanjung Tanah Melayu lebih 60 ribu tahun dahulu lagi! Mereka bukan pun berasal dari kepulauan Melayu yang kini merupakan wilayah Indonesia.

Memang sebahagian orang Melayu di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu berasal dari kepulauan-kepulauan yang kini dalam wilayah Indonesia. Tapi waktu itu, tiada pemisahan sempadan. Orang Melayu boleh berpindah-randah ke mana-mana wilayah mereka kerana dari sudut sejarah sebelum penjajahan, pulau-pulau tersebut seperti Sumatera merupakan wilayah keturunan Melayu juga. Penjajah yang memisahkan wilayah-wilayah Melayu melalui Perjanjian Inggeris-Belanda dan Perjanjian Inggeris-Siam.

Sebahagian besar Sumatera, Singapura, Pattani dan sebagainya sebelum wujud perjanjian penjajah tersebut adalah merupakan wilayah orang keturunan Melayu. Tiada sempadan untuk mereka bergerak sama seperti orang Kelantan atau Kedah berhijrah ke Selangor hari ini!

6 comments:

  1. Malaysia yg skrg dan Indonesia yg sekrg, dahulunya adalah serumpun, dlm kumpulan kepulauan Melayu-Indonesia yg termasuk juga S'pura, Brunei, wilayah Selatan Thai dan Filipina, yg mana penduduk asalnya bebas bermusafir dan berpindah pindah dlm rumpunan Kepulauan ini, yg bahasa dan budayanya tak jauh berbeza. Spt juga Tanah Besar Cina dgn pelbagai daerahnya dan rumpun bangsanya yg berlainan.

    ReplyDelete
  2. GERAKAN = DAP = PAP = MCA

    ReplyDelete
  3. Tan Lai Soon adalah pendokong silibus SRJK(C)...

    ReplyDelete
  4. kalau melayu pendatang....cinalah penduduk asal nusantara....tapi kenapa mereka tak suka mandi pagi...orang nusantara pagi pagi dah terjun sungai...segar badan...

    ReplyDelete
  5. What say Ah Jib Gor? Blur atau Elegant Silence?
    Take note : Silence means consent.

    ReplyDelete
  6. Nama pun dah Malaysia!

    Sebelum tu Malaya!

    Lagi mau tanya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com