innity

pages

Sunday, October 12, 2014

(BERANINYA NAJIB, YE KE?) Kalau tak sokong BN, usah buat tuntutan, Najib beritahu masyarakat Cina


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata masyarakat Cina tidak boleh terus membuat tuntutan terhadap Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka masih menyokong Pakatan Rakyat (PR).
Berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 hari ini, Najib berkata mereka harus berlaku adil dengan menyokong parti pemerintah dan bukannya PR.
“Saya hendak lakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya mampu buat lebih lagi. Tetapi saya juga perlukan masyarakat Cina untuk menyokong BN. Adillah. Kamu kena mainkan peranan kamu juga.
Kamu tak bolehlah buat tuntutan (dari BN) tapi kemudiannya sokong DAP. Buat tuntutan, kemudian sokong PR. Kamu minta (dari BN), kamu sokonglah BN, kita akan berlaku adil kepada masyarakat Cina," kata Najib.
MCA mengalami kekalahan paling teruk dalam pilihan raya lepas, dengan memenangi hanya 7 daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 itu disifatkan Najib sebagai kesan "tsunami Cina", manakala akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" di muka depan bagi menggambarkan kejahatan Cina yang sepakat mengundi DAP walaupun mereka ahli MCA dab Gerakan.
Kaum Cina sememangnya terkenal bersatu secara senyap dalam memperjuangkan bangsa mereka. Malah penubuhan parti-parti Cina DAP, MCA dan Gerakan hanya bagi mengaburi mata orang Melayu yang dilihat bodoh dalam berpolitik. Melayu juga lebih suka berlawan dan bermusuh sesama sendiri dan lebih selesa tidur sebantal dengan kafir kononnya atas dasar thahluf siasi.
Najib mengakui beliau masih "cuba" berlaku adil kepada masyarakat Cina walaupun terdapat hanya dua menteri MCA dalam kabinet.
"Walaupun hanya terdapat dua menteri MCA dalam Kabinet, mereka memainkan peranan membantu masyarakat Cina.
"Sebab itu apabila (Presiden MCA Datuk Seri) Liow Tiong Lai dan (timbalannya Datuk) Wee Ka Siong membuat sebarang permintaan, saya mempertimbangkannya, sebagai pengerusi BN. Saya cuba berlaku adil."
Najib berkata perbalahan dalaman yang berpanjangan dalam MCA menjejaskan proses pemilihan calon semasa pilihan raya umum.
"MCA, hentikanlah berbalah sesama sendiri. Cukuplah. (Saya) sudah bosan. Jangan bergaduh lagi. Ia menyusahkan saya," kata Najib.
"Susah untuk memilih calon. Mereka kata, orang ini yang terbaik, wanita itu yang terbaik, tetapi rupa-rupanya, calon itu dikatakan terbaik kerana dia di sebelah kamu. Orang yang lebih baik tidak berada di pihak (kamu), jadi kamu jangan cadangkan nama mereka."
Kata Najib, beliau tidak kenal semua ahli MCA dan hanya bergantung kepada presiden untuk memilih nama calon terbaik dan yang mempunyai peluang cerah menang.
"Tetapi, ada Team A, Team B dan Team C. Saya jadi keliru. Susah bagi saya, susah juga bagi setiausaha agung. BN juga jadi susah, begitu juga timbalan pengerusi. Kita semua susah," kata Najib.
"Jadi, saya katakan di sini, masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Jika kamu terus bergaduh, rakyat akan jadi bosan. Bosan dengan pergaduhan ini, sama seperti PR yang bergaduh di Selangor.
"Jadi, rapatkan barisan, bersatulah agar kita teguh. Itulah tema kamu."
Beliau memberitahu parti itu yang masyarakat Cina mengadu kepadanya bahawa MCA hilang arah.
Najib berkata beliau menaruh harapan terhadap kepimpinan baru di bawah Liow.
"Sekarang di bawah kepimpinan Liow, dan dengan kepimpinan MCA yang baru, saya yakin MCA sudah ada arah dan tujuan. Itulah sebabnya saya ingin katakan yang saya akan terus menyokong MCA yang sedia ada, atas kapasiti saya sebagai pengerusi BN." – 12 Oktober, 2014.

2 comments:

  1. kalau takat orang cina, tak sokong pun dapat. toksah risaulah asalkan naikkan sepanduk I love pm dan bertepuk sorak semasa najib berucap sudahlah.orang Melayu sedang menahan darah yang kian naik. najib mungkin perasan yang orang Melayu masih menyokong UMNO. tunggulah PRU akan datang dan pastinya najib akan dihukum. insya allah.

    ReplyDelete
  2. Aku teringin sangat nak ajar si najib yang lembik ni. Cina dah tekad tak nak BN yang kamu dapat maklumat dari sape yang mengatakan cina mungkin akan sokong BN kalau MCA tak berpecah? Cina sokong DAP kerana mereka sudah beralih selera. Mereka mahu lebih banyak kuasa dan hak cina. Mereka mahu agama mereka juga disama taraf dengan Islam. Mereka mahu duit zakat dan kuasa raja dihapuskan supaya mereka boleh menjadi setaraf raja.
    Mereka tidak puas dengan kekayaan yang sudah mereka bolot 250 tahun lamanya itu. Mereka mahu berkuasa...faham?
    Aku teringin nak ajar si najib lembik ni. Aku harap ada satu parti melayu yang baru berdiri mempertahankan kuasa melayu. Parti melayu yang mempertahankan perlembagaan yang sedia ada, kuasa raja dan kuasa melayu! Parti melayu yang berani melawan parti cina dan india yang bahaya itu! AKu akan bagi undi aku dan aku ajak semua melayu memberi undi kepada parti baru ini dan tinggalkan UMNO yang sudah bercelaru dengan sifat pengecut, lupa diri dan sombong ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com