innity

pages

Sunday, October 19, 2014

Awang Selamat gesa ‘bersihkan’ JPJ, kutipan 400juta Jual Nombor Awang TIDAK BANGGA

 

Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, Awang Selamat menggesa agar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan nama pemenang bidaan nombor plat kenderaan atas faktor ketelusan.
Awang dalam ruangan rencana hari ini dipetik akhbar mingguan Utusan Malaysia itu berkata, aspek bidaan nombor plat itu juga harus diaudit bagi mengelakkan pihak yang mengambil kesempatan.
"Namun JPJ perlu mendedahkan nama pemenang, elok rakyat tahu siapa mereka. Juga, siapa lebih ramai – pembesar istana, menteri, exco, tauke besar atau pegawai kanan awam?
Di samping itu, aspek pembidaan perlu diaudit sepenuhnya bagi mengelak pihak mengambil kesempatan dan untung atas angin," kata Awang dipetik akhbar berkenaan.
JPJ dilaporkan memperoleh pendapatan sehingga RM400 juta setahun hasil daripada jualan nombor pendaftaran kenderaan di seluruh negara.
Kutipan itu dibuat menerusi bidaan bagi mendapatkan nombor plat yang unik dan dianggap boleh membawa tuah sebagaimana menjadi kegilaan sebahagian orang kaya.
"Awang tidaklah teruja hal-hal nombor. Biarlah sesiapa yang mampu dan berkeinginan besar membida nombor yang mereka suka, asalkan ia dibuat secara telus dan bersih," kata Awang.
Sebelum ini, nombor plat "BMW" mencetuskan kontroversi apabila pemimpin badan bukan kerajaan pemerhati jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan membeli dua nombor plat BMW8 dan BMW11 masing-masing dengan harga RM174,776 dan RM165,000.
Selain beliau, turut tersenarai adalah beberapa individu "Anggota Pentadbiran Kerajaan" yang tidak didedahkan butirannya mendapatkan nombor pendaftaran BMW1, BMW2, BMW7, BMW9 dan BMW10.
Antara pemilik plat BMW yang berjaya termasuklah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei  yang membayar RM97,777 untuk BMW6, Tengku Ahmad Shah (BMW3, RM132,000) dan Tengku Sulaiman Shah (BMW5, RM188,100).
"Kepada JPJ, usahlah berbangga dengan kutipan yang lumayan daripada bidaan nombor pendaftaran.
"KPI sebenar jabatan tersebut adalah menangani banyak permasalahan, terutama rungutan orang ramai," kata Awang.
Kolumnis itu berkata, sehingga ke hari ini, JPJ adalah antara agensi paling menjadi perhatian, terutamanya soal integriti dan kegagalan menyelesaikan isu.
"Sampai sekarang isu cermin gelap dan nombor plat rojak masih belum diatasi," katanya.
JPJ bakal melancarkan operasi khas bermula 1 November ini bagi mengesan kesalahan terhadap nombor pendaftaran kenderaan,  pemasangan aksesori lampu tambahan (lampu strob) dan lampu xenon di seluruh negara.
"Awang bukanlah skeptikal, sudah banyak operasi bermusim seumpama itu dijalankan tetapi hasil balik ke asal – tiada kesan.
"Kedai menjual aksesori makin banyak dan bebas mengeluarkan produk yang melanggar peraturan JPJ," katanya.
Malah, Awang turut berkata, pegawai agensi berkenaan seharusnya mematuhi dahulu undang-undang dan peraturan terhadap kenderaan peribadi mereka dan menjadi teladan kepada masyarakat umum.
"Elok dipastikan terlebih dahulu semua pegawai, anggota dan staf JPJ benar-benar mematuhi peraturan pada kenderaan peribadi mereka, terutamanya cermin gelap supaya menjadi teladan.
"Janganlah hanya tunjuk taring kepada orang ramai sambil pejam mata kepada salah laku anggota sendiri," kata Awang.
"Kepada Ketua Pengarahnya, Ismail Ahmad, tolong bersihkan JPJ terlebih dahulu." – 19 Oktober, 2014

2 comments:

  1. no plat khas kenderaan yg lebih kecil boleh dikesan ketika melakukan kesalahan.....kenapa yg dikatakan tak mengikut saiz standard ttp lebih besar drp no khas tak blh nampak.....skrg zaman berteknologi tinggi wahai pihak berkuasa....pengguna sentiasa jd mangsa...penjual mengumpul kekayaan...pihak berkuasa menolong siapa¿¿¿¿¿¿¿¿MANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN.........PENCAPAIAN DIUTAMAKAN¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿?????

    ReplyDelete
  2. Minta izin WM untuk iklan
    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??
    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah
    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..pemaju tanah bersebelahan siap ajak JV dan nak bagi 20 unit rumah harga RM600.000, tapi tuan tanah nak pakai duit !
    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hantar segera sms ke 013 2704567(anda akan dihubungi segera)..ayuh tolong saya selamatkan tanah orang Melayu !!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com