innity

pages

Sunday, October 12, 2014

AKHIRNYA, 2 ADUN Pengkhianat Pas DIGANTUNG 1 Tahun


Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pengkhianat PAS akhirnya digantung keahlian ekoran mendahului pimpinan tinggi Pas dan AJK Pas Pusat dengan menyokong Presiden PKR Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

ADUN Hulu Kelang Saari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin  digantung keahlian selama setahun berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, keputusan itu dibuat setelah dibincangkan dalam mesyuarat Pusat PAS hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ia, kata Mustafa, dibuat berdasarkan fasal 82(6) Perlembagaan PAS.

“Dan keputusan itu telah diambil tadi, yang memutuskan bahawa keduanya digantung selama satu tahun,” katanya.

Kedua-dua ADUN itu boleh merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura dalam tempoh 15 hari.

Shaari dan Hasnul sebelum ini menyatakan sokongan, termasuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Azizah sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com