innity

pages

Thursday, October 23, 2014

(CELAKA) Lepas Sentuh Anjing, Mereka PAKAIKAN SERBAN dan JUBAH pada ANJING pula


Kuala Nerus: Penyebaran gambar memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.
Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.
“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.
“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.
Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di sini, hari ini.
Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.
“Tetapi, kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya. - Bernama

7 comments:

  1. sebenarnya aku dah bosan dengan hinaan ke atas agama Islam. pehak yang bertanggungjawab berterusan menasihati dan mengingatkan saja. kalau dah perbuatan itu menyinggung agama Islam yang termaktub menjadi agama rasmi negara, kenapa tindakan tidak dilakukan? Islam itu sebenarnya TEGAS: buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah. ada kah pehak berkuasa ingin menyerahkan kepada orang Melayu yang beragama Islam untuk bertindak?

    ReplyDelete
  2. Libas maut !!! Jangan tidak libas !

    ReplyDelete
  3. Islam dihina kerana kita ada pemimpin yang pondan.

    ReplyDelete
  4. Mana hukumannya...jgn sampai kami rakyat guna pakai undang2 sendiri....
    pihak berkuasa MALAYSIA anda masih RELEVAN ke tidak....jawab la....

    ReplyDelete
  5. Dimana menghilangnya Menteri Amaran 2?

    ReplyDelete
  6. Inilah BALAya melantik dari Bukan Islam utk. mengetuai operasi menyiasat Sosial media terutamanya bawah Akta Hasutan - sedgkan kita tahu yg. MAJORITI mangsa yg. diHINA dan diGERTAK adalah umat Islam/Melayu serta ISLAM! Apakah Bukan Islam akan faham tentang PENGHINAAN ke atas ISLAM/umatnya, di NEGARA ISLAM ini?! Lagipun PDRM harus berkerjasama dgn. MAIN/NGO-NGO Islam/Melayu dlm. hal ini, apalagi ISLAM adalah AGAMA PERSEKUTUAN - jadi yg. letak Bukan Islam utk. mengetuai operasi ni apasal?! Tengoklah si PENGGANAS PORNO alvin-KANGKANG-BABI sampai boleh lari ke US, walau tak hadir perbicaraan bebepa kali dan tak bagi Paspotnya balik pd. polis - sungguh MENCURIGAkan!

    Lihat di http://www.nst.com.my/node/22449 , Cops to act on Netizens who incite hate, By Atiqa Hazellah - 12 August 2014:

    KUALALUMPUR: Police have formed a task force to monitor and take action against those who fan racial and religious sentiments on social media.

    Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Bakri Zinin said the team comprised personnel from the Criminal Investigation and Commercial Crime Investigation Departments.

    “The task force is headed by Criminal Investigation Department deputy director (Investigation and Law) Datuk Amar Singh.

    “Its primary role is to address problems on social media,” he said after closing the Op Selamat 5/2014 operation at Terminal Bersepadu Selatan here yesterday......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Money talks
      Talking walks
      Walk with dogs

      Malaysia saya, lawak mereka, pelawaknya : melayu... Yey..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com