innity

pages

Sunday, October 19, 2014

(ANJING BETUL LAH) Kempen Melayu Islam SENTUH Anjing, Nurul Izzah ucap TAHNIAH kepada Penganjur



SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Pantai Dalam itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

9 comments:

  1. Apa lagi selepas ini?????????????????

    ReplyDelete
  2. https://www.facebook.com/video.php?v=914775295218289

    ReplyDelete
  3. Lepas ni acara makan babi bakar pula...

    ReplyDelete
  4. semakin hampir kemunculan DAJAL¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿?

    ReplyDelete
  5. apa perasaan korang arr bila bukak peti sejuk kat umah ..ada 3 atau 5 tin arak,carlberg.ke..angcor ke

    ReplyDelete
  6. manusia makin sesat dan akan disesatkan lagi.Dunia dah nak akhir zaman. hukum hakam diambil mudah. Mereka tidak takutkan lagi azab tuhan. Ingatlah neraka itu benar, mati itu benar. Bersedialah. Ya Allah.... berikan lah mereka petunjuk dan hidayah-Mu. janganlah biarkan mereka tersesat dah terpedaya dengan musuh islam. Amin....

    ReplyDelete
  7. Sudah2 lah.. kita x tau d sebalik semua ni.. jdi jgn la menimbulkan kemusykilan d dlm hti.. kan x baik juga kalau brprasangka buruk.. Kita cuma perlu lbih berhati-hati dan ambil smua ni sbgai pengajaran.. Sy jga sgt2 mengaku terasa janggal bt prtama kali mendengar konsep 'I Want To Touch A Dog' .. Tapi sy menyokong bhwa kta harus ada sikap syg kpd binatang dan tdak memandang rndh trhdp binatang , especially anjing.. Kan dalam Islam sekalipun, ada dinyatakan bahawa setiap makhluk yang dijadikan oleh Allah tu adalah tidak sia-sia dan ada manfaatnya.. bukan utk dipandang hina.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com