innity

pages

Sunday, October 26, 2014

(ARAK ANJING HALLOWEEN:BARAT BERJAYA) Tiada Jalan Mengalahkan Islam Melainkan Melalui Serangan Pemikiran


The Siege Mentality : Barat Telah Berjaya

Beberapa petikan kenyataan-kenyataan pemimpin kafir terdahulu :

Tiada jalan menewaskan orang Islam dengan kekuatan perang. pegangan agama mereka dengan Islam mendorong mereka melawan dan berjihad. oleh itu, ia mesti dilakukan dengan cara lain, iaitu menukar pemikiran Islam dan menjinakkan orang Islam melalui cara serangan pemikiran
(Saint Louis IX of France)

“Today,we end the fight of the Crusaders who were defeated 700 years ago.”
(General Allenby,Ketua Angkatan Tentera British ketika memasuki Palestin)

“Selagi mana Al-Quran ini berada di dalam hati orang Mesir(Umat Islam), Eropah tidak akan berjaya menguasai Timur(Negara Umat Islam) ”
(William Gladstone, Perdana Menteri British)

“Tugas gerakan dakyah Kristian yang diwakilkan oleh negara Kristian kepada kamu untuk dilaksanakan di negara Muhammad bukan dengan tujuan memasukkan orang Islam ke dalam Kristian. Sebaliknya tugas kamu hanyalah untuk mengeluarkan orang Islam daripada Islam supaya dia menjadi makhluk yang tiada hubungan dengan Allah dan tiada hubungan dengan akhlak yang menjadi tunjang kehidupan sesuatu bangsa. ”
(Samuel Zwemer, Pengasas Gerakan Evangelis)

“Kamu menyediakan generasi muda yang tidak kenal hubungan dengan Allah. Dengan itu, lahir generasi muda yang menepati kehendak penjajahan. Mereka tidak mementingkan urusan yang agung, bahkan hanya sukakan kerehatan dan bermalas-malas. Di dunia ini, mereka tidak mempunyai keinginan melainkan dalam perkara nafsu syahwat. Apabila mereka belajar, ia adalah kerana syahwat. Apabila mereka mengumpul harta, juga kerana syahwat. Dan apabila mereka menduduki posisi paling tinggi, ia juga kerana syahwat. ”
(Samuel Zwemer, Pengasas Gerakan Evangelis)

__________________________


Umat islam diserang daripada pelbagai penjuru, dan berbondong-bondong yang datang menyerang seperti disebut di dalam hadis :

Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

Formula terbaik dalam menghadapi kebangkitan islam bukanlah serangan secara fizikal dengan menggunakan kuasa peperangan(hard power) tetapi ianya datang dalam pakej serangan ideologi/idea, The War of Ideas. Antaranya :

Dalam konteks masa kini, dalam menghadapi kebangkitan islam, solusi ataupun formula yang diketengahkan oleh pemikir RAND Corp adalah yang paling releven dan telah dipraktikkan sekian lama :

“The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas. This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam. We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology. Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.”
(Angel Rabasa, RAND Senior Analyst)

+ + + + + + + + + + + +



Petunjuk daripada langit yang sudah dilupai :

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak akan sekali-kali redha terhadapmu sehinggalah kamu mengikut agama mereka”
(Surah al-Baqarah: 120)

“Sesungguhnya kamu akan ikut jalan orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya.” Sahabat bertanya: “Golongan Yahudi dan Nasranikah (yang kamu maksudkan)?” Baginda menjawab: “(Kalau tidak mereka) siapa lagi?
(Riwayat Bukhari)

Siapa yang memperlekehkan pelbagai bentuk ideologi yang cuba menyelinap masuk ke dalam pemikiran umat islam seharusnya melihat kembali sejarah. The War of Ideas bukanlah suatu yang baru, tetapi ianya telah berkurun lamanya dilakukan ke atas umat islam.

Kini, Hegemoni barat berjaya menukarkan pemikiran umat islam yang berkiblatkan barat dan paling utama, tidak yakin dengan agama Islam itu sendiri. Maka lahirlah muslim yang berminda kalah, The Sieged Mentality, dimanifestasikan dengan perlakuan yang apologetik, kurang keyakinan terhadap agama dan dilemma(false dilemma) sehingga menggadaikan prinsip-prinsip asas dalam kehidupan bersyariat.

Azry Hafify bin Mustapa
Ketua Biro Akademik ISMA Jordan
Ketua Unit Kajian Kristianisasi
Al-Quds Centre for Studies and Development (QUDS)

3 comments:

  1. Betui. Gua setuju. Yay instead of nay.

    1. The ottomans - kalah sebab terlalu leka. Power dah power. Tapi biasala manusia jadi leka dan lagha.
    Ini orang melayu kita kena amik iktibar.
    2. nabi cakap mmg stylo. Kalau sampai lubang biawak pun kita akan follow.. Kalu dulu sapa nak percaya,
    Tetapi semenjak realiti show bandwagon dgn fever nih, kalau si mat salleh fear factor tu masuk kandang iguana, ternganga mulut kita semua terpegun dan terkasima.
    Padahal takder pekdah pun. Dapat duit je le.
    Baik fear factor masa budak2 dulu balik surau time malam2 lalu tepi kubur. Ori dan lebeh stylo dari fear factor.

    Gua nak taip panjang2 tapi menyampah gua taip guna mobile device ni. Desktop keybod jugak senang.

    Biar nipis bertapis
    Dari tebal tapi bebal

    ReplyDelete
  2. "...hingga kamu ikut millah (cara hidup / agama) mrk.
    "...kamu ikut jejak (cara hidup) mrk sejengkal demi sejengkal,..."

    ReplyDelete
  3. Generasi Y le katakan, geletine dari babi di pasaran pun mereka telan salut chokelat lagi,buat sambut birthday lagi,ada sudut machmelo salut chokelat dimajlis kenduri kawin lagi, hasil rasuah pun mereka makan,takda cop halal pun dia telan. cina kapir masak pun mereka telan, bila offer pegang anjing tak heran berlumba-lumba nak pegang.maklumle tek pernah pegang. alasan yang di beri boleh samak. Ini lah tanda akhir zaman nak dekat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com