innity

pages

Monday, October 13, 2014

(CABAR MENCABAR) Syura PAS tiada hak larang ahli sertai kami, kata presiden PasMa


Presiden Anwarinas Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) mempertikaikan larangan ke atas ahli PAS menyertai kegiatan kumpulan itu, sambil berkata Setiausaha Majlis Syura Ulama Nik Zawawi Salleh tidak berhak membuat keputusan sedemikian.
Presiden Anwarinas PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat berhak membuat keputusan membabitkan parti Islam itu.  
"Beliau tidak ada hak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kuasa eksekutif," kata Anwarinas Phahrolrazi dalam satu kenyataannya hari ini, merujuk kepada Nik Zawawi.
Jawatankuasa PAS Pusat adalah merupakan badan eksekutif yang diamanahkan oleh parti," kata Anwarinas Phahrolrazi yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu.
Semalam, Nik Zawawi mewakili Majlis Syura Ulama mengeluarkan kenyataan yang dikira paling keras dari PAS terhadap badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat (PR) itu,  apabila meminta semua ahli PAS jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan PasMa.
Nik Zawawi berkata, langkah itu selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini, supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.
"Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut," kata Nik Zawawi.
Sebelum ini, PAS Terengganu adalah satu-satunya pihak melarang ahli parti melibatkan diri dalam sebarang kegiatan PasMa.
Bagi Phahrolrazi, PasMa adalah sebuah NGO dan bukan parti politik dan tidak terikat dengan dengan mana-mana  parti politik.
Katanya, tidak menjadi kesalahan kepada mana-mana ahli PAS menyertainya dan mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan.
Beliau berkata, PasMa menyediakan program pendidikan ke arah melahirkan masyarakat berfikiran terbuka, bersedia menerima pendapat dan pandangan berbeza.
"Ianya bersesuaian dengan ajaran Islam sendiri yang mengajar penganutnya untuk memberikan pandangan terbuka, menerima teguran, mengemukakan hujah.
"Islam mengajar umatnya untuk memberikan peringatan dan nasihat menasihati antara satu sama lain," kata Pharolrazi dalam kenyataannya.
Bekas ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Kedah itu berkata PasMa berusaha memperkukuhkan PR ke arah menjadi harapan rakyat Malaysia.
"Tindakan beberapa pemimpin yang menyerang parti-parti dalam Pakatan akan menyebabkan penyokong Pakatan hilang keyakinan dan kepercayaan," katanya.
Tambahnya, PasMa mengadakan dialog agar tokoh politik dan akademik serta penyokong diberi peluang memberi pandangan secara bebas.
"Kebebasan itu seolah-olah cuba dinafikan oleh segelintir pemimpin yang merasakan mereka tidak boleh ditegur dan pengikut wajib patuh sepenuhnya," kata Phahrolrazi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Pengkalan Kundor, Kedah. – 13 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com